Rabu, 31 Oktober 2012

SEGMEN: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Malam ni ibu join segmen yang cukup simple daripada Ayuinsyirah. Ayu berharap agar ramai yang join segmen ni. Kepada yang berminat, sila klik banner di atas. Segmen ni tamat pada hari Jumaat, 9 November 2012, jam 11.00 malam.

Syarat-syaratnya (cnp dr blog Ayu):
  1. Sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu.. bolehkan.. hehe 
  2. Tajuknyer SEGMEN: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER 
  3. Gam kuat2 gambar comel di atas dan linkkan ke entry ini ye
  4. Kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh... tak tag pun takpe...hehehe 
  5. Siap... gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe
p/s: Meh kita join ramai-ramai..


Selasa, 30 Oktober 2012

Mutiara Kata ♥ Sahabat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Isnin, 29 Oktober 2012

Langkawi Sky Bridge Antara Jambatan Paling Ngeri di Dunia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

1. CrazyCurves: Langkawi Sky Bridge, Kedah, Malaysia
 
2. Forest Gulp: Capilano Suspension Bridge, North Vancouver, British Columbia
3. Cope-on-a-Rope: Carrick-a-Rede Rope Bridge, Antrim, North Ireland
 4. Terrifying Trift: Trift Bridge, Gadmen, Switzerland
5. Royal Flushed: Royal Gorge Bridge, Canon City, Colorado
 Kredit: My Berita


Ahad, 28 Oktober 2012

Menu Hari Raya Pertama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, raya kali ni ibu dan adik-adik dapat berkumpul lagi. Suasana memang cukup meriah, maklumlah adik-beradik ibu ramai ditambah dengan anak buah seramai 21 orang.  

Hari Khamis, adik-adik ibu masih bekerja. Bertolak pulangpun setelah habis waktu pejabat. Jadi, macam biasa juadah untuk hari raya pertama ditempah sahaja oleh adik-adik ibu. Masing-masing kepenatan dan tak nak berpenat lelah memasak untuk hidangan pagi raya. Perancangan ibu untuk masak lontong pada hari raya pertama terpaksa dibatalkan disebabkan makanan yang ditempah agak banyak.

 
Mi kari bukan kegemaran ibu. Jadi, ibu jamah sikit je..

 Hah..pulut kuning ni kesukaan ibu. Makan dengan rendang daging.
Makan tak ingat dunia lepas tambah, tambah lagi.. Di sebelah tu sambal tumis ikan bilis.

 Sate ni kesukaan anak-anak. Jadi, memang tempah banyak. Sekejap je licin.

Lemang - juadah wajib setiap kali raya. Makan dengan rendang daging dan rendang ayam. Ibu hanya makan sepotong sebab perut dah diisi dengan pulut kuning.
 
p/s: Untuk tahun ni, upacara korban dilakukan pada hari raya kedua.  


Segmen : Jom UP Follower Sampai 1000++

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 
Ibu join satu lagi segmen. Segmen kali ni dianjurkan oleh Ibu Afina Azfar. Moga dengan menyertai segmen ini, kenalan ibu makin bertambah. 
Klik banner untuk join.

Tarikh Tutup: Belum ditetapkan


p/s: Jom tambah kenalan.. *senarai peserta


GIVEAWAY : Love Collection by Jaja Sutera

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Ibu ditag oleh Miz Ruha untuk segmen anjuran Jaja Sutera ini. 
Terima kasih Ruha!

Klik banner untuk join.

Tempoh: 15 Okt - 15 Dis 2012

Ibu tag Mama QS, Wilma dan Yana Aina.

P/s: Meh kita meriahkan..


Jumaat, 26 Oktober 2012

Salam Aidiladha 1433H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Setelah setahun meninggalkan kita, kini tirai Aidiladha tersingkap kembali. Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan hari yang membawa erti yang cukup besar kepada seluruh umat Islam. 

Ibu sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung iBu BeRbiCaRa yang beragama Islam. Kemaafan ibu pohon andai ada coretan ibu yang mengguris hati kalian.

Berbicara tentang Aidiladha, sudah tentu ia sinonim dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu.

"Peperangan di akhir zaman nanti adalah peperangan melawan hawa nafsu."

Sesungguhnya, sabda Rasulullah tersebut juga turut membawa erti pengorbanan dalam maksud yang tersirat. Kita perlu berjihad untuk memerangi hawa nafsu  yang sering dibiarkan terpengaruh dengan hasutan syaitan. Dalam perjuangan inilah kita perlu berkorban - korban harta benda, masa, minat, wang ringgit, perasaan dan sebagainya.

Moga pada Aidiladha kali ini kita sama-sama menghayati, mendalami dan mengamalkan konsep dan erti pengorbanan yang hakiki. Namun, harus diingat setiap pengorbanan yang kita lakukan haruslah disandarkan kepada Allah SWT. Keikhlasan hati dalam melakukan pengorbanan pasti akan mendapat ganjaran daripada-Nya.

P/s:  Maaf dipohon, doa dihulur.. moga ukhwah kita semakin erat.


Khamis, 25 Oktober 2012

SEGMEN BLOGLIST PELANGI ME & MY FAMILY

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu lihat ramai rakan dalam bloglist ibu join segmen ni lalu ibu terus terjah ke blog Me & My Family. Rupa-rupanya, Adyna ingin melengkapkan bloglist pelanginya yang setakat ini hanya ada 3 warna. Jadi, ibu ingin turut serta agar dapat tempat dalam bloglist ni nanti. 

Ingin turut serta? Sila klik banner.

Tarikh Tutup: 30.10.2012


Rabu, 24 Oktober 2012

Sekitar Pertandingan Memasak @ Karnival Gaya Hidup Lestari

Sebagaimana yang pernah ibu ceritakan sebelum ini, sekolah ibu telah menganjurkan Karnival Gaya Hidup Lestari pada 19-21 Oktober yang lalu. Karnival ini melibatkan penyertaan warga sekolah, masyarakat setempat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan.


Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari program berlangsung ialah pameran, ceramah agama, malam dikir zikir, malam bakat, pertandingan memasak, gubahan sirih junjung, kraftangan, basikal lasak, enviro-hunt, 1000 langkah lestari, sepak raga, bola baling, dan futsal.

Ingin dikongsikan di sini detik-detik sewaktu pertandingan memasak. Tiga masakan perlu disediakan oleh peserta iaitu lauk berasaskan ikan, kerabu daripada sayur-sayuran atau buah-buahan dan minuman berasaskan buah-buahan.









 


 


P/s: Ibu tiada di sini pada hari kejadian kerana ada urusan penting di Dungun. Jadi, tiada gambar daripada koleksi ibu untuk ditepek di sini. Terima kasih kepada admin Jerantut Kampungku Group.


Selasa, 23 Oktober 2012

Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18: Bahang Kian Terasa

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 akan bermula tidak lama lagi dengan slogan ‘Bahang Kian Terasa’. LTdL 2013 bakal kembali ke tempat asalnya di Pulau Langkawi di mana praperlumbaan akan berlangsung di sana pada 20 Februari. Perlumbaan peringkat pertama pula akan bermula di Kangar, Perlis pada 21 Februari 2013. 

Beberapa lokasi baru turut diperkenalkan seperti Serdang, Sungai Siput dan Kuala Kangsar selain beberapa lokasi lama seperti Mentakab dan Dungun. Namun, laluan paling mencabar semestinya melibatkan pendakian ke Cameron Highlands dan Genting Highlands.

Laluan Le Tour de Langkawi 2013
-------------------------------
Peringkat 1   (21 Feb) -- Kangar - Kulim (162.7 km)
Peringkat 2   (22 Feb) -- Serdang - Kuala Kangsar (116.0 km)
Peringkat 3   (23 Feb) -- Sungai Siput - Cameron Highlands (145.5 km)
Peringkat 4   (24 Feb) -- Tapah - Kapar (168.0 km)
Peringkat 5   (25 Feb) -- Proton - Genting (108.0 km)
Peringkat 6   (26 Feb) -- Mentakab - Kuantan (212.8 km)
Peringkat 7   (27 Feb) -- Kuantan - Dungun (149.8 km)
Peringkat 8   (28 Feb) -- Kuala Terengganu - Tanah Merah (164.5 km)
Peringkat 9   (1 Mac ) -- Pasir Puteh - Kuala Berang (123.6 km)
Peringkat 10 (2 Mac ) -- Tasik Kenyir - Kuala Terangganu (114.8 km)

Jarak Keseluruhan : 1465.6 km

Terengganu sekali lagi dipilih sebagai penutup perlumbaan apabila empat peringkat terakhir berlangsung di negeri tersebut dengan misi sampingan mempromosi Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Pemilihan ini juga sebagai penghormatan kepada kerajaan negeri Terengganu atas kejayaan menghasilkan ramai pelumba terbaik negara sama ada dalam acara trek mahupun lebuh raya.


P/s: Pelumba-pelumba negara dah mula berlatih melalui laluan yang telah ditetapkan. Semalam mereka singgah di sekolah ibu. Nanti ibu ceritakan.


Isnin, 22 Oktober 2012

Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Petang tadi ibu sempat singgah di blog SayeshukepinkDotCom. Dah lama ibu follow blog ni tapi ibu jarang singgah di sana. Rupa-rupanya, tuan tanah, Yuyu telah menganjurkan  satu segmen. Menurut Yuyu, selain ingin menambah followers, segmen ini juga bertujuan untuk menambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama bloggers. 

Kepada yang berminat untuk turut serta, sila klik banner di bawah.


Followers ibu seramai 266 orang

Tarikh tutup: belum ditetapkan
Peserta diwajibkan blogwalking dan follow list peserta yang lain.


Ahad, 21 Oktober 2012

Nasihat-menasihati

Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai alasan diberikan tatkala menyedari kesilapan diri; lupa, tak sengaja dan ada juga yang terlepas pandang. Justeru, amalan nasihat-menasihati perlulah diamalkan sebagai langkah untuk mengelakkan kita daripada terus melakukan kesilapan.

Namun, berapa ramaikah antara kita yang bersedia menerima nasihat? Ada yang marah-marah apabila dinasihati. Tidak kurang juga yang menyumpah seranah malah berasakan pemberi nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya.

Kita perlu ingat bahawa amalan nasihat-menasihati merupakan tanggungjawab sesama Muslim. Dalam Islam, jika kita melihat perlakuan maksiat, wajib untuk kita menegur walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Jika kita hanya sanggup menerima nasihat daripada orang yang hebat dan sempurna, akhirnya tiada siapa pun yang akan mengingatkan kita di saat kita lupa dan alpa kerana sesungguhnya tiada manusia yang hebat dan sempurna. 
“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan”. (Imam Hasan Al-Basri)

Buanglah jauh-jauh keegoan yang menguasai diri. Bersyukurlah saat diri ditegur dan dinasihati. Sedarlah, sesungguhnya Allah telah menghantar seseorang untuk memberi peringatan kepada kita daripada terus hanyut dalam dosa.

Ps: Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.




Jumaat, 19 Oktober 2012

Karnival Gaya Hidup Lestari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Sekolah ibu sedang menganjurkan Karnival Gaya Hidup Lestari selama 3 hari bermula hari ini. Pukul 3.00 petang tadi berlangsungnya acara perasmian oleh YB ADUN Tahan, Dato' Wan Amizan bin Wan Abd. Razak.

  


Malam ni akan berlangsung program ceramah agama. Sambil tu diselitkan juga dengan acara dikir zikir dan persembahan nasyid oleh murid-murid sekolah. Ibu tak sempat nak berbicara lebih lanjut tentang program ni. Insyaallah ibu ceritakan kemudian. 

P/s: Insyaallah sekejap lagi ibu bersama Faiq dan Faiz akan ke sekolah. Moga program malam ni berjalan lancar.


Rabu, 17 Oktober 2012

Simple Segmen : Saya Nak Blogwalking

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 


nak turut serta, sila klik banner.
Tamat: 19 Oktober 2011 jam 2.30 petang





Mutiara Kata ♥ Yakin Diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 




Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 



 
Klik banner untuk turut serta

Kali ni ibu nak join segmen Yana Aina yang dianjurkan sempena wajah baru blognya. Kata Yana, bloglist ni untuk memudahkan dia blogwalking. Tarikh tutup belum ditetapkan.

Syarat-syarat:
1. Follow blog yana Nazlyizan 
2. Buat entry simple "Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa"
3. Tepek banner dalam entry
4. Linkkan entry dalam kotak comment 

P/s: Jom kita join ramai-ramai





Selasa, 16 Oktober 2012

Hari Raya Aidiladha: 26 Oktober 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha atau Hari Raya Haji pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012, demikian telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
“Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012. Oleh yang demikian, Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober, 2012″ katanya.

Dengan pengumuman awal ini, dapatlah kita membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Raya Haji pada tahun ini. Seperti ibu bapa lain, sudah tentu ibu gembira kerana dapat berkumpul dengan anak-anak sekali lagi, Insyaallah. Kepada seluruh umat Islam, selamat menyambut Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban.


Segmen Miz Ruha | Lesen

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Ibu tertarik dengan segmen anjuran Miz Ruha ni. Dah lama perasan tentang segmen ni tapi baru hari ni sempat buat entry. Kepada yang nak turut serta, klik sini.

  

Setiap tahun, keluarga ibu beraya di dua tempat; Jerantut dan Simpang Renggam. Beberapa tahun lepas, Aidilfitri dijangka jatuh pada hari Selasa manakala cuti sekolah dah bermula beberapa hari lebih awal. Anak-anak cukup seronok sebab dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Ayahpun apa kurangnya; maklumlah nak beraya di kampung halaman. 

Hari Sabtu, selepas solat Zohor kami memulakan perjalanan. Keluarga di Simpang Renggam memang menunggu kepulangan kami sebab dah dimaklumkan lebih awal. Ibu dapat bayangkan keseronokan anak-anak saudara ayah menunggu kepulangan kami.

Cuaca hari tu agak redup. Jadi, walaupun bertolak dah agak lewat, kehangatan cahaya matahari tidak terasa. Macam biasa, ibu jadi peneman ayah berbual-bual agar tidak mengantuk. Maklumlah, tengah berpuasa. Sempat jugalah berbual tentang beberapa topik hinggalah tiba ke topik lesen.

Tiba-tiba ayah senyap. Ayah bagi isyarat lalu kereta berhenti di tepi jalan. Anak-anak yang sejak tadi asyik berbual turut terdiam. Ibu jadi hairan. Perlahan-lahan ayah keluarkan dompetnya lalu mengeluarkan lesen. Rupa-rupanya, lesen ayah dah arwah. Ibu pandang ayah, ayah pandang ibu. Anak-anak mula bising menyoal.

Ayah ingin meneruskan perjalanan tapi ibu membantah. Ibu tak nak kalau apa-apa berlaku nanti, semua yang ada dalam kereta mati katak. Akhirnya, kami berpatah balik. Mujurlah kami belum terlalu jauh.

Malangnya, kami bukan sahaja terpaksa berpatah balik, malah terpaksa bermalam di rumah selama dua malam lagi kerana lesen hanya dapat dihidupkan pada hari Isnin. Anak-anak cukup frust. Begitu juga dengan anak-anak saudara ayah yang ternanti-nanti kepulangan kami.

Sekian kisah kami.. 

P/s: Peristiwa ini pasti akan tersimpan kemas dalam ingatan selagi ibu tak nyanyuk.





Ahad, 14 Oktober 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

  
 

Tikar mengkuang dari Deli,
Tikar pandan anyam berseni;
Segmen menarik, berlainan sekali,
Nak turut serta, kliklah di sini.



 

 Burung belatuk di pohon rumbia,
Tempua bersarang di pohon gelugur;
Inilah pantun jualan Mia,
Minta dijawab dengan jujur.

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja 

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana


Putih berseri si bakawali,
   Harum baunya serata taman;
Pantun dijual mohon dibeli,
   Moga terjawab setiap pertanyaan.

Lebat sungguh buah berangan,
   Rimbun putik dengan bunganya;
Salmi panggilan para kenalan,
   Panggil Kak Mi pun tiada salahnya.

Mari bertandang ke rumah nyonya,
   Kain tersangkut kawat berduri;
Keluarga terbina bertahun lamanya,
   Lima cahayamata penambah seri.

Burung serindit terbang berlima,
   Hinggap sekawan di pohon rumbia;
Menjadi pendidik kerjaya utama,
   Pelajar tak rasmi sepanjang usia.

Mati denak dek racun sumpitan,
   Ayam seekor disambar helang;
Pahang Darul Makmur tanah kelahiran,
   Merantau ke Johor, kini dah pulang.



COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA