Ahad, 21 Oktober 2012

Nasihat-menasihati

Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai alasan diberikan tatkala menyedari kesilapan diri; lupa, tak sengaja dan ada juga yang terlepas pandang. Justeru, amalan nasihat-menasihati perlulah diamalkan sebagai langkah untuk mengelakkan kita daripada terus melakukan kesilapan.

Namun, berapa ramaikah antara kita yang bersedia menerima nasihat? Ada yang marah-marah apabila dinasihati. Tidak kurang juga yang menyumpah seranah malah berasakan pemberi nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya.

Kita perlu ingat bahawa amalan nasihat-menasihati merupakan tanggungjawab sesama Muslim. Dalam Islam, jika kita melihat perlakuan maksiat, wajib untuk kita menegur walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Jika kita hanya sanggup menerima nasihat daripada orang yang hebat dan sempurna, akhirnya tiada siapa pun yang akan mengingatkan kita di saat kita lupa dan alpa kerana sesungguhnya tiada manusia yang hebat dan sempurna. 
“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan”. (Imam Hasan Al-Basri)

Buanglah jauh-jauh keegoan yang menguasai diri. Bersyukurlah saat diri ditegur dan dinasihati. Sedarlah, sesungguhnya Allah telah menghantar seseorang untuk memberi peringatan kepada kita daripada terus hanyut dalam dosa.

Ps: Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.




19 ulasan:

  1. Orang yang sedia menerima nasihat amat beruntung kerana boleh mengubah tabiat buruk menjadi lebih baik! Tapi tak ramai yg mahu mendengar nasihat, itu yg susahkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang benar.. sikap ego yang menguasai diri sering menjadi penghalang utk kita menerima nasihat.

      Padam
  2. terima kasih atas ingatan sebegini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Ina..
      Sama-samalah kita ingat-mengingatkan

      Padam
  3. kak ibu saya rasa malas untuk menasihat dan juga mencampuri lagi rasanya sebab salah semuanya pada saya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan putus asa mama.. memang bukan mudah nak buat perkara baik.

      Padam
  4. terima nasihat dgn tenang ... diri kt tak sesempurna mana ^^

    BalasPadam
  5. belajar menerima nasihat dgn tenang..diri belum cukup sempurna

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju.. kita perlu menerima nasihat dengan hati terbuka kerana sesungguhnya kita belum sempurna

      Padam
  6. betul tu... kerana diri ini tidak sempurna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Ruha..
      Tiada orang yang sempurna. Justeru, kita perlulah ringan hati utk menerima nasihat

      Padam
  7. huhuhu takut nak bagi nasihat kat orang lain sedangkan diri ini masih belum cukup sempurna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mia tapi tak salah kalau kita beri nasihat..

      Padam
  8. kena positif bila ada yg menasihat walaupun pahit untuk di telan kan

    BalasPadam
  9. selagi boleh nasihat kita nasihat.. tapi kalau dorang tak leh time ngan terbuka.. memang tak leh nak watpe,, yang penting kite wat ape kite mampu kan?

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA