Sabtu, 30 Jun 2012

Tanggungjawab Siapa?

memasak, membasuh, mengemas...


Mari kita berkongsi kisah Sayyidina Umar r.a dengan seorang lelaki.

Lelaki itu terpaku di luar rumah Sayyidina Umar al-Khattab. Tidak jadi dia hendak memberi salam kepada tuan rumah. Tak sangka Sayyidina Umar hanya diam saja bila isterinya merungut sesuatu dan berceloteh panjang. Tidak terdengar langsung suara beliau membalas kata-kata isterinya.

"Jika begini sikap Umar padahal beliau seorang yang sentiasa bersikap tegas dan keras, dan beliau juga seorang Amirul Mukminin... betapalah aku," bisik lelaki tadi. Niatnya untuk mengadu kepada khalifah mengenai sikap isterinya yang tidak disenangi, terbantut.

Ketika dia sudah membelakangi pintu untuk melangkah pulang, Sayyidina Umar kebetulan menjenguk keluar. Sayyidina Umar lantas memanggilnya dan bertanyakan hajatnya.

"Wahai Amirul Mukminin, sebenarnya aku datang ingin mengadukan keburukan isteriku kepadamu. Dia selalu berleter kepadaku. Tetapi aku mendengar isterimu juga bersikap demikian, jadi aku mengambil keputusan untuk pulang saja," jawabnya.

Sayyidina Umar berkata, "Wahai saudara! Sesungguhnya aku menahan diri terhadap sikapnya itu kerana dia ada hak ke atas diriku. Dialah yang memasakkan makananku, memasak roti untukku, membasuh pakaianku, menyusukan anak-anakku, padahal semuanya itu bukan kewajipannya. Selain itu, hatiku menjadi tenteram dengannya daripada perbuatan haram. Itulah sebabnya aku sanggup bersabar atas sikapnya itu."

"Wahai Amirul Mukminin, demikian jugalah isteriku," balas lelaki tadi.

Sayyidina menambah, "Wahai saudara, bersabarlah atas sikap isterimu itu kerana ia hanya sebentar sahaja." - Sumber


* Alangkah bahagianya para isteri andai semua suami mencontohi sifat Sayyidina Umar r.a yang amat menghargai pengorbanan isteri..


Khamis, 28 Jun 2012

Dompet Isteri

"Dompet Isteri" begitulah tajuk rancangan Semanis Kurma malam nanti. Pada pendapat ibu, dompet isteri bermaksud isteri yang bekerjaya dan mempunyai pendapatan sendiri.

Insyaallah, moga banyak persoalan yang berkisar tentang tajuk ini akan terjawab nanti. 

Kemas kini

Alhamdulillah banyak ilmu yang dikutip melalui rancangan ini. Antara yang ibu ingat ialah:
  • Suami tak boleh mintak/ ambil duit isteri melainkan isteri sudi memberi dengan rela hati.
  • Isteri yang sudah diberikan keizinan bekerja tak perlu minta izin suami untuk berbelanja dengan duit sendiri. Namun masih boleh minta izin sebagai tanda menghormati suami.
  • Walaupun isteri punya pendapatan sendiri, suami tetap wajib beri nafkah. 
  • Antara nafkah yang wajib disediakan oleh suami untuk isteri dan anak-anak ialah tempat tinggal (rumah), makanan, pakaian, pendidikan dan wang (perbelanjaan)


Rabu, 27 Jun 2012

Mutiara Kata ♥ Keindahan Alam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Alam ini..
Anugerah yang tidak ternilai harganya.
Keindahannya mencerminkan keperibadian manusia.


Isnin, 25 Jun 2012

Bersua di Alam Maya


Coretan ini sudah lama tersimpan
Hanya menunggu masa untuk diterbitkan
Ceritera ibu dan seorang teman
Jua sebagai catatan kenangan

Sepatutnya, semalam ibu terbitkan
Sempena ulang tahun kelahiran
Namun, disebabkan sesuatu yang tak dapat dielakkan
Hanya lewat malam ini barulah dapat jadi tatapan

Saat itu masih segar dalam ingatan
Ibu dan dia masing-masing berusia 20-an
Di SK Sawah Dato', Mersing mulanya perkenalan
Hubungan terjalin melangkaui sebuah persahabatan

Ketika itu, ibu sudah punya dua orang puteri 
Dia pula masih baru bergelar isteri 
Antara kami saling mempercayai 
Membuatkan kami cukup serasi
Justeru, banyak cerita dan rahsia yang kami kongsi

Demi cinta kami berkorban
(isteri mithalilah katakan..)
Sama-sama meninggalkan kampung halaman
Digelar kembar oleh teman-teman
Kerana antara kami banyak persamaan

Usia kami tak jauh berbeza
Warna kulit dan ketinggianpun lebih kurang je
Kami juga jenis yang tak banyak bicara
Minat pada benda yang sama
Melukis dan melukis jika ada masa

Namun, semua itu tinggal kenangan
Jarak dan masa telah memisahkan
Berbelas tahun terputus hubungan

Syukur ke hadrat Ilahi
Kini hubungan bertaut kembali
FB dan blog mempertemukan kami
Punya lima orang permata hati
Itulah persamaan kami kini

Walau sekadar di alam maya
Hubungan terasa erat dan mesra
Ya Allah.. berkatilah segalanya
Agar silaturrahim ini kekal selamanya

Khas buat...


v




v




v




v




v




Sorry, Yah.. terlewat sehari. Apa-apapun, selamat hari lahir akak ucapkan. Dari kejauhan ini dititipkan doa agar kehidupan Yah sentiasa dalam redha-Nya.


Ahad, 24 Jun 2012

Jom! Join Bloglist Cik Rose Cute

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Buat rakan-rakan ibu yang nak join segmen ni boleh klik banner.
Segmen ni berakhir petang ini.  
Harap-harap masih sempat buat kita kerana 


Sunyi & Sepi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Teratak maya ibu ini sunyi dan sepi lagi. Bukan merajuk, jauh sekali berkecil hati. Hanya memberi tumpuan terhadap tugas hakiki. Minggu depan, sekali lagi anak-anak didik bakal diuji. Jadi, cikgunya ni perlulah mempersiapkan diri agar tidak kecewa lagi.

Keputusan ujian bulan Jun tidak menggembirakan. Alhamdulillah, beberapa orang murid menunjukkan peningkatan hingga ada yang berpindah ke kelas pertama. Namun, beberapa orang murid agak mengecewakan; masih gagal walhal, UPSR dah terlalu hampir.

Minggu ini ibu terpaksa beri tumpuan yang lebih kepada anak didik. Tapi, faham-faham jelah apabila berhadapan dengan murid-murid ini. Penerangan kena buat berulang kali, volume juga kena tinggi. Jadi, tahap kepenatan lebihlah sikit. Tambahan dengan keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang. Apabila dah penat, mood berblog pun turut ke laut.

Selain itu, Jumaat dan Sabtu ibu jalan-jalan lagi. Saat entry ini ditulis, ibu baru je sampai di rumah. Ke mana pulak ibu pergi kali ni? 

v


v


v


v


v


v

Insyaallah, tunggu catatan perjalanan ibu ke sini...


Selasa, 19 Jun 2012

Sabarlah Duhai Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Selasa kian melabuhkan tirainya.  Bermakna sudah sehari teratak maya ibu ini sepi tanpa bicara.  Namun, terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang sudi singgah dan menyapa.   

Hari ini ibu ingin meluah rasa. Soal kerja yang dirasakan tiada penghujungnya. Malah, terkadang cukup menyesak dada. Tugasan yang satu ini sering menguji kesabaran. Sebelum inipun, beberapa orang rakan pernah mengutarakan isu ini dalam entry di blog masing-masing. Tidak lain dan tidak bukan, tugas menyediakan jadual ganti.
Di sekolah ibu, ibu bersama lima orang rakan bergilir-gilir menjalankan tugasan ini. Ketika orang lain sudah berehat-rehat di rumah, kami masih di sekolah menyediakan jadual ganti untuk keesokan harinya. Jika tidak ramai yang berkursus dan bercuti, mudahlah sedikit kerja kami. Namun, jarang sekali dapat menikmati saat-saat mudah itu. 

Sepanjang tahun ini, hanya sehari kami tak perlu menyediakan jadual ganti. Bermakna hanya sehari dalam setengah tahun ini, tiada guru yang berkursus dan bercuti. Hari hari lain, yang tidak hadir bersilih ganti. Berkursus, bermesyuarat, berbengkel, jadi guru pengiring, jadi pengadil, jadi JU, cuti sakit, cuti kecemasan dan pernah terjadi, ada yang cuti melancong.. 

Bukanlah ingin mempertikaikan cuti yang diambil kerana itu adalah hak masing-masing. Namun, kadang-kadang rasa terkilan menyinggah di hati kerana ada yang ambil mudah. Pernah ada yang bercuti dalam diam. Ketidakhadiran hanya diketahui apabila kelas bising tanpa guru. Pernah juga ada yang memaklumkan setelah jadual siap diedarkan. 

Hari ini; Selasa adalah hari ibu melaksanakan tanggungjawab. Sesudah Subuh tugas bermula. Membuat jadual ganti untuk tujuh orang guru amat menyukarkan kerana dibuat secara manual. Sudahnya, anak-anak ke sekolah tanpa bersarapan. Rasa bersalah dan terkilan di hati, hanya Allah yang tahu.

Setelah jadual diedarkan, ada pulak yang tak kena. Terpaksa dibetulkan segera. Akhirnya, mood mengajar hilang entah ke mana. Lebih menyedihkan, bila lihat ada kelas yang murid-muridnya raya sakan tanpa kehadiran guru walhal, jadual ganti telah dibuat. Terasa kerja yang dibuat seawal subuh tadi sia-sia belaka.. 



Isnin, 18 Jun 2012

Selamat Tinggal Terengganu..

Hari ini ibu nak kongsikan pula catatan ringkas hari terakhir kami di Kuala Terengganu. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah yang lebih dikenali dengan Masjid Terapung. Sebenarnya, kami dah pun singgah di sini pada hari pertama. Hari ini singgah lagi atas permintaan anak-anak.  


 Ibu bersama adik-adik dan anak buah.

Kalau dah namanya perempuan, sempat lagi labur duit di sini. Lama juga kami di sini sebelum meneruskan perjalanan pulang. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan kami tiba di rumah lebih kurang pukul 6.30 petang.



Ahad, 17 Jun 2012

Terima Kasih Ayah

Buat ayahanda tercinta..


Ayah..
Bukan sedikit dugaan kau lalui
Terlalu banyak ranjau terpaksa kau redahi
Demi membesarkan dan mendidik kami
Hingga kami berada di sini

Bertali arus dugaan tiba
Namun, tidak pernah kau berputus asa
Demi melihat anak-anakmu berjaya
Menggenggam segala cita

Banyak yang kau berikan
Buat kami menerangi kehidupan
Kau mengajar kami erti pengorbanan
Membawa kami keluar dari kepayahan
Kata-kata nasihatmu menjadi pedoman
Ilmu; itulah harta yang kau bekalkan

Ayah..
Maafkan kami
Andai ada yang mengguris hati
Restuilah kami
Buat bekal meniti hari


Selamat hari bapa buat ayahanda tercinta..



Menyusuri Muara Sungai Terengganu

Ibu ialah anak desa yang dibesarkan di sebuah perkampungan di tebing Sungai Pahang. Untuk pulang ke kampung emak dan ayah juga, kami terpaksa menaiki bot menyusuri Sungai Pahang kerana ketika itu masih belum ada jalan raya.  Justeru tidak hairanlah ibu amat gemar menikmati keindahan alam semula jadi terutama keindahan di pinggiran sungai.
 
Pengalaman lima hari menyusuri Sungai Kelantan 20 tahun yang lalu juga masih segar dalam ingatan. Ketika itu ibu masih bergelar guru pelatih di Maktab Perguruan Kota Bharu (kini IPGM). Menikmati keindahan sepanjang Sungai Kelantan dari Tangga Krai ke Tambatan Diraja Kota Bharu merupakan antara pengalaman indah dalam hidup ibu.

Semasa di Kuala Terengganu baru-baru ini, ibu dan keluarga berpeluang menyusuri muara Sungai Terengganu pula. Walaupun hanya pemandangan di muara sungai dan dalam masa cuma lebih kurang sejam, namun amat bermakna buat ibu..

 Kami menggunakan khidmat TTI River Cruise. 
Menurut pemandu pelancongnya, bot ini adalah hasil kreativiti pembuat bot tempatan dan berharga lebih kurang rm200,000

 Hadif yang cukup sporting semasa demo 
pemakaian jaket keselamatan ni..

 Jurugambar sepanjang berada dalam bot. Sempat berangan lagi..
Cukup banyak gambar yang Faiz snap tapi yang menjadinya tak banyak.



 Taman Monumen dilihat dari bot





Masjid kristal dilihat dari bot
Khabarnya, kristal terdapat di puncak menara ni..
Jurugambar yang nampak berpuas hati sebab diberi kepercayaan 
sepenuhnya oleh tuan kamera..

Ps: Maklumat lanjut tentang TTI River Cruise boleh dilayari di sini



Sabtu, 16 Jun 2012

Jalan² di Taman Tamadun Islam

Setelah para ibu berjaya melaksanakan misi Cuci Dompet di Pasar Payang, tibalah pula saat memenuhi permintaan anak-anak. Destinasi kami seterusnya adalah ke sini..

 Taman Tamadun Islam; taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia.

Masuk je ke TTI ni kami terus ke Masjid Kristal.
 Gambar yang cukup cantik daripada Google Image


 Yang kurang menjadi daripada ibu..

 
2F bersama sepupu-sepupu mereka; Harith, Muhammad, Qistina, Huda dan Husna

 Bersama 2F di dalam masjid Kristal

 
 Bersama adik-adik; Fazilah dan Lina

 Apabila dah penat berjalan, ditambah dengan dahaga akibat cuaca yang panas, 
maka, terhasillah pemandangan menarik ni..

 5 sepupu yang sedang menghilangkan dahaga


Sempat berangan jadi angkasawan.

Disebabkan kesuntukan masa, kami tak berkesempatan untuk ke Taman Monumen. Selepas ni kami ke jeti pula untuk beri peluang anak-anak merasai pengalaman menaiki river cruise.

Setakat ini dulu untuk hari ini. Insyaallah, jumpa lagi esok.



Cuci-cuci Dompet @ Pasar Payang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Setelah beberapa hari menyepi, baru hari ini ibu berkesempatan menjengah ke sini. Minggu ni ibu agak sibuk. Inipun baru pulang dari sekolah; ada kelas tambahan untuk murid tahun enam.

Ini cerita basi sebenarnya. Cerita tentang aktiviti semasa bercuti di Terengganu dua minggu lepas. Hari kedua di Kuala Terengganu, ibu bersama dua orang adik cuci-cuci dompet di sini..

Kredit: Google Image

Suasana ketika itu memang sibuk. Maklumlah cuti sekolah. Jadi, yang masuk hanya ibu dan dua orang adik. Kaum bapa bawa anak ke tempat lain. Kalau semua masuk bimbang pulak akan ada adegan jejak kasih.

Tujuan utama ke sini sudah tentu mencari ini.. 


 
Terlalu banyak pilihan. Namun, ibu tak jumpa pilihan hati. Cerewet ibu ni kan, rambang mata pun ye juga. Adik ibu juga yang nampak cukup puas hati dengan pilihannya di sini.Selesai membeli, barulah bapa-bapa datang bersama anak-anak.

Agenda anak-anak dah tentu yang ini..

Membeli cenderamata untuk sepupu dan rakan-rakan.

P/s: Buat rakan-rakan yang terpilih sebagai top komentar tu, maaf banyak-banyak sebab cenderahati belum sempat ibu poskan..


Rabu, 13 Jun 2012

Mutiara Kata ♥ Sabar Itu Indah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Selasa, 12 Jun 2012

Qaseh Nur Insyirah

Anak saudara ibu bertambah seorang lagi menjadi 20 orang kini. Berita kelahiran Qaseh Nur Insyirah ibu terima pada awal pagi 5 Jun yang lepas, semasa sedang bercuti di Terengganu. Qaseh ialah anak saudara perempuan yang ke-12. 


Sebenarnya, ibu belum berkesempatan bertemu dengan Qaseh. Selepas lahir, Qaseh terus dibawa pulang dari Hospital Temerloh ke rumah nenek sebelah ibunya juga di Temerloh. Harap-harap Sabtu nanti dapatlah ibu bertemu dengan Qaseh. 

 Inilah Qaseh Nur Insyirah. 
Gambar semalam yang ibu ambil daripada FB ayah Qaseh; adik ke-5 ibu.

Ini abang Qaseh; Muhammad Addinnul Iman yang baru je menyambut hari lahir pada 24 Mei yang lepas. Ibu pernah bercerita tentang Iman di sini. Iman ni banyak copy rupa ayah manakala Qaseh pulak ibu tengok banyak ambik rupa ibunya..

Alhamdulillah, setelah lama bersabar menunggu untuk mendapat cahayamata, akhirnya adik ibu dan isterinya dikurniakan putera dan puteri berturut tahun.. 

Tahniah buat Mohd Zamri Abdul Rahim & Junainah Jaafa.
Tahniah juga buat Muhammad Addinnul Iman yang dah bergelar abang.


Isnin, 11 Jun 2012

Exclusive Giveaway!!..Kain Pasang Raya 2012..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Bagi sesiapa yang nak kain pasang untuk buat baju raya, jom join GA sulung anjuran
Y&E AnggunCollection ni.. 

Bagi yang nak join, sila klik banner di atas
 Tarikh tutup: 12 Jun 2012 (11.59 mlm)
(tinggal sehari je lagi..) 

Tag: 
Jemari Asmara
Izan Ishak
Jemari Suri
NzA
MamaQS
Mulut Payau
Puan Kutu
Ila
Syiela
Cik Rose Cute

Jom join ramai-ramai.. 
 Moga Berjaya!!



Ahad, 10 Jun 2012

Yang Rajin Berbicara

Rakan-rakan yang berkunjung ke sini tentu ingat lagi pasal janji ibu kelmarin. Ala, janji yang kononnya ibu nak buat kejutan tu. Sebenarnya, bukanlah kejutan sangat pun. Saja buat gempak je.. hihi.. Jangan marah tau..

Beberapa hari sebelum ibu sekeluarga bercuti ke Terengganu, ibu dahpun tempah cenderahati khas buat top 5 komentar di blog ibu ni. Sehari sebelum bercuti, cenderahati tu selamat ibu terima. 


Cenderahati berupa keychain dan brooch daripada kain felt

Harapan ibu lima orang rakan maya yang terpilih sudi menerima cenderahati yang tak seberapa ini. Cendarahati ini merupakan penghargaan buat rakan-rakan yang sudi singgah di iBu BeRBiCaRa, membaca entri-entri di sini seterusnya meninggalkan komen.  Terima kasih atas sokongan rakan sekalian. 


Rakan-rakan maya ibu yang terpilih sebagai top 5 komentar ialah.. 


Tahniah buat NzA, Puan Kutu, Izan, Mulut Payau dan Zefa.  

Rakan-rakan yang tak terpilih tu jangan kecil hati ye. Walaupun tidak tersenarai antara lima yang teratas, namun kehadiran kalian amat bermakna buat ibu. Insyaallah, jika panjang umur dan ada rezeki yang lebih, lebih ramai yang akan terpilih selepas ini. Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan yang tak jemu-jemu singgah di sini.
Terima kasih dan salam sayang buat semua..


P/s: Buat 5 orang rakan yang tersenarai, sila emailkan nama, alamat dan nombor telefon ke salmi1609@gmail.com


Jumaat, 8 Jun 2012

Terima Kasih Semua..

 Hari ini, genap enam bulan usia Ibu Berbicara
 
Selama 6 bulan ibu berbicara di sini, ramai sudah rakan yang ibu kenali. Melalui interaksi alam maya ini jugalah ibu bersua kembali dengan rakan yang telah lama terpisah. Merekalah yang setia membaca coretan ibu dan meninggalkan komen berupa nasihat, pandangan dan sokongan buat ibu serta anak-anak. Terima kasih semua..

Walau tak pernah bersua muka, jauh sekali bertentang mata, namun hubungan ini terasa begitu mesra.. Moga ukhwah yang terjalin akan terus kekal dan berpanjangan..

P/s: Bakal ada sedikit kejutan buat pengunjung setia Ibu Berbicara






Khamis, 7 Jun 2012

Bertemu Kembali Selepas Sepuluh Tahun

Semasa bercuti di Terengganu, tanpa disangka-sangka, ibu bertemu semula dengan kereta yang pernah berjasa kepada ibu sekeluarga. Walaupun telah sepuluh tahun berlalu, Encik saga ini ini masih dalam keadaan yang cukup baik.

Melihat keadaan kereta ini baik di luar mahu pun di dalam, ternyata tuan empunya kereta ini sekarang menjaganya dengan baik sekali. Yang berubah hanyalah warnanya. Sebelum dijual, kereta ini dicat dengan warna kegemaran ibu; hijau.

Inilah kereta yang mula-mula ibu pandu setelah berjaya mendapat lesen memandu. Ketika itu kami masih tinggal di Mersing. Kereta ini jugalah yang menjadi pengangkutan ibu sekeluarga ketika pulang ke kampung encik suami di Simpang Renggam dan kampung ibu di Jerantut.

Andai kereta ini tidak dijual, rasa-rasanya dah lama jadi besi buruk. Almaklum, tuan lamanya bukan daripada spesies yang suka membelek-belek dan menyolek kereta. Kereta yang digunakan sekarang pun nampak lebih usang berbanding encik saga ni. 

Gembira rasanya apabila melihat sesuatu yang pernah menjadi kesayangan kita masih dihargai dan dijaga dengan baik sekali. Selepas ini, tak pasti bolehkah ibu berjumpa lagi dengan encik saga ni. 


Rabu, 6 Jun 2012

Mutiara Kata ♥ Akhlak dan Amal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang





Selasa, 5 Jun 2012

Kenangan di Pulau Duyong

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Hari ini berakhirlah percutian ibu sekeluarga ke Kuala Terengganu setelah tiga hari tiga malam di sini. Sekarang kami dalam perjalanan pulang. Sambil menemankan ayah memandu, bolehlah ibu buat catatan. Kalau tidak dah tentu ibu zzzzzzzzz sepanjang perjalanan. Maklumlah dah penat jalan-jalan dan makan-makan. 


Mengikut perancangan awal, kami di Kuala Terengganu selama dua malam sahaja. Namun, memandangkan banyak lagi tempat yang belum dijelajahi dan dompet pun masih berisi, kami menyambung percutian sehari lagi. Jika dua malam pertama kami menginap di Pulau Duyong, malam ketiga pula kami di Pulau Ketam.

 

Di Pulau Duyong kami menginap di sebuah homestay di tepi sebuah perkampungan nelayan. Selain itu, kawasan ini juga merupakan tempat pembinaan kapal yang terkenal. 

 

 
 
Ini gambar di pekarangan homestay tempat kami menginap di Pulau Duyong. Di belakang itu adalah kapal yang sedang dalam pembinaan. Jika ada yang nak tempah kapal, bolehlah ke sini. Buaian ini juga adalah tempahan daripada pelanggan.

P/s: Along yang sedang belajar di Kuala Terengganu tidak melepaskan peluang bercuti bersama kami .


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA