Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dah dua hari teratak ibu ni terbiar sepi. Almaklum, kesibukan masih menyelubungi. Yang pasti keadaan ini akan berterusan tanpa ibu tahu bila akan bernoktah. Setiap hari ada saja tugasan baru sedangkan yang sedia ada belum berkurang.
Berbalik kepada tajuk entri, mulai minggu ni, jadual waktu mengajar ibu dah berubah. Sebelum ni, berharap juga agar jadual lebih sekata. Tiada lagi hari Khamis macam dulu (amat memenatkan kerana waktu mengajar yang padat). Rupa-rupanya, harapan tinggal harapan. Disebabkan pelbagai kekangan, hari Khamis itu dah bertambah jadi dua hari. Cuma harinya dah berubah; tidak lagi Khamis.
Kini, ibu akan berhadapan dengan dua hari yang mencabar kekuatan fizikal dan mental. Mana tidaknya, pada dua hari tersebut (Isnin dan Selasa) ibu akan turun naik tingkat tiga berkali2 dalam sehari. Tingkat tiga tu bukan dalam satu bangunan je tau! Ada empat bangunan tiga tingkat di sekolah ibu.
Dalam kepenatan tu ibu tetap bersyukur. Sebenarnya, inilah senaman ibu setiap hari; turun naik tangga. Nak berjoging memang tak sempat. Ketika orang lain berjoging, itulah masa ibu mengadap kerja-kerja sekolah. Nak beraerobik jauh sekali. Cuma, setiap hari ibu memanjatkan doa agar diberi kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Salah sebuah bangunan sekolah ibu
P/s: Kepada rakan-rakan guru yang bergotong-royong menceriakan tandas ptg tadi akak minta maaf sebab tak dapat join. Taklimat di PPD tamat dah hampir jam 5.00 petang..