Assalamualaikum. Salam sejahtera buat sahabat sekalian. Moga anda semua dipayungi dengan rahmah dan kasih sayang Allah SWT.
Sedikit perkongsian untuk kita bersama pagi ini. Islam amat menitikberatkan kesihatan. Dan, sudah tentu orang yang paling sihat di dunia ini ialah Rasulullah SAW. Buktinya, dalam rekod sepanjang hayat Nabi Muhammad, baginda hanya pernah sakit dua kali sahaja. Salah satu daripadanya adalah sakit yang membawa kepada kematiannya.
Berikut dikongsikan 7 tips hidup sihat ala Rasulullah.
Sumber: Majalah Ummi
7 Tips Hidup Sihat ala Rasulullah
Banyak lagi sunnah Radulullah yang dapat membuatkan tubuh kita sihat. Jom kita kongsikan di ruangan komen...- Tidak makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang.
- Mengunyah makanan sehingga 32 kali.
- Memilih makanan yang halal dan toyyib.
- Istiqamah puasa sunat.
- Menjaga kebersihan (gigi, kuku, rambut dll).
- Tidur lebih awal bangun lebih awal.
- Rasulullah SAW hampir tidak pernah marah.