Assalamualaikum buat semua.
Pagi ini ibu menyediakan sarapan bertemankan celoteh juruhebah Radio Klasik, Ebby Halim Al-Firdaus. Seperti biasa, Halim berkongsi sms daripada para pendengar Radio Klasik. Salah satu perkongsian pada pagi ini amat menyentuh perasaan ibu. Pastinya pendengar lain juga rasa begitu malah suara Halim terhenti seketika ketika bercerita, mungkin menahan sebak di dada.
Salah seorang pengirim sms adalah hamba Allah yang hanya ingin dikenali sebagai Swee Lan. Swee Lan menceritakan bagaimana senyuman
dan kelembutan seorang pramugari MAS semasa dalam penerbangan pulang dari Beijing suatu ketika dulu telah memikat hatinya lalu mereka berkenalan dan bermulalah persahabatan antara mereka.
Si Pramugari yang dianggap sebagai kakak itu telah banyak membimbingnya mengenali Islam hinggalah akhirnya Swee Lan mendapat hidayah dan memeluk Islam. Hubungan mereka kemudiannya terputus setelah Swee Lan kehilangan telefon bimbit.
Sejak itu Swee Lan tidak lagi mendengar khabar temannya itu sehinggalah suatu hari gambar temannya itu terpampang di muka depan akhbar. Allahu Akhbar... Rupa-rupanya temannya itu merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas MH17.
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...
Ya Allah.....tersentuh hati kak mie....moga Allah berikan ganjaran pahala kpd pramugari tu.
BalasPadamBetul Yah, cukup tersentuh.. Antara tanggungjawab yang telah arwah ditunaikan semasa hayatnya. Bagaimana dengan kita?
PadamKisah yang patut jadi pengajaran... jgn semudahnya menuduh pramugari itu begitu begini... tengok... apa yang dilakukan oleh arwah akhirnya dapat membuka hati Swee Lan untuk memeluk agama Islam. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di sisi orang2 yg beriman.
BalasPadamYup.. jangan terlalu mudah membuat penilaian. Terkadang di sebalik kesempurnaan yang dilihat dari luaran, terselit riak dan takbur yang merosakkan segalanya..
Padamsemoga kita yg masih bernyawa ini mengambil ikhtibar dr peristiwa yg berlaku
BalasPadamSungguh bertuah arwah, sebelum meniggal beliau sempat menjadi pembimbing sehingga Islamnya seorang Musim yang baru. Semoga Allah SWT merahmati beliau.
BalasPadamPS: Jemput join segmen saya buat kawan-kawan.
Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari segmen Nak URL Blog #10 by mialiana.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita
BalasPadamSedih hati sy baca entry nih....mesti swee lan trauma n sedih sbb kwn yg membimbing dia ke arah Islam pergi menghadap Ilahi..Nak nak mereka berpisah krna telefon die hilang..semoga roh arwah tenang di sana
BalasPadampilu mendengarkannya
BalasPadam