Selasa, 20 Disember 2016

Syurga Isteri

السلام عليكم

Selamat Pagi.
Jadi seorang isteri, hal yg amat kritikal ialah suami. Kita - makhluk Allah yg sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yg menakutkan kalau ada kata² dan tindak tanduk kita yg melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah ﷺ sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yg paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya! 

Jadi seorang isteri, banyak²lah meminta maaf drp suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya kpd sesiapa.

Allah ya Allah... rendahkan hati kita utk merayu kemaafan daripadanya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar²kan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita. Siapa pun dia, itulah yg Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. 

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin utk tundukkan ego kita. Mungkin utk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin utk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya! 

Minta Allah jaga rumah tangga kita. Kalau ada hal tentangnya yg kita tak suka, banyakkan berdoa kpd Allah. Kita tak boleh ubah suami kita tapi Allah boleh. Minta drp Allah. Jaga hubungan kita dgn Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dlm keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yg diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana² pintu yg disukainya. Indah sangat, kawan²! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat utk jadi isteri yg lebih baik drp semalam. Simpan hasrat utk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil² usaha kita. إن شاء الله

Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

#cnpgroupwhatsapp


Rabu, 14 Disember 2016

WW 41: Kalendar 2017

kalendar 2017



Isnin, 12 Disember 2016

Selamat Hari Lahir, Abang

السلام عليكم

Selamat Pagi.


Hari ini ialah hari ulang tahun kelahiran anak lelaki sulung ibu, Muhammad Faiz Izzuddin Yusli. Kebetulan pula ulang tahun yang ke-17 ini jatuh pada 12 Rabiul Awal, tarikh ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW.

Abang..
Selamat Hari Lahir ibu ucapkan. Tiada hadiah yang lebih bernilai dapat ibu  berikan pada hari ulang tahunmu ini selain doa. Moga dengan bertambah usiamu semakin melimpah rezeki dan kebaikan yang Allah berikan. Moga kegembiraan dan kebahagiaan juga sentiasa mengisi perjalanan hidup abang.

Ya Allah.. 
Abadikanlah kasih sayangnya kepada kami. Tunjukkanlah jalan yang lurus dan penuhilah hidupnya dengan cahaya-Mu, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan  keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dia dengan ma'rifat-Mu, dan matikanlah dia dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya, Engkaulah  sebaik² Pelindung dan sebaik² Penolong.
 آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي 



Salam Maulidur Rasul


12 RABIUL AWAL 1438H
12 DISEMBER 2016

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”
Surah al-Anbia’: 107


Ahad, 11 Disember 2016

Ikhlas


Assalamualaikum. Salam sejahtera

Ikhlas bagi sesetengah orang mungkin sesuatu yang mudah dilakukan. Namun, tidak kurang juga yang menganggap sebaliknya.

Sering kali kita mendengar orang yang mengaku dia telah ikhlas. Namun, dalam masa yang sama dia masih sering mengungkit dan membicarakan tentang keikhlasannya.

Adakah benar dia telah ikhlas?

Tidak ada orang yang mampu menilai keikhlasan seseorang. Ikhlas hanya bisa dirasakan dan diketahui oleh orang itu sendiri.

Keikhlasan dapat dirasakan apabila hati terasa sangat lapang dan tidak mengharapkan apa saja balasan daripada manusia. Yang diharapkan hanyalah redha Allah.

Sesungguhnya, ikhlas itu adalah seperti surah Al-Ikhlas yang sama sekali tidak ada kata ikhlas di dalamnya. Ia tidak terlihat dan tidak tergambarkan. Ia hanya terasa di dalam hati.

Jadi, yang masih sering mengungkit dan membicarakan keikhlasannya, tepuk dada tanyalah hati. Adakah ikhlas itu benar² terhunjam dalam diri?

Moga kita semua termasuk dalam golongan orang yang sentiasa mengharapkan redha-Nya. Aamiin..

ikhlas



Isnin, 5 Disember 2016

Cantik dari Dapur: Petua Hilangkan Parut


Assalamualaikum. Selamat petang. 

Kesan parut terutamanya di bahagian wajah boleh menjejaskan penampilan seseorang dan membuatkan mereka berasa rendah diri dan kurang yakin untuk berdepan dengan orang ramai. 

Parut terbentuk melalui proses penyembuhan luka di bahagian kulit. Ini termasuklah parut jerawat, parut luka, parut pembedahan atau kesan kebakaran. 

Parut mengambil masa yang lama untuk hilang sepenuhnya malah ada juga parut yang akan terus kekal di bahagian kulit terutamanya parut yang bersaiz besar seperti parut pembedahan atau kebakaran.

Banyak petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menghilangkan parut. Hari ini ibu ingin kongsikan petua menghilangkan parut dengan asam jawa. 

Mula² campurkan asam jawa dengan tepung ubi. Gaul campuran ini hingga sebati. Kemudian, campurkan sedikit air (agak² bahan tersrbut boleh disapu di kawasan parut). Sapukan di bahagian berparut setiap malam. Biarkan sampai esok pagi barulah dibersihkan.

Insya Allah, bekas parut akan semakin pudar dan hilang.

Ps: Lazimnya, penggunaan bahan semula jadi selamat untuk semua jenis kulit. Namun, jika berlaku alahan seperti gatal-gatal atau kulit kemerah-merahan akibat kulit yang terlalu sensitif, maka disarankan untuk menghentikan amalan petua ini.


Ahad, 4 Disember 2016

Tak Perlu Tunjuk Baik


Elakkan daripada membuka keaiban saudara sendiri dan orang lain kerana ia merupakan sifat tercela dan boleh menyebabkan persengketaan. Kadang² perasaan marah, hasad dengki dan dendam menyebabkan seseorang membuka aib seseorang yang tidak disukainya. Adalah sebaiknya kita mengawal emosi dan kemarahan yang ada dalam diri.

Adalah penting juga untuk tidak membuka keaiban diri sendiri dengan menceritakan kepada orang lain. Sentiasalah berusaha untuk menjaga diri sendiri dan berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Tidak perlu menunjukkan kita baik, tapi cukuplah dengan melakukan perkara yang baik².

jaga aib orang



Sabtu, 3 Disember 2016

Faiq @ Kem Tahfiz Muda

السلام عليكم

Selamat Malam semua.

Hari ni nak cerita tentang Faiq @ Kem Tahfiz Muda lagi. Dah masuk hari keenam Faiq dan rakan² di sini.  Masa memang mencemburui. Pejam celik, pejam celik, esok berakhirlah kem seminggu ni.

Sepanjang Faiq mengikuti kem, sempat dua kali ibu berkunjung ke sana. Ala.. bukan jauh mana, tak sampai pun lima minit kalau berkereta. Ibu nak juga tengok apa aktiviti mereka. Katanya ada aktiviti memanah, itu yang buat ibu teruja. Tapi, dua kali ke sana tak dapat tengok juga. Tak pe, Faiq balik nanti boleh dengar dia bercerita.  

Hari keempat, ibu dan ayah sampai masa mereka berkumpul nak mulakan aktiviti. Dari jauh ibu tengok, rasa sayu pulak hati. "Entah apa-apalah ibu ni," cuba memujuk hati sendiri. Mereka ok je, nampak bukan main seronok lagi. Sesama mereka nampak akrab sekali, biarpun baru kenal beberapa hari.

Petang semalam, lagi sekali ibu dan ayah ke sana. Menghantar pakaian kering dan biskut yang Faiq minta. Sedang elok kami tiba, hujan turun selebat²nya. Hanya ayah yang turun dan berjumpa. Ibu hanya sempat mengintai² dari kereta.

madad
Hujan dah mula turun. Ayah je yang masuk. Ibu mengintai² dari sini

Gambar² dari FB MADAD.

Sekian untuk hari ni.
Insya Allah, esok ibu ke sini lagi.
Majlis penutupan pukul 10.00 pagi.
Moga semuanya berjalan lancar dan diberkati.

Jumpa lagi...



Baik yang Mana?

"Wahai Sheikh! Manakah yg lebih baik; seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau seorang yg tidak beribadah tapi amat baik perangainya sesama manusia?" tanya srorang pemuda.

"Subhanallah, kedua²nya baik," ujar Sheikh sambil tersenyum.

"Mengapa begitu?" desak si pemuda.

"Kerana org yang tekun beribadah itu mungkin akan dibimbing Allah untuk berakhlak mulia asbab ibadahnya, manakala org yang baik perilakunya itu mungkin akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepada-Nya".

"Jadi, siapa yang lebih buruk?" desak si pemuda itu lagi.

Airmata mengalir di pipi Sheikh.
"Kita, anakku," ujar beliau.
"Kitalah yang selayaknya disebut buruk lantaran gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri sendiri."

Dalam hiba tangis, si alim menyambung kata...

"Sedangkan kelak, kita akan dihadapkan kepada Allah dan ditanya tentang diri kita, bukan orang lain."

mana baik


Jumaat, 2 Disember 2016

Kem Tahfiz Muda @ MADAD

السلام عليكم

Selamat Petang semua.

Maahad Dirasat Diniyyah (MADAD) Kampung Temin, Jerantut telah menganjurkan Kem Tahfiz Muda selama seminggu bermula 28 November hingga 4 Disember 2017. Bila dapat tahu tentang program ni beberapa minggu lepas, ibu terus booking tempat untuk putera bongsu ibu. Tak sempat bertanya tuan punya diri sebab dia masih di asrama masa tu.

Dua minggu sebelum cuti barulah sempat beritahu Faiq. “Kata nak jadi pendakwah. Ni lah masanya nak timba ilmu,” ayat memujuk ibu, bimbang kot dia tak setuju. Maklumlah, balik dari asrama nak kena join kem pulak. Alhamdulillah, Faiq ok je. Ibu je yang duk bersangka².
 

Ni gambar masa hari pendaftaran.
Dua orang anak saudara ibu, Harith dan Muhammad pun join program ni. Bertiga sepupulah diorang kat sini. Yang di belakang tu adik² ibu, Fazilah dan Lina. Di tepi tu mak ibu. Nenek pun tak nak ketinggalan menemani cucu² mendaftar.


Gambar hari pertama kem.
Gambar² ni dari FB Ustaz Zuridan, mudir MADAD. Pinjam gambar ye Ustaz. Terima kasih. 

Duhai anak²! Timbalah ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin buat bekalan dunia dan akhirat. Moga kalian menjadi anak soleh yang membahagiakan ibu bapa dan keluarga serta bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن




Khamis, 1 Disember 2016

Pentas Hari Anugerah Cemerlang

السلام عليكم

Selamat Pagi semua.

Minggu lepas, 23 November 2016 adalah majlis Hari Anugerah Cemerlang sekolah ibu. Seperti biasa, ibu ditugaskan untuk menghias pentas bersama dua lagi rakan guru. Sejak berpindah ke sekolah ini kira² sembilan tahun lalu, tugas ini begitu sinonim dengan ibu. Sejujurnya, ibu senang dengan tugas ini kerana ia mencabar kreativiti.

Kerja² menghias pentas hanya dibuat sehari sebelum majlis kerana ibu dan seorang lagi rakan ajk sibuk menyiapkan sijil berhenti sekolah dan mengemas kini fail peribadi murid untuk diserahkan kepada murid tahun 6 pada hari terakhir persekolahan.

Tahun ini hiasan pentas dibuat ala kadar je kerana tiada peruntukan macam tahun² sebelum ini. Dengan bermodalkan kertas putih dan kertas pelbagai warna bersaiz A4, inilah hasilnya... 

hiasan-pentas 

Kerja² melipat dan menggulung kertas dimulakan lebih kurang pukul 9 pagi dengan bantuan murid tahun 6. Kipas² hiasan dan gulungan kertas ini siap ditampal di latar belakang pentas lebih kurang pukul 1.30 tengah hari. Rama² berwarna putih tu ibu siapkan di rumah dan ditampal keesokannya sebelum majlis bermula.

Alhamdulillah, dapat juga kami menyiapkan hiasan pentas yang serba ringkas ini.

Sekian, jumpa lagi.  
Assalamualaikum.
  


Rabu, 30 November 2016

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2017

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2017 telahpun dikeluarkan di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 28 November 2016. Klik sini.

Dikongsikan di sini jadual tersebut sebagai rujukan para penjawat awam.  Moga dengan adanya jadual ini diharap dapat membantu kita merancang bajet perbelanjaan dan percutian 2017.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Sektor Awam Tahun 2017

BULAN
TARIKH
HARI
CATATAN
JANUARI
19.01.2017
KHAMIS
Tahun Baru Cina 28 (Sabtu) & 29 (Ahad) Januari 2017
FEBRUARI
23.02.2017
KHAMIS

MAC
23.03.2017
KHAMIS

APRIL
25.04.2017
SELASA

MEI
25.05.2017
KHAMIS

JUN
15.06.2017
KHAMIS
Hari Raya Puasa 25 (Ahad) & 26 (Isnin) Jun 2017
JULAI
25.07.2017
SELASA

OGOS
24.08.2017
KHAMIS

SEPTEMBER
25.09.2017
ISNIN

OKTOBER
11.10.2017
RABU
Hari Deepavali 18 (Rabu) Oktober 2017
NOVEMBER
23.11.2017
KHAMIS

DISEMBER
21.12.2017
KHAMIS


 




Iri Hati & Hasad Dengki


Kita semua ni tak sempurna. Tujuannya untuk melengkapi satu sama lain. Namun yang berlaku sebaliknya. Ada antara kita yang tidak berpuas hati dengan kejayaan orang lain. Ada pula yang cemburu dengan kesenangan orang lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati. 

Orang yang ada kedua² sifat ni tak pernah rasa tenang dan tenteram kerana sentiasa berasa serba kekurangan berbanding orang lain. Kejayaan dan kegembiraan orang lain menjadi barah buat mereka. Di mata mereka, apa yang orang lain buat selalu tak kena Hal ini demikian kerana mereka tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Meh kita pujuk² hati agar bersyukur dengan anugerah Ilahi. Insya Allah, kegembiraan orang lain akan menggembirakan kita, kebahagian orang lain juga akan membahagiakan kita. Barulah hidup tenang dan tenteram.






Rabu, 9 November 2016

Wordless Wednesday 40: Jangan Berputus Asa

jangan berputus asa



Rabu, 2 November 2016

Manfaat Menanam Pokok

manfaat-menanam-pokok




Merealisasi Impian bersama Tukang Pallet

السلام عليكم

Selamat Pagi.

Cuti persekolahan akhir tahun hampir tiba. Sudah tentu cuti persekolahan inilah yang dinantikan oleh ramai orang. Ada yang ingin melancong, ada juga yang merancang pulang ke kampung. Bagi si teruna dan dara, inilah masa yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana ketika cuti inilah saudara mara boleh berkumpul ramai² untuk meraikan hari bersejarah kalian. Betul tak?

Pelamin dah tempah ke? Sudah tentu bakal² raja sehari mempunyai pelamin impian masing² kan? Sekarang ni trend perkahwinan yang ringkas dengan pelamin yang simple tetapi masih cantik dan menarik.

Untuk itu, Tukang Pallet menawarkan perkhidmatan pemasangan pelamin tunang, kahwin dan photo booth serta perkhidmatan sewaan dulang hantaran pallet yang dapat memenuhi impian bakal² raja sehari sekalian.

Selain itu,  bagi menepati kehendak bakal² raja sehari yang inginkan pelamin bajet, kami juga menyediakan servis pelamin 'self pickup self deco' (SPSD) yang mana pelanggan boleh datang ambil dan hias sendiri pelamin idaman mengikut bajet dan kreativiti sendiri. Bertepatan dengan ciri2 pelamin D.I.Y, pakej yang kami tawarkan adalah sangat mudah dengan kos yang amat berpatutan. 

Pelamin by Tukang Pallet






Untuk melihat lebih banyak contoh pelamin klik sini


Bagi bakal² raja sehari yang ingin menyewa dulang hantaran, kami mempunyai 5 design dulang dengan beberapa pakej yang menarik untuk anda. Yang pasti, pakej SPSD juga turut disediakan. 

 Gubahan Hantaran by Tukang Pallet





Untuk melihat lebih banyak contoh gubahan hantaran, klik sini 


Untuk berhubung terus dengan team kami yang berdekatan, sila lihat album Tukang Pallet Team di page Tukang Pallet atau boleh ke instagram @tukangpalletteam
 
"Tukang Pallet - Kita Buat Dia"


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA