Ahad, 30 September 2012

Selamat Pengantin Baru, Faizal & Nazirah..

Alhamdulillah, anak saudara ibu, Faizal telahpun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Nazirah. Majlis akad nikah telah diadakan pada malam Sabtu di kediaman pengantin perempuan di Serendah, Selangor. Persiapan perkahwinan Faizal telah ibu catatkan di sini dan sini

Majlis kenduri dan persandingan telah diadakan semalam. Selain Faizal dan Nazirah, turut bersanding ialah kakak Nazirah dan suaminya yang telah bernikah sebulan yang lalu. 


Faizal dan Nazirah dalam persalinan berona ungu

 Buat Faizal dan Nazirah..

TAHNIAH!
dan
SELAMAT PENGANTIN BARU 


Siang tadi ibu ke rumah adik ibu di Felda Tekam Utara 1, Jerantut untuk persiapan majlis menyambut menantu yang akan diadakan pada hari Sabtu minggu depan. Doakan agar segalanya berjalan lancar.

Selamat Hari Lahir, Normah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


 
Ibu amat merindui seseorang yang pernah menjadi sahabat baik ibu suatu masa dahulu. Kami pernah sama-sama bertugas di SK Sawah Dato', Mersing. Kami terpisah setelah si dia berpindah ke kampung halamannya di Melaka. Tidak lama selepas tu, ibu mengikut jejaknya; pulang ke negeri kelahiran. Ada persamaan antara kami berdua yang membuatkan kami serasi berkawan. 

Anak pertama, kedua dan ketiga kami dilahirkan rapat-rapat dan kesemuanya puteri. Jadi, banyak cerita yang dikongsikan ketika itu adalah tentang anak-anak.

Tambahan pula, puteri sulung Normah sebaya dengan puteri ketiga ibu. Kami bergilir-gilir mengambil anak pulang dari taski.

Setelah berpindah ke kampung halaman masing-masing barulah kami berjaya memperoleh putera. Bezanya, si dia hanya ada seorang putera manakala ibu berjaya menambah dua orang. Hebatkan.. hehe..

Inilah teman ibu tu..

 Normah Mohamad



Normah bersama suami dan anak-anak

Hari ini, 30 September adalah ulangtahun kelahiran Normah.



SELAMAT HARI LAHIR, NORMAH..
MOGA HIDUPMU SENTIASA DALAM REDHA ILAHI
DAN BAHAGIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG.

p/s: Maaf ye Norm sebab ambil gambar tanpa izin.

Jumaat, 28 September 2012

Segmen E'raz Fadli : Blogwalking

Ibu nak join segmen lagi. Kali ni segmen anjuran E'raz Fadli jadi pilihan. Kata E'raz, dia anjurkan segmen ni untuk memudahkan aktiviti menerjahnya. 


Bagi yang nak join sila klik banner.

Tarikh Tutup dilanjutkan ke 08 Oktober 2012 - Isnin

Segmen yang cukup simple. Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Jom kita sama-sama memeriahkan dan beri sokongan kepada E'raz.

Khamis, 27 September 2012

Bermesyuarat & Menyiapkan Hantaran Perkahwinan


Makin sepi nampaknya teratak maya ibu ni dek kesibukan tuannya. Kepada rakan-rakan yang berkunjung ke sini, maaf kerana kunjungan belum sempat dibalas. Insyaallah, akan ibu lakukan apabila berkesempatan. Janganlah serik untuk berkunjung ke sini lagi ye..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini ibu bersama 21 orang guru Bahasa Melayu dari beberapa buah sekolah di daerah ini berkampung di sini lagi.  


Isnin hingga Rabu kami bermesyuarat di sini dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang. Alhamdulillah, semalam dahpun selesai. Bukan selesai macam tu saje tau.. Kami balik bersama tugasan yang perlu disiapkan dan dibawa ke sini semula pada 8 dan 9 Oktober.

Jika pagi hingga petang ibu di sini, malamnya pula ibu sibuk menyiapkan baki hantaran pernikahan anak saudara ibu, Faizal. Dalam entry sebelum ni ibu dah tunjukkan lima gubahan hantaran. Hari ni ibu nak tunjukkan baki tiga gubahan lagi.

Al-Quran & telekung

Sirih & buah-buahan

Mas kahwin dan rantai tangan ni tidak termasuk dalam hantaran.
Yang ini akan dibawa pada majlis akad nikah manakala tujuh hantaran
yang lain tu akan dibawa semasa majlis persandingan.



Petang tadi Faizal bersama mamanya (adik ipar ibu) datang untuk mengambil hantaran-hantaran ni. Nampaknya, mereka suka sangat dengan hasil tangan ibu ni. Dah tentu ibu lagi gembira kerana hasil kreativiti ibu dapat menggembirakan mereka. 

Oklah, kita jumpa lagi esok.Assalamualaikum.

Isnin, 24 September 2012

Hantaran Perkahwinan Anak Saudara


Isnin datang lagi (dah nak berlalu sebenarnya). Semalam teratak ibu ni sepi lagi. Nasib baik ada rakan-rakan yang menyinggah. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan meninggalkkan komen. Terima kasih juga bagi yang baru datang dan sudi menjadi rakan ibu.

Malam ni ibu nak buat entry pasal minat ibu; gubah-menggubah. Beberapa hari lepas ibu ada buat entry tentang Mencari Idea untuk Hantaran Perkahwinan. Alhamdulillah, setelah beberapa hari mencari idea, akhirnya semalam siap juga lima buah hantaran.

Sebenarnya, gambaran idea untuk menghias bekas hantaran dah ada sebelum ibu beli barang-barang keperluan. Jadi, tiada masalah untuk ibu menghias bekas tu. Tambahan pula, hiasan untuk kesemua bekas hantaran serupa je.. Yang menjadi masalah ialah menyusun barang-barang hantaran di dalam bekas yang telah siap dihias. 


Nampak simple je namun untuk mendapatkan hasil macam ni ibu terpaksa buat berulang kali. Sejadah ni tebal, jadi susah nak lipat.

 
Yang ini tiada masalah. Masukkan je barang-barang yang dah dibalut kemas ke dalam bekas yang dah dihias.

Gubahan macam ini je yang dapat ibu buat. Dah cuba pelbagai gaya namun tak menjadi sebab bekas ni comel sangat.

 
Yang inipun nampak simple tapi agak cerewet untuk menyiapkannya. Bunga-bunga oren tu digamkan satu-persatu supaya tak berguguran semasa berarak nanti. 

 
 Ini yang terakhir ibu buat semalam. Perfume ini dah dibungkus cantik sebenarnya tetapi bungkusannya terlalu besar. Jadi, tengah malam semalam terpaksalah ibu buatkan tempat baru untuknya. 

Masih ada tiga gubahan yang perlu ibu siapkan termasuk gubahan mas kahwin. Dah siap nanti ibu ibu kongsikan di sini. 

P/s: Ketara sangat tuan blog tak pandai ambik gambar. Semua gambar diambil dari depan. Sudahnya, bunga hiasan tu nampak besar gedabak.

Sabtu, 22 September 2012

Wanblur Review Follower ke-01333


Assalamualaikum dan selamat petang. Dah dua hari iBu BeRbiCaRa sepi tanpa entry baru. Ibu amat-amat sibuk ketika ini. Sudah menjadi kebiasaan, selepas UPSR, sekolah semakin sibuk. Pelbagai program yang dulunya tertangguh akibat persediaan menghadapi UPSR telah dijalankan semula. Tambahan pula, cuti akhir tahun dah semakin hampir. Dua minggu lagi, murid-murid akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jadi, faham-faham ajelah..

Hari ini adalah hari persekolahan bagi menggantikan cuti Hari Raya Aidilfitri. Hari ini menggunakan jadual hari Jumaat. Jadi, masa di sekolah hingga jam 11.50 pagi je. Balik dari sekolah, terus jenguk iBu BeRbiCaRa dan bercadang nak singgah blog rakan-rakan. Tak perlu risau pasal hidangan tengah hari sebab pagi-pagi tadi ibu dah masak.  

Kunjungan pertama ibu tengah hari ni ialah ke blog Wanblur yang merupakan peserta segmen Saya Nak Di Review & Promote anjuran miss z berceloteh. Rupa-rupanya, kelmarin Wanblur Review Follower ke 01333. Haaa.. nak tau siapa follower bertuah tu? Jom tengok..


Kredit: Wanblur

Gembiranya ibu bila baca komen Wan tu.. Maklumlah, ibu ni baru setahun jagung bergelar blogger. Sibuk pulak dengan kerjaya dan anak-anak.. Tak sempat nak godek sana-sini bagi blog ibu ni cantik, menarik dan debom macam blog orang lain. Lepas ni, harap Wan boleh komen pasal entry-entry ibu pulak ye.. Ibu ni nama je guru Bahasa Melayu, namun bab menulis ni kureng sikit. Wan komenlah sejujur-jujurnya ye. Tak usahlah berlapik-lapik sebab nak jaga hati ibu. Jangan risau insyaallah, ibu akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Wah, macam dialog ibu kandung pulak!! Hehe..

Sejujurnya, ibu belum kenal siapa Shazwan Azizan pemilik Wanblur ni. Berdasarkan beberapa entrynya yang ibu baca, Wan adalah bakal doktor (betul tak Wan? sorry kalau ibu salah). Wan sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi exam.  


Lepas ni bolehlah terjah ke blog Wan ye..

Rabu, 19 September 2012

Manusia Berkualiti

Semasa berehat-rehat di bilik guru semalam, terpandang sebuah buku di atas meja seorang rakan. Tertarik dengan buku tu, ibu ambil lalu baca. Di sini ingin ibu kongsikan sedikit ilmu yang ibu dapat daripada buku tersebut. Maaflah, lupa judul buku tersebut..


Kata Imam al-Ghazali, manusia terbahagi kepada empat:
  1. Manusia yang kualiti hidupnya betul-betul hidup ketika masa hidupnya (alhayat fil hayat).
  2. Manusia yang kualiti hidupnya mati ketika hidupnya (almaut fil hayat). 
  3. Manusia yang telah mati namun nama dan pengaruh semangatnya serta kebaikannya masih hidup (alhayat fil maut)
  4. Manusia yang telah mati dan nama serta pengaruhnya benar-benar mati (almaut fil maut).
Di kategori manakah kita ingin letakkan diri kita?

Segmen : Saya Nak Di Review & Promote

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu nak bersegmen lagi. Segmen kedua anjuran miss z yang ibu sertai. Selepas selesai UPSR ni ibu ada sedikit kelapangan. Jadi, dapatlah join pelbagai macam segmen. Apa salahnya memeriahkan segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan.. betul tak? Sambil-sambil tu dapat juga tambahkan follower ibu yang ciput ni..

Bagi yang nak join, sila klik banner comel ni..


Tamat: 19.09.2012 
jam 2.00 petang  




Banner iBu BeRbiCaRa

Selasa, 18 September 2012

Segmen link blogshop

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Petang ni ibu nak join segmen anjuran Tihara dari Herba Tihara
Segmen ni bersempena dengan link blogshop Craft n Crochet ... http://crochetlurve.blogspot.com/       

 Bagi yang nak join, sila klik banner.

Craft n Crochet
Blog Craft n Crochet ni menjual hasil kraftangan berasaskan crochet. Ibu dahpun jengah-jengah ke sana. Hati dah terpikat dengan hasil tangan Tihara yang cukup cantik dan comel. 
Jom kita jamu mata tengok hasil seni crochet yang dijual di Craft n Crochet

Drawstring bag yang comel; angry bird, doraemon,
hello kitty, sponge bob & pooh


bookmark


Brooch 

handphone strap


hairpin

baby booties


modem broadband casing


pencil/ make up case

...DAN BANYAK LAGI PILIHAN

 Jika berminat dengan item-item yang ditawarkan, jangan lupa terjah ke Craft n Crochet.


p/s: Ibu memang meminati crochet. Antara hasil tangan ibu boleh lihat di sini

Isnin, 17 September 2012

Mencari idea untuk Hantaran Perkahwinan

Dah lebih seminggu majlis pertunangan adik bongsu ibu berlalu namun ceritanya belum berakhir. Dan untuk ke sekian kalinya, ibu nak tepek sekeping lagi gambar yang diambil pada hari tersebut. 

 Ibu bersama emak dan adik-adik.
 
Gambar ini cukup istimewa kerana kami enam orang adik-beradik perempuan dapat bergambar bersama emak dalam suasana yang cukup ceria. Kebiasaannya, kalau bergambar asyik tak cukup korum. Kali ni, alhamdulillah semuanya ada. 

Bagi rakan-rakan yang berkunjung ke sini, jangan termuntah sudahlah ye.. Almaklum, dah beberapa hari dihidangkan dengan gambar yang sama je..

Selesai tugas menyiapkan gubahan hantaran untuk majlis pertunangan adik, ibu perlu berkreativiti lagi. Kali ini ibu perlu menyiapkan tujuh buah gubahan hantaran perkahwinan untuk anak saudara. Masa dah tak lama; tinggal seminggu je lagi.


Inilah bekas hantaran yang perlu dihias. Jika adik ibu dengan tema hijaunya, yang ini pulak tema oren. Kata anak saudara ibu, "Mak Long buatlah macam mana sekalipun asalkan warnanya oren." Susah juga nak beli barang-barang yang diperlukan kerana warna oren tak banyak pilihan. Habis semua kedai ibu terjah, ini je yang ibu dapat. 

Dalam masa seminggu ni, ibu perlu memerah otak sekali lagi. Harap-harap segalanya dipermudahkan dan ibu dapat menyiapkan kesemua 7 gubahan hantaran ini dengan baik dan memuaskan hati tuannya.

Ahad, 16 September 2012

Selamat Hari Malaysia.. Terima Kasih Semua..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Moga keamanan negara kita akan tetap terpelihara. Bertuahnya kita tinggal di negara yang tercinta ini.
Ibu juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang telah mengucapkan tahniah sempena hari lahir ibu hari ini. Oh ye, tarikh hari lahir ibu sama dengan Hari Malaysia. Tahun je yang berbeza.

Terima kasih MamaQS yang buat entry khas untuk ibu.
Terima kasih juga buat mantan pensyarah ibu, Hj. Mohamad bin Ismail, rakan-rakan seperguruan, rakan-rakan maya dan mantan anak didik yang mengutus ucapan hari lahir buat ibu. Moga doa kalian dimakbulkan..


Pada kesempatan ini, ibu juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Intan Mazz, rakan sebilik ibu semasa kami sama-sama menyambung pelajaran dahulu. Secara kebetulan kami berkongsi tarikh lahir tapi Maz jauh lebih muda berbanding ibu.

 Selamat Hari Lahir Maz..
Moga Maz sentiasa dalam rahmat dan redha Allah, bahagia di dunia dan di akhirat.. Amin..

Sabtu, 15 September 2012

Majlis Pertunangan Azman & Nor Sharina


Ketika orang lain dah lena diulit mimpi, barulah ibu terkial-kial buat entry baru. Entry kali ini masih berkisar pada majlis pertunangan adinda bongsu ibu, Nor Sharina Abdul Rahim.

Rombongan meminang dari Kuala Lumpur tiba lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Pihak lelaki tetap ingin melaksanakan mengikut adat. Jadi, majlis hari tu merupakan majlis 2 dalam 1 iaitu merisik dan bertunang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Tuan tanah bersama adinda bongsu

 Kesemua 6 orang puteri Abdul Rahim & Siti Sabariah.
Nor Azlina (ke-4), Noridah (ke-3), Nor Sharina (ke-10), Nor Farazila (ke-9),
Nor Fazilah (ke-6) dan tuan tanah tu anak sulung.

Bersama hantaran daripada pihak lelaki.

Insyaallah, adik bongsu ibu ni dan tunangnya, Azman akan disatukan pada Jun 2013. 

Jumaat, 14 September 2012

Hantaran Pertunangan Adinda Tersayang

Hari Sabtu, 08.09.2012 yang lalu adik bongsu ibu, Nor Sharina telahpun selamat ditunangkan dengan jejaka pilihan hatinya dari Segamat. Akhirnya, bertemu juga dengan pilihan hati setelah sekian lama mencari.. hehe.. Jangan marah ye achu..

Tarikh tu dipilih lebih awak namun penghujung Ramadhan lepas, kementerian pelajaran umumkan yang sekolah boleh memohon cuti lebih awal untuk sambutan Aidilfitri. Cuti yang dipohon perlulah diganti pada tarikh tersebut (08 September). Nak buat macam mana.. terpaksalah akur..

Jadi, pada tarikh tersebut macam orang lain juga ibu melangkah ke sekolah macam biasa. Ibu tak memohon cuti memandangkan UPSR sudah terlalu hampir. Lagipun, pada hari itu bilik-bilik peperiksaan perlu dikemaskan. Ibu hanya meminta kebenaran daripada boss untuk balik pada pukul 10.30 pagi. Kebetulan jadual ibu pada hari Khamis habis sebelum waktu rehat. 

Ok lah.. Kali ni ibu nak kongsikan gubahan hantaran pertunangan hasil tangan ibu buat adinda tersayang. 








Hampir dua minggu juga ibu berulang-alik ke rumah emak untuk menyiapkan gubahan hantaran ini. Nasib baik rumah mak tak terlalu jauh. Semua barang dibeli sendiri oleh adik ibu memandangkan ibu terlalu sibuk ketika itu. Ibu hanya menggubah mengikut  permintaan tuan badan. 

P/s: Mata dah tak sanggup nak buka lagi ni. Esok ibu kongsikan gambar-gambar lain pulak.