Sabtu, 31 Disember 2011

Pinggan Mangkuk Lama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sebelum menutup tirai 2011 ni, ibu ingin berbicara pasal minat baru ibu. Minat terhadap pml a.k.a pinggan mangkuk lama ni mula bercambah setelah emak menghadiahkan dua set pml kepunyaannya kepada ibu awal tahun ini.



Set yang pertama ni telah berada dalam simpanan emak lebih 23 tahun. Bentuk tekonya agak unit dan cukup menarik. Sudah ada yang melamar teko ni tetapi ibu tidak akan sesekali melepaskannya. 
Set kedua merupakan tea set bunga padi. Set ni merupakan hadiah daripada rakan-rakan ayah sempena persaraannya 15 tahun lalu. 

Sebenarnya, ibu telah menambah banyak kaum kerabat bunga padi ni. Semuanya ibu beli online daripada rakan-rakan APC. Insyaallah ibu akan buat entry khusus tentang set bunga padi ni yang pada pendapat ibu cukup manis dipandang mata.



2 ulasan:

  1. Hobi ibu Yusuf juga.. sgt suka dgn padi terutamanya.. :D

    BalasPadam
  2. Zefa: dah terjebak dgn hobi yang satu ni susah nak berhenti..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA