Ahad, 25 Disember 2011

Tragedi Rose Hijau

Hari ni ibu nak kongsi satu lagi pengalaman berkaitan pembelian di alam maya. Kali ni cerita tentang pembelian teko porselin antik. Ibu bukanlah seperti pengumpul² pinggan mangkuk lama yang hunting ke sana-sini untuk mendapatkan barangan. Ibu lebih banyak hunting secara online je.

Pertama kali beli pml online ni, ibu beli tiga biji teko aladdin iaitu sakura, rose hijau dan bunga kangkung. Semasa buka kotak, hati dah berdebar-debar sebab terdengar bunyi sesuatu yang memang menakutkan dari dalam kotak.

Apabila kotak terbuka memang sudah terang lagi bersuluh, isi di dalamnya dah berderai. 



Sayangkan?? kalau teko bulat taklah hati ibu ni terkilan sangat.  Tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki ibu. Disebabkan sayang dan nak kurangkan rasa terkilan, ibu gamkan teko tu. 

Hasilnya..

Bolehlah sekadar buat tayangan perdana dalam lemari.

Sejak itu, tawar hati untuk mengumpul keluarga rose hijau biarpun sebelum ini keinginan membuak².

2 ulasan:

  1. Sayangnya kak.. aladin ros hijau tu susah juga nak cari. Sy pun ada pengalaman yg sama, cuma bukan pml lah. pinggan hiasan biasa, tp sedih sgt masa tu.. :-(

    BalasPadam
  2. Betul Zefa, sayang sangat.. bukan rezeki nak kumpul yang ni agaknya..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.