Kekangan masa menyebabkan ibu lebih banyak membeli secara online terutama material
untuk produk jahitan bagi Teratak Impian. Lagipun lebih mudah memilih barangan di alam maya kerana pilihan tak banyak hingga menjadi kita rambang mata. Terbaru, ibu beli beberapa design kain
dalam jumlah yang agak besar.
Kecewanya apabila salah satu design kain tidak cukup ukuran. Ibu maklumkan kepada seller tapi menurutnya, kain itu memang dibekalkan dalam pack mengikut ukuran yang telah ditetapkan. Jadi, yang salah bukan dia, tapi pembekal.
Bukanlah ibu bersungguh² untuk meminta baki kain yang tidak cukup tapi hanya ingin memaklumkan saja supaya tak ada customer yang terkena macam ibu selepas ini.
Apa-apa pun, kejadian ini tidak akan menjadi penghalang untuk ibu terus membeli-belah secara online kerana bagi
ibu banyak juga kelebihannya. Harap-harap inilah kali pertama dan terakhir ibu
'terkena'.
Bagi ibu dalam apa² jua urusan syarat penting adalah kejujuran.
Peniaga jangan sesekali mengkhianati kepercayaan yang pelanggan berikan semata² untuk mengaut keuntungan. Kepuasan pelanggan perlu diutamakan supaya
rezeki berpanjangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.