Sabtu, 14 Januari 2012

Antara Harapan dan Tanggungjawab

Anak-anak tak siap kerja sekolah

Baru 2 minggu sesi persekolahan dibuka, ibu dah sakit kepala. Sudahlah bertimbun kerja yang perlu disiapkan, murid-murid pulak buat hal. Awal-awal lagi hampir separuh kelas tak siap kerja rumah..

Jom hayati dialog masa ibu tengah naik angin..

Cikgu: Susah ke kerja yang cikgu bagi semalam?
Cikgu: Tak susah kan.. Dah bincang pun jawapannya dalam kelas semalam.. Lagipun, masa cikgu tanya semalam semua kata boleh.
Cikgu: Banyak ke kerja yang cikgu bagi semalam?
Cikgu: Tak banyak kan? Cikgu dah tanya cikgu-cikgu lain sebelum cikgu bagi kerja tu..
Cikgu: Habis.. ngapa kerja tak siap? 
Cikgu: Saje kan.. kalau tak siap cikgu bukan boleh buat apa pun.. kalau denda pun setakat siapkan kerja kat luar kelas je..

Ye.. dialog tu sebenarnya dialog ibu sorang-sorang. Ibu yang tanya, ibu juga yang jawab. Kalau ibu minta murid-murid yang jawab, ibu dah tau jawapannya. Ada yang akan kata pergi rumah neneklah, jaga adiklah, lupalah dan jawapan yang paling kerap diberi, buku tertinggal kat rumah. Sebenarnya, ibu dah ajar murid-murid ni sejak tahun lepas. Dah arif benar dengan helah mereka kalau tak siap kerja rumah.

Masa ibu sekolah dulu, kalau tak siap kerja sekolah, tak payah cakap banyak. Hulur je tangan untuk dirotan. Tapi, kalau ibu buat macam tu sekarang, jenuh GB mengangkat gagang telefon melayan aduan ibu bapa.

Rasanya semua ibu bapa maklum bahawa mendidik anak ni tanggungjawab bersama. Bukan terletak di bahu guru-guru sahaja. Sewaktu perjumpaan dengan ibu bapa atau semasa mesyuarat PIBG pun, mereka selalu diingatkan tentang tanggungjawab mereka memantau kerja rumah anak-anak. Tapi, gejala tak siap kerja rumah ni masih berleluasa. Sebagai guru, sudah tentu ibu sangat2 kecewa. 

Wajarkah ibu bapa menaruh harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak cemerlang dalam UPSR jika tanggungjawab ni tak dilunaskan??

Makin bertambah kondominium kat meja ibu ni..


3 ulasan:

  1. itulh masalah yg kita hadapi saban thn...anak2 skrg dh xleh dicuit..mulalh mak/pak melenting...nk dibiarkan cikgu juga sakit jiwa...maka trjadilah aktiviti membaling buku kalau dh geram sgt....ttp muka budak2 tu poyo je tnpa rasa brsalah.....hu.hu.hu....

    BalasPadam
  2. budak2 skarang mmg susah buat keja sekolah ke?adoiiiiii kesian cikgu2 ne...

    BalasPadam
  3. Yah: Betul Yah.. cikgu pun manusia, ada tahap kesabarannya
    Ila: Inilah salah satu punca murid ketinggalan. Kerja rumah tu pengukuhan bg latihan yg diajar di sekolah. Kalau tak buat kerja rumah, macam mana nak menguasai kemahiran?

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.