Sabtu, 14 Januari 2012

Gara-gara Gatal Tangan

Pagi tadi ibu ke sekolah kerana menghadiri kursus dalaman berkaitan KSSR. Habis kursus jam 12.15 tgh, GB beri taklimat ringkas berkenaan pemantauan nazir untuk sekolah calon 'New Deal'. Alhamdulillah, tahun ni sekolah ibu tercalon buat kali yang kedua.

Sebelum ke sekolah pagi tadi, sambil menyiapkan kerja, ibu melayan tangan ibu yang gatal ni. Biasalah ibu ni, tak suka dengan benda yang sama je. (tak semua perkara macam tu tau.. dalam hal2 tertentu ibu setia dengan yang lama.. hehe). Setelah jenuh mengerjakan Adobe photoshop dan Photoscape, akhirnya terhasillah header baru bagi blog baru ibu ni..



Rasanya, (bagi tuannya yang perasan nilah..) yang ini ok sikit kot.. taklah nampak kaku macam yang lama kat bawah ni.. 





Apa-apapun gambar ibu dan anak-anak tu ibu kekalkan. Simbolik kepada tuan tanah yang juga punya dua putera dan tiga puteri..

Apa pendapat rakan-rakan ibu pulak?

4 ulasan:

  1. Cantik kak.. apa2 yg ada bunga ros pasti saya suka.. :D

    BalasPadam
  2. Samalah kita Zefa.. Akak ni minat sangat dengan bunga ros.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah yah dh siap bagi in house training KSSR....musim nazir dok jengah sk..Apapn tahniah utk k.mie n warga sk kerana trcalon lagi..ni cikgu2nya best2 ni..

    Wah cantiknya..kena lak dgn tema tuan blog yg punya 3 puteri n 2 putera..pndai la k.mie godek2 sndiri.....blog yah tu rakan blog yg baik hati tlg buatkan....hi.hi.hi...

    BalasPadam
  4. Yah, sekolah akak ni macam sekolah Yah juga nazir suka bertandang. Apa tidaknya, masuk bertanding macam2.. Bab godek2 komputer ni memang akak suka. selagi tak menjadi sanggup tak makan. hehe..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.