Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Hari ni
ibu dan ayah cuti kerana urusan yang sangat penting. Selepas Subuh, ayah dan
ibu pos anak-anak ke rumah adik-adik ibu. Jadi, masing-masing ke sekolah dengan
Mak Anjang dan Mak Ude. Terpaksa sebab ayah mesti berada di Kuantan sebelum
pukul 9 pagi.
Destinasi ibu dan ayah hari ni..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Mahkamah Tinggi Kuantan
Alhamdulillah, walaupun terpaksa melalui
kesesakan jalan raya di bandar Kuantan, akhirnya kami tiba di pekarangan
mahkamah tepat jam 9.50 pagi.. Ingatkan kami dah lewat. Rupa-rupanya...
Kami yang paling awal
tiba.
Ibu dan ayah ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk menyelesaikan
satu kes yang menghantui kami sekeluarga sejak lebih 10 tahun yang lalu iaitu
sejak kami bermastautin di Mersing.
Walaupun dijadualkan bermula pukul 9.15 pagi,
tetapi disebabkan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan, urusan hanya
bermula pukul 10.15 pagi. Selesai sahaja urusan pada pukul 10.45 pagi, ibu dan
ayah terus ke Temerloh untuk menunggu Along di terminal bas Temerloh.
Sementara menunggu
Along, ibu dan ayah sempat shopping.
Lama juga ibu dan ayah
di sini sebab tak jumpa yang berkenan di hati ayah
Kesian cik adik ni, kena
selongkar nak cari saiz yang sesuai dengan ayah.
Jemu mencari, ayah mengalah dan ajak ibu beredar
tapi ibu paksa ayah cari sampai jumpa sebab dah lama baju dan seluar ayah tak
berganti.
Jenuh jugalah menunggu ayah keluar masuk kamar
comel ni.
Akhirnya, jumpa juga dengan yang berkenan di hati.
Dah siap bayar, tunggu pulak cik adik ni potong
dan jahit kaki seluar. Bukan ibu tak boleh jahit sendiri, tapi ayah yang
berkeras suruh siapkan terus. (ibu tau, sebenarnya ayah bimbang kalau ibu yang
jahitkan, bulan depan belum tentu ayah dapat pakai seluar tu.. hehe)
Along sampai pukul 3.30 petang. Kami terus
pulang dan tiba di rumah pukul 4.40 petang.
p/s: Insyaallah, tiba masa yang sesuai, ibu akan
kongsikan cerita mengapa ibu dan ayah ke mahkamah.
kes apa tu kak????
BalasPadamApapun semoga Allah permudahkan segala urusan..
p/s..sempat lagi soping ya...hihihi
Sabar menanti cerita dr kamar mahkamah tu k.mie..10 thn 1 jangka masa yg lama.....
BalasPadamSemoga Allah prmudahkan segala urusan k.mie n suami...InsyaAllah....
Baguslah p shopping..terapi minda juga tu....i like!!!!
MP: Buat masa ni cukup akak katakan kes kawan makan kawan.. Shopping tu nak ubat hati je sebenarnya..
BalasPadamYah: Memang lama kami sekelurga menanggung kesakitannya Yah. Kesian anak2 turut jadi mangsa. Tapi, bila direnungkan kembali, Allah tu maha adil. Dalam kesakitan banyak nikmat yang diberi
moga Allah permudahkan segala urusan kak mie sekeluarga ye.. nnti akak ceritakan apa kes yg berlaku kat mahkamah tu ye...
BalasPadamshooping ni mmg terapi kala kita dalam keresahan kan... nasib baik jumpa juga yg berkenan di hati. sama mcm suami izan baru ni pandai pula beli seluar kerja sorang2, siap jahit terus...
Izan: , Insyaallah kalau dah selesai sepenuhnya, akak akan kongsikan untuk peringatan buat kawan2. Masih ada beberapa step yang perlu dilalui.
BalasPadamSuami kita ni manja sangat kot.. hehe
saya kecewa sbb tak dapat tahu apa yg sebenarnya menghantui hidup akk sekeluarga selama 10 tahun.bila tiba masa yg sesuai nti cerita tau...apa pun semoga dipermudahkan semuanya..:)
BalasPadamsakan gak tu soping.hehe..
Puan Kutu: Insyaallah tiba masa yang sesuai akak akan ceritakan.. Masih ada beberapa step utk selesaikan kes tu. Terima kasih atas doa dan sokongan rakan2.
BalasPadamSetia menanti cerita akak. semoga dipermudahkan urusan..
BalasPadamps: akak kan yg sms sy? ampun kak, kredit tamat airtime tak terbeli2 lg. Nak pm akak kat fb tak ingat akak guna nama apa.. kalau akak free pm sy ya, nanti sy pm balik..
datang singgah follow sini . ngeh2
BalasPadamjom try usha belog sana