Ahad, 12 Februari 2012

Belimbing Rebus dan Sambal Hitam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semasa singgah di Jemari Asmara, ibu tertarik dengan gambar buah belimbing buluh yang Zefa snap tu. Cantik!!! Serta merta ibu teringat sambal hitam ikan bilis. Tentu ada yang bertanya, apa pulak kaitan gambar belimbing buluh tu dengan sambal hitam?

Sebenarnya, bahan mentah utama untuk menghasilkan sambal hitam ni ialah belimbing buluh yang telah direbus. Warna belimbing buluh yang hijau berubah menjadi hitam setelah direbus hingga kering airnya. Sebab itulah sambal belimbing rebus dikenali juga dengan sambal hitam.


Gambar ihsan en google

Inilah rupa belimbing rebus pemberian bonda..

Proses merebus belimbing ni mengambil masa 4-5 jam. Jadi, tak berbaloi kalau rebus setangkai dua je. Paling kurangpun seperiuk besar atau ada yang rebus sekawah terus. Belimbing yang direbus sampai betul-betul kering airnya dan cukup garamnya, akan tahan dua tiga tahun..

Bagi sesiapa yang pernah makan sambal hitam, pasti mengakui betapa uniknya hidangan tersebut. Sebenarnya, ni makanan tradisional orang Pahang, terutama orang Jerantut dan Kuala Lipis.

p/s: Hari ni nak masak sambal hitam. Nanti kita kongsikan resipinya ye..

4 ulasan:

  1. belimbing bulu macam ni ya..erm

    BalasPadam
  2. Cepat kak, tak sabar nak tgu resepinya.. tp 5 jam tuuuu.. hehe..

    BalasPadam
  3. wah belimbing buluh ni boleh di masak pelbagai..

    BalasPadam
  4. baru smlm yah msk sambal hitam belimbing buluh ni k.mie...resepi dr GPK org Pahang...xsabar nk tgk resepi dr k.mie pulak.......

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.