Ahad, 12 Februari 2012

Sambal Belimbing Rebus @ Sambal Hitam

Seperti yang ibu beritahu dalam entry sebelum ni, hari ni ibu masak sambal belimbing rebus aka sambal hitam. Sebenarnya, mudah je nak buat sambal ni. Cuma masa untuk merebus belimbing je agak lama. Sebenarnya, belimbing rebus ni tahan sehingga dua tiga tahun jika disimpan dengan baik. Jadi, bolehlah rebus banyak2 dan simpan stok. 

Bagi yang nak buat sendiri belimbing rebus mudah je..
  1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Masak seperiuk pun ok sebab lepas kering airnya (belimbing dah kecut), belimbing tinggal hanya beberapa cawan je. 
  2. Belimbing hendaklah dibuang tampuk atas dan bawah. Bersihkan dan masukkan ke dalam periuk tanpa air. Masukkan garam dan renih dengan api yang kecil. Biar sehingga semua jus belimbing keluar. Sentiasa kacau supaya tidak hangit. 
  3. Biarkan sehingga belimbing mengecut dan jusnya betul2 kering. Ketika ini, warna belimbing bertukar menjadi gelap.  (Nak tengok rupa belimbing rebus klik sini)
Nota: Bhg dalam periuk yang digunakan untuk merebus belimbing akan menjadi hitam kerana asid yang ada dlm belimbing. Jadi dinasihatkan kalau nak rebus belimbing, gunakan periuk yang dah lama (atau yg dalam pertimbangan utk dibuang). Orang dulu2 rebus belimbing dalam tin minyak masak. Lepas rebus, terus buang tin. Tak payah susah2 menyental periuk.

Ok.. dah tamat bab menyediakan belimbing rebus.
Jom kita kongsi resipi sambal hitam.

Inilah sambal hitam yang jadi pembuka selera makan tengah hari tadi.
Jangan pandang pada rupa tau..


Resipi Sambal Hitam

Bahan-bahan: 
  • ½ cawan belimbing rebus (ditumbuk lumat)
  • ½ cawan cili padi (ditumbuk lumat)
  • 2 cawan ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 6 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar (ditumbuk lumat) 
  • ½ cawan minyak masak

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak masak.  Masukkan semua bahan tadi dan gaul rata.
  2. Goreng dengan api kecil sehingga berbau harum dan ikan bilis agak garing.
Senangkan cara memasaknya. Sebenarnya ada pelbagai cara memasak sambal hitam ni. Ada yang goreng asing2 semua bahan tu. Lepas tu tumbuk dan barulah digaul dalam kuali sekali lagi. Ibu buat yang paling mudah. Yang penting rasanya sedap.   

P/s: Selain dibuat sambal, belimbing rebus juga boleh dijadikan bahan untuk memasak gulai terutamanya gulai ikan sungai sebagai menggantikan tempoyak.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak...
    nampak sedap sambal tu...saya tak pernah makan sambal belimbing tu...

    BalasPadam
  2. Aduh kak.. sedapnya. Tak pernah rasa pun, tp mesti sedapkan? Dah la baca blog kak salmi ni perut tgh lapar.. huhu..

    BalasPadam
  3. sedap saya teringin nak mencuba..makan rantah pun sedap ni..

    BalasPadam
  4. menariknya kak... sejujurnya izan mmg tak pernah makan lagi ni. tapi kalau buat pembuka selera mmg syok sgt nih...

    BalasPadam
  5. MP: sambal ni mmg sedap.. macam2 rasa.. pedas, masin, manis, masam..
    Zefa: lepas ni zefa boleh buat sendiri. belimbing kt kebun cinta tu lebat buahnya..
    TT: ye, ratah pun sedap.. ada jg yg makan dengan roti
    Izan: nanti blhlah cuba.. belimbing rebus ni dah ada yg jual online..

    BalasPadam
  6. sy tak pernah tau ada sambal macam nie.mesti sedap nie..tgok pun dh tau..tp kan macam ssh je nak buat yg pasal belimbing tu.hehe..

    BalasPadam
  7. perghhhhhh sdp tuh ibu
    nk kena try buat gak ni hihii

    BalasPadam
  8. TQSM 4 sahring k.mie..mmg sedap..yah dh masak sambal ni minggu lepas....ttp yah ngelat sikit bab2 rebus belimbing tu..xkering sgt.....hi.hi.hi....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.