Jumaat, 3 Februari 2012

Masih Ada yang Sayang

Minggu Serlah Bacaan

Alhamdulillah, tiba sudah ke hari terakhir minggu ke-4 persekolahan. Masih kepenatan kerana kerja yang agak banyak minggu ni. Ibu ni asyik mengadu pasal banyak kerja je kan.?? Ibu bukan merungut tau.. saje nak beritau yang ibu agak penat. Jadi, entry kali ni tak banyak kata2. 

Jom layan gambar sepanjang program “Serlah Bacaan” yang diadakan di sekolah ibu. Program anjuran PPD Jerantut yang dijalankan serentak di semua sekolah rendah ni diadakan khas untuk murid pemulihan khas yang belum menguasai kemahiran membaca. Pada akhir program, diharapkan semua peserta boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.

 
 
  
 
 Ada murid yang dah boleh membaca akhbar

 Antara peserta yang dah berjaya dan boleh membimbing rakan

Kalau nak tau lebih lanjut tentang murid pemulihan khas, klik sini.

 p/s : Tahniah buat guru2 yang sabar membimbing murid2 dari jam 8.00 pagi hingga 12.50 tengah hari selama 5 hari.


4 ulasan:

  1. Alhamdulillah..bkn mudah tugas guru..kena byk sabar.sy yg mengajar ank sorg je kt rumah nie pun selalu hilang sabar.hehe..

    BalasPadam
  2. bagus program mcm ni k.mie..kt sini xde pulak...kalau diadakan bagus sgt2. Itulh kerja kita...bkn merungut k.mie, sekadar meluahkan kepenatan yg xpernah brpenghujung....

    BalasPadam
  3. PK: memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kalau tidak susah nak jayakan program macam ni..
    Yah: Memang program ni bagus.. Murid2 yg tak boleh membaca dah boleh membaca stlh ikuti program ni.. Tapi guru2 yang terlibat kena byk2 bersabar.

    BalasPadam
  4. bagusnya ada program macam ni kak mie. boleh bantu murid2 yg masih blm kuasai kemahiran membaca.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.