Khamis, 2 Februari 2012

Penantian Belum Berakhir


Sejak cuti sempena Tahun Baru Cina, ibu dan rakan2 terlalu sibuk. Sebabnya? Ibu dah ceritakan di sini. Kononnya, tetamu akan bertandang pada hari Selasa, 31 Januari. Jadi, sehingga Isnin kami masih sibuk. Jam 7.00 petang semasa ibu meninggalkan sekolah, masih ada yang meneruskan kerja.

Pagi Selasa, masa tiba di sekolah ibu lihat keadaan tenang je. Tidak macam hari sebelumnya di mana masing2 sibuk. Keluar je dari kelas, (tugas hakiki mengajar tetap dilunaskan) masing2 mengadap komputer.  Menyiapkan kerja tanpa toleh kiri kanan. Kalau senyum pun, senyum hambar je. Pagi Selasa, senyuman dah manis semula (nasib baik tak keluar bunga2.. hehe). Maklumlah, tugasan telah disempurnakan. 

Sehingga tengah hari, yang ditunggu2 tak kunjung tiba. Akhirnya, kami dimaklumkan bahawa orang yang dinantikan  tu akan datang pada minggu depan. Ini bermakna, kami di SK Temin, Jerantut masih dalam penantian.


Gambar yang tiada kaitan dengan entri.. Berita basi sebenarnya. Antara kejayaan anak murid ibu pada tahun lepas. Berita penuh ada di sini dan sini.

4 ulasan:

  1. bila anak2 berjaya cikgu2 pun pasti tumpang bangga ye tak?

    BalasPadam
  2. pdh basi sy nk wish tahniah gak..

    sabo jer la..penantian tu satu penyiksaan.hehe..

    BalasPadam
  3. Salam Norsalmi,

    Hebatnya adik2 ni....tahniah dari Kak Ros...

    BalasPadam
  4. tensionya kalau brtunda2 pulak...jwbnya jiwa masih xtenteram lagi la tu...

    Tahniah kpd warga sk k.mie trutama murid2 yg trlibat n guru2nya....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.