Rabu, 7 Mac 2012

Bakat vs Minat

Assalamualaikum
Selain Bahasa Melayu, ibu juga mengajar mata pelajaran pendidikan seni visual (PSV). Bukan satu, bukan dua, tapi tiga kelas. Kebiasaannya, waktu subjek ini, ibu akan bawa murid-murid ibu ke Bilik Seni.

Di sini mereka bebas untuk berkreativiti. Tidaklah cikgunya bimbang jika tertumpah warna atas meja yang dah beralas cantik. Lebih membimbangkan jika ada yang tergunting alas meja. Tak pasal-pasal ibu kena ganti.

Semasa murid-murid menjalankan aktiviti, dapatlah dikenal pasti minat dan kecenderungan mereka. Ada yang memang berbakat dan cukup berminat . Ada pula yang kurang berbakat tetapi nampak amat berminat. Tidak kurang juga yang kurang berbakat dan tidak berminat. Yang termasuk dalam golongan ketiga ni, kenalah cikgunya pantau lebih sikit.

Sambil murid menjalankan aktiviti, sempat jugalah ibu snap gambar koleksi lukisan murid-murid yang dipamerkan di sini dan yang ibu jadikan bahan bantu mengajar hari ni.

 
 
 
 
 

Bila2 berkesempatan nanti, ibu kongsikan pula hasil tangan murid-murid ibu 
hari ni..


6 ulasan:

  1. CANTIK!!!!! kreatif betul la..maklumlah cikgunya pn mmg kreatif.....gambar2 stiker tu budak2 beli sndiri ke kak mie?????

    BalasPadam
  2. minta izin k.mie , yah nk guna gambar ni utk diletakkan dalam blog http://panitia-psvskpk.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Yah, yang ini gambar tahun2 lepas & disimpan di bilik seni. Akak gunakan sebagai BBM. Nanti akak kongsikan pulak yang terbaru murid2 akak hasilkan.. Gambar2 tu ada yang lukis sendiri dan ada yang diambil dari majalah dan wrapping paper..
    Boleh Yah, silakan..

    BalasPadam
  4. wah mmg cantik dan kreatif sekali..tak sabar pulak nak tunggu lukisan hasil dr murid akk pulak..klu hasil dr cikgunya mesti lagi kreatif dan cantik..:)

    BalasPadam
  5. mmg cantik n kreatif hasil tgn anak2 ni kak... izan yg tgk pun teruja. nnti kak mie tunjuk hasil anak2 murid akak pula ye.

    BalasPadam
  6. thanks k.mie...nnti yah bagi linknya nnti bila yah dh post kt blog PSV.....TQSM.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.