Rabu, 7 Mac 2012

Menggamit Memori

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam sepi lagi teratak ibu ni.. Bagi rakan-rakan yang berkunjung, maaf daripada ibu kerana masih menghidangkan sajian kelmarin. Itupun sekadar berita yang dipinjam. Buat masa ni ibu masih mengejar masa. Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.

Minggu ni, minggu peperiksaan di sekolah ibu. Tengah hari semalam ibu dah mula menyemak jawapan murid-murid. Hajat dihati, sebelum cuti sekolah ni nak siapkan semua kerja termasuk menyemak semua skrip jawapan murid. Jadi, cuti ni bolehlah ibu mengadap mesin jahit pulak (boleh percaya ke??)

Minggu ni juga ibu perlu turun padang membantu rakan-rakan melatih murid-murid olahraga. Lepas cuti sekolah nanti, kejohanan olahraga peringkat zon akan bermula. Faham-faham je lah kalau dah ke padang. Penatnya mengalahkan murid yang berlatih.

Semalam ibu melatih murid lompat tinggi; acara kegemaran ibu. Masa tengah melatih tu, teringat pulak zaman muda-muda. Jangan tak tau, ibu ni juara lompat tinggi sejak sekolah rendah hinggalah mewakili maktab. Masa di maktab, ibu ada sorang penyokong setia tau.. Dan dia terus setia menyokong ibu sampai sekarang.

Gambar hiasan l Google image

Ada yang berkongsi acara kegemaran ini dengan ibu?

4 ulasan:

  1. su suka tgok semua acara sukan sbb sy nie kaki bangku..mmg tak tahu bersukan sejak dulu..putri lilin ada juga.haha..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama07 Mac, 2012

    js suka badminton, smpi skrg pun msh aktif cuma ada pancit jugak la sbb dh berusia kan...hehe

    BalasPadam
  3. dh mula latihan sukan ke k.mie???

    tang sukan ni antara kita xde prsamaan..yah kaki bangku la kak...ttp yg plg minat badminton ..yg lain xde basic...hu.hu.hu....

    BalasPadam
  4. hebatnya kak mie...juara lompat tinggi lah masa dulu2 ye.

    izan ni mmg kurang minat sukan dari zaman sekolah...hehe...pernah main bola baling je. tu pun kena paksa...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.