Berlalu sudah 16 Mei; hari keramat buat insan bergelar guru. Ibu lihat di laman fb rata-rata rakan guru berbicara tentang sambutan hari guru di sekolah masing-masing. Dapat ibu bayangkan betapa meriahnya sambutan yang diadakan setahun sekali itu.
Buat ibu dan rakan-rakan pula, 16 Mei tahun ini berlalu begitu sahaja. Tidak kedengaran ucapan "Selamat Hari Guru" daripada murid-murid seperti tahun-tahun sebelum ini. Tiada juga sambutan yang gilang-gemilang seperti kebiasaannya.
Sebenarnya,
ada sebab mengapa sekolah ibu tidak mengadakan sambutan hari guru semalam, sebaliknya hanya akan diadakan pada hari Jumaat.
Kelmarin sekolah ibu menjadi tuan rumah kepada kejohanan ini
Semalam, ketika sekolah-sekolah lain meraikan hari guru, sekolah ibu menerima kunjungan tetamu lagi. Kali ni, tetamu yang hadir
adalah panel penilai Pertandingan Sekolah Lestari peringkat negeri
Pahang.
Tahniah buat rakan-rakan AJK program lestari sekolah yang dah
bertungkus-lumus sejak beberapa minggu yang lalu.
Hari ini pula, sepatutnya kami menerima kunjungan panel penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang bagi pertandingan tandas terbersih sekolah-sekolah negeri Pahang. Walau bagaimanapun, mereka tidak kunjung tiba.
Ps: Petang tadi ada sesi latihan untuk persembahan hari guru. Harap-harap kumpulan Sembilu Kasih dapat buat persembahan terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.