Sabtu, 19 Mei 2012

Meraikan Diri Sendiri

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Malu nak cerita sebenarnya.. Maklumlah, ketika kemeriahan hari guru bagi hampir semua sekolah dah disimpan dalam lipatan kenangan, sekolah ibu baru menyambutnya semalam.


Sambutan kali ni cukup sederhana. Tiada lagi acara sukaneka seperti kebiasaan kerana perlu mengejar masa; hari Jumaat waktu balik lebih awal. Acara bermula dengan perhimpunan pagi di Dataran al-Ghazali. Ucapan guru besar, wakil murid dan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran. Kemudian, ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu tema hari guru "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Sebelum bersurai, murid-murid memberikan hadiah kepada guru-guru.

 

Selepas rehat, acara disambung dengan persembahan pentas. Kebiasaannya, murid menghiburkan guru, tapi kali ini guru-guru menghiburkan diri sendiri. Dengan kata lain, persembahan syok sendiri.

 

Satu-satunya persembahan daripada murid...

Persembahan Kelab Doktor Muda

 

Kemudian, guru-guru pula membuat persembahan berdasarkan tema hari guru. Persembahan oleh lima kumpulan guru; Simfoni Kasih, Sembilu Kasih, Nur Kasih, Pilih Kasih dan.. (lupa pulak kumpulan Kasih yang satu lagi tu..); telah dipertandingkan.

 

Keputusannya..

 

v

 

 

 

v

 

 

 

v

 

 

 

v

 

 

 

v

 

 

 

Ibu bersama ahli Sembilu Kasih yang menjadi johan

 

P/s: Ude sedang menyertai karnival bahasa Inggeris peringkat negeri di Temerloh.

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama19 Mei, 2012

    congrats kak...dan selamat hari guru semoga akak menjadi guru yang hebat suatu hari nanti...insyaallah...

    BalasPadam
  2. Tahniah kak, cute je topi tu. Harap belum terlalu tlmbt utk ucap Selamat Hari Guru buat kak mie :-)T

    BalasPadam
  3. Thn ni mmg acara cikgu syok sndiri la kak mie.....patutnya hr guru kita diraikan ttp dh trbalik pulak...hu.hu.hu...

    TAHNIAH utk kak mie..
    TAHNIAH utk ude
    TAHNIAH utk angah..
    Along dpt tawaran ke UiTM dlm jurusan dip. Sains Komputer kak mie ttp dia lbh brminat ke matrik..Apa pndpt kak mie????

    BalasPadam
  4. Tahniah utk sembilu kasih...
    Samalah kak, tempat saya pun tak meriah...

    BalasPadam
  5. tahniah utk grup Sembilu Kasih ye kak... mmg cute abislah topi tu kak mie...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.