Selasa, 19 Jun 2012

Sabarlah Duhai Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Selasa kian melabuhkan tirainya.  Bermakna sudah sehari teratak maya ibu ini sepi tanpa bicara.  Namun, terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang sudi singgah dan menyapa.   

Hari ini ibu ingin meluah rasa. Soal kerja yang dirasakan tiada penghujungnya. Malah, terkadang cukup menyesak dada. Tugasan yang satu ini sering menguji kesabaran. Sebelum inipun, beberapa orang rakan pernah mengutarakan isu ini dalam entry di blog masing-masing. Tidak lain dan tidak bukan, tugas menyediakan jadual ganti.
Di sekolah ibu, ibu bersama lima orang rakan bergilir-gilir menjalankan tugasan ini. Ketika orang lain sudah berehat-rehat di rumah, kami masih di sekolah menyediakan jadual ganti untuk keesokan harinya. Jika tidak ramai yang berkursus dan bercuti, mudahlah sedikit kerja kami. Namun, jarang sekali dapat menikmati saat-saat mudah itu. 

Sepanjang tahun ini, hanya sehari kami tak perlu menyediakan jadual ganti. Bermakna hanya sehari dalam setengah tahun ini, tiada guru yang berkursus dan bercuti. Hari hari lain, yang tidak hadir bersilih ganti. Berkursus, bermesyuarat, berbengkel, jadi guru pengiring, jadi pengadil, jadi JU, cuti sakit, cuti kecemasan dan pernah terjadi, ada yang cuti melancong.. 

Bukanlah ingin mempertikaikan cuti yang diambil kerana itu adalah hak masing-masing. Namun, kadang-kadang rasa terkilan menyinggah di hati kerana ada yang ambil mudah. Pernah ada yang bercuti dalam diam. Ketidakhadiran hanya diketahui apabila kelas bising tanpa guru. Pernah juga ada yang memaklumkan setelah jadual siap diedarkan. 

Hari ini; Selasa adalah hari ibu melaksanakan tanggungjawab. Sesudah Subuh tugas bermula. Membuat jadual ganti untuk tujuh orang guru amat menyukarkan kerana dibuat secara manual. Sudahnya, anak-anak ke sekolah tanpa bersarapan. Rasa bersalah dan terkilan di hati, hanya Allah yang tahu.

Setelah jadual diedarkan, ada pulak yang tak kena. Terpaksa dibetulkan segera. Akhirnya, mood mengajar hilang entah ke mana. Lebih menyedihkan, bila lihat ada kelas yang murid-muridnya raya sakan tanpa kehadiran guru walhal, jadual ganti telah dibuat. Terasa kerja yang dibuat seawal subuh tadi sia-sia belaka.. 

5 ulasan:

  1. kak ibu salmi minta maaf ye kalau komen adinda agak menyinggung perasaan para guru...

    Guru sekarang tidak seperti dulu (cakap berlandaskan pengalaman dulu sebagai pelajar dan sekarang sebagai ibu) tapi tidak semua segelintir @ minoriti yang bersifat mengajar seperti melepaskan batuk di tangga, asal pergi sekolah mengajar kemudian pulang ke rumah tanpa rasa bersalah atau memikirkan nasib anak bangsa dan yang paling penting seagama....
    kalau masa adinda dulu, nampak guru kecut perut sampai kalau boleh nak sorok dalam baju muka tu, tapi sekarang samada anak murid ini tidak dididik ataupun memang anak murid sekrang ni kurang dididik...sedihkan kak ibu salmi...
    Guru sekarang adinda lihat lebih pentingkan wang, mahu itu mahu ini, ini lebih itu lebih, kenaikan itu dan kenaikan ini, tapi yang sedihnya kualiti pelajar sekarang kurang berkualiti, kalau dapat 5A pun macam kurang berkualiti... sedihkan kak ibu...

    Bukan semua saya maksudkan tapi persekitaran saya yang semuanya guru nampak seperti itu, anak-anak menjadi anak murid boleh pulak bocorkan soalan... jadi bila periksa anak kita yang memang mampu ni tak puas hati itulah yang dialami sekarang.... minta maaf ye kak ibu salmi

    BalasPadam
  2. besar juga tanggungjawab yang dipikul ni ye..apa-apapun saya boleh merasai apa yang dirasakan...kerana guru-guru yang bermacam karenah dan ragam berada di sekeliling saya...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama20 Jun, 2012

    js tak blh nk komen..sbb bkn guru..maybe lg sukar utk uruskan orang daripada fail bertimbun kan..kak

    BalasPadam
  4. Anak perempuan saya, sekarang ni jadi guru sementara, pun mengeluh jadi guru ni penat dan banyak kerja. Dia kata jadi guru sementara je, tapi macam cikgu betul-betul. Banyak kerja nak kena buat. Setiap hari saya tengok berjaga sampai pukul 2 pagi.

    BalasPadam
  5. amat2 memahami perasaan kak mie...itulah yg sering berlaku. Dan paling menyedihkan bila ada kes2 rakan sejawat ( org yg sama) sering mengambil cuti dan tdk maklumkan awal pd pihak pentadbiran....

    Apapun kita perlu bersabar melayan kerenah org2 sekeliling...dgn beban kerja yg xpernah susuh malah makin brtmbah dr hr ke hari...trkdg rasa semangat mengajar xseperti dulu bila diri dan otak kepenatan melayan semua tu...tmbah memeningkan kepala dgn kerenah ibu bapa (xsemua) yg langsung xboleh dicuit anak2nya.....kalau anak nakal salahkan cikgu sdgkan masa anak2 brsama kita xlama brbnding anak2 brsama mrk di rumah.....apapun sabarlah wahai hati....

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.