Ahad, 24 Jun 2012

Sunyi & Sepi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Teratak maya ibu ini sunyi dan sepi lagi. Bukan merajuk, jauh sekali berkecil hati. Hanya memberi tumpuan terhadap tugas hakiki. Minggu depan, sekali lagi anak-anak didik bakal diuji. Jadi, cikgunya ni perlulah mempersiapkan diri agar tidak kecewa lagi.

Keputusan ujian bulan Jun tidak menggembirakan. Alhamdulillah, beberapa orang murid menunjukkan peningkatan hingga ada yang berpindah ke kelas pertama. Namun, beberapa orang murid agak mengecewakan; masih gagal walhal, UPSR dah terlalu hampir.

Minggu ini ibu terpaksa beri tumpuan yang lebih kepada anak didik. Tapi, faham-faham jelah apabila berhadapan dengan murid-murid ini. Penerangan kena buat berulang kali, volume juga kena tinggi. Jadi, tahap kepenatan lebihlah sikit. Tambahan dengan keadaan cuaca yang panas dan kering sekarang. Apabila dah penat, mood berblog pun turut ke laut.

Selain itu, Jumaat dan Sabtu ibu jalan-jalan lagi. Saat entry ini ditulis, ibu baru je sampai di rumah. Ke mana pulak ibu pergi kali ni? 

v


v


v


v


v


v

Insyaallah, tunggu catatan perjalanan ibu ke sini...

6 ulasan:

  1. kami kt sekolah ni pn risau..prestasi ujian hr tu merosot..Naurah pn sama w.pn masih kekal 5A ttp dh muncul A2 tu....hu.hu.hu...apapun demi anak2 murid kita xpernah brputus asa..moga Allah terus beri kekuatan pd insan brgelar cikgu w.pn byk dugaan n ujian melanda...

    Bila kak mie g Kelantan?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang merisaukan Yah.. Dah dekat sgt dgn upsr tapi ada yg main2 lagi..

      Akak ke Kelantan pagi Jumaat. Sampai rumah awal pagi tadi..

      Padam
  2. Tanpa Nama24 Jun, 2012

    moga anak didik sis akan berjaya time exam betul2 nti...^^

    ***bila sis ke kelate tu..mesti byk shopping kan..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq JS..

      Akak ke kelantan pagi JUmaat. Shopping sikit2 je JS sebab pergi pun sekejap.. Ada urusan kerja di sana..

      Padam
  3. salam kak mie...p jenjalan kat kelantan ker...happy holiday yer kak mie...:)

    BalasPadam
  4. izan sentiasa doakan kak mie kuat selalu ye. takpelah... blog ni kalau ada masa sbg aktvt sampingan je, sbb yg paling utama mestilah tugas dgn anak2 didik akak tu kan...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.