Pada
suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina
Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah
terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah
mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah.
Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu
itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.
Pertama,
pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita
perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga,
semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan
Allah Rabbul Alamin.
Dan
akhir sekali... semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin
senja.
Ambillah
pengajaran daripada semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
ia cukup memberi pengajaran kak ibu....mohon share ye kak
BalasPadamSilakan Joanna, akak pun ambil orang punya ni..
PadamSuka sgt dgn entry ni. Sy syer di FB ya :D
BalasPadamSilakan, Zefa..
PadamAkak pun copy orang punya.. Memang beri pengajaran buat kita..
banyak pengajaran yg kita dpt dari pokok semalu nie.....
BalasPadamterima kasih, ianya memang banyak memberikan pedoman n pengajaran buat wanita2. mohon share ya, TQ
BalasPadam