Rabu, 8 Ogos 2012

Terima Kasih NzA

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Setiap tahun ibu menerima banyak kad raya daripada anak didik. 
Namun, dah lebih sepuluh tahun ibu tak terima kad daripada rakan-rakan. 
Maklumlah dunia dah canggih. Segala ucapan sekadar dititipkan melalui sms.

Walau bagaimanapun, tahun ini sedikit berbeza.
Siang tadi ibu menerima kad ucapan hari raya beserta penanda buku. 
Cantik kad yang dibuat sendiri oleh NzA ni. 
Boleh juga dijadikan penanda buku.



Terima kasih buat NzA atas tanda ingatan ini.
Tiba-tiba rasa rindu menyapa.
Terkenang saat kita sering bersama.
Teringin untuk bersua muka.
Moga suatu hari nanti akan termakbul jua. 

Moga ukhwah yang dah terjalin hampir 20 tahun ini akan terus kekal ke akhir hayat.
Sayang Yah ketat2..

6 ulasan:

  1. seronokkan dapat kad raya...hihihi

    BalasPadam
  2. tanda ingatan xseberapa brbnding ikatan prsaudaraan kita yg trjalin sekian lama...rindu sgt2 nk jumpa kak mie sekeluarga....rindu kenangan bersama xpernah luput dlm ingatan....
    kita sering menghabiskan masa melukis brsama, kenangan yg terindah dan xpernah padam...Moga Allah akn ketemukan kita disuatu hr nnti..InsyaAllah...Miss you so much!!!!

    BalasPadam
  3. Lama juga usia perkenalan kak mi.. semoga ukhwah terus berpanjangan sampai bila2 dan dpt berjumpa dengan kawan kak mi tu. Seronok ada kawan yg sentiasa ingat kat kita :)

    BalasPadam
  4. kreatifnyerrr... saya pun dah lama tak dpt kad raya. tapi selalu dok sign kad raya opis niii... dan bos suruh sign, sign je lahh

    BalasPadam
  5. Cantik kad raya tu,sesekali dpt kad raya rasa seronokkan.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama10 Ogos, 2012

    sis...js pun dpt tp lum smpt nk bercite...hihi..
    comeikan...^^

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.