Isnin, 13 Ogos 2012

Rakyat Malaysia Biadap?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu cukup tertarik dengan artikel ini yang disiarkan pada 4 Ogos yang lalu. Dah agak lama entri ni tersimpan dalam draf. Memang terkejut juga apabila membaca tajuknya. Namun, setelah membaca cara penilaian dibuat, ermmmm.. susah juga nak menafikannya. 


MALAYSIA TERSENARAI 
ANTARA NEGARA PALING BIADAP DI DUNIA

Negara kita Malaysia melalui perubahan zaman, pembangunan, teknologi, ilmu pengetahuan yang sangat drastik dalam beberapa tahun kebelakangan. Dari golongan berpendidikan tinggi masih ada satu yang tidak berubah; perangai dan amalan kita.

Enam tahun lalu, Reader’s Digest pernah meletakkan negara kita di tangga ke-33 negara paling biadap di dunia dan tahun ini, sekali lagi Reader’s Digest meletakkan negara kita Malaysia di tangga ke-33.

Dan melalui rekod kemalangan jalan raya oleh pihak polis, 20 peratus kemalangan di negara kita adalah kerana sikap yang biadap di jalan raya. Selain itu, merokok di tempat larangan merokok, menjawap telefon di dalam pawagam, lambat datang untuk temu janji, tidak mengamalkan mengucap"terima kasih” dan meninggalkan troli selepas membeli belah di tempat parkir kereta begitu sahaja.

Persoalan terakhir daripada kami, siapa membentuk imej negara kita kalau bukan kita? -sumber


**Memang benarlah pepatah orang-orang tua, "seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit." 

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama13 Ogos, 2012

    betul kot..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akakpun rasa mcm tu.. Tengok jelah kriteria yg dinyatakan tu. Itulah amalan sebahagian drp kita yang memang tak blh dinafikan..

      Padam
  2. jd meh kita ubah sikap masing-masing kan..

    BalasPadam
  3. terima kenyataan w.pn pahit..ciri2 diatas tu mmg sering brlaku disekeliling kita...tang bab2 troli tu pn trkdg dh jd rutin camtu....

    BalasPadam
  4. memang betul apa yang tersenarai, kita perlu terima setiap teguran dan cubalah kita hakiskan sikap itu....

    peribahasa ni pun betulkan...."kerana nila setitik rosak susu sebelanga/sebotol hehehehehe"

    BalasPadam
  5. Tapikan apa-apa header kak ibu salmi memang terserlah keibuan

    BalasPadam
  6. Setuju juga dengan cara penilaian tu.. itu belum masuk part dalam sistem pengangkutan kita. Susah nak bg org kurang upaya duduk. Semoga ada kesedaran dalam diri masing2

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.