Semasa cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas, Angah tiba-tiba sakit. Kata Angah, telinga sebelah kanannya tiba-tiba berdengung menyebabkan dia rasa pening dan loya. Beberapa kali Angah muntah, kemudian dia berasa sejuk hingga terpaksa berselimut tebal walaupun di tengah hari.
Baru-baru ini Angah diserang sakit yang sama. Pukul 2.15 petang, setengah jam sebelum menduduki paper akhir peperiksaan akhir semester, rakan-rakan Angah menelefon ibu memaklumkan tentang hal tersebut. Hanya Allah yang tahu perasaan ibu ketika itu. Angah dikejarkan ke klinik dengan ambulans.
Dari hujung talian kedengaran suara Angah yang amat lemah dan terputus-putus. Ibu tau Angah menangis; menahan sakit, sedih dan tentunya kecewa. Angah beritahu ibu yang dia tetap ingin menduduki peperiksaan.
Pukul 5.50 petang, dengan suara yang masih lemah, Angah beritahu yang dia menduduki peperiksaan di klinik. Terima kasih buat rakan-rakan Angah yang banyak membantu. Nasib baiklah mereka segera memaklumkan hal tersebut kepada pensyarah. Jadi, sempat jugalah Angah menduduki peperiksaan.

Hari Khamis dua minggu lepas ibu dan ayah menemani Angah ke Kuantan Medical Centre untuk
mendapatkan rawatan pakar. Doktor mengesahkan tiada apa-apa masalah dengan telinga Angah. Namun, sejak itu dah beberapa kali sakit Angah berulang. Kali terakhir Angah sakit pukul 2 pagi beberapa hari sudah. Kesian Angah, hampir dua jam menahan sakit dan muntah berulang-ulang kali.
Ini bukanlah kali pertama Angah sakit. Angah dah diuji dengan bermacam-macam penyakit bermula sebelum menduduki SPM. Ke KMC inipun bukanlah kali pertama. Sebelum mengikuti program PLKN, ibu dan ayah pernah bawa Angah ke sini untuk mendapatkan rawatan. Ketika itupun doktor mengesahkan Angah sihat dan boleh mengikuti PLKN.
Memandangkan doktor sendiri mengesahkan Angah sihat, jadi ibu dan ayah ambil keputusan untuk bawa Angah mendapatkan rawatan alternatif iaitu rawatan perubatan Islam. Alhamdulillah, kelmarin Angah dahpun dirawat. Moga Angah segera sembuh memandangkan tidak lama lagi cuti Angah akan berakhir.

turut sedih jugak.. harap angah sembuh .. dngan baik insyaallah amin...
BalasPadamdari :nadiah
Terima kasih Nadiah..
Padamharap2 angah cepat sembuh . aminn .. hanan turut simpati ..
BalasPadamAmin.. Thanks, Hanan..
Padammoga angah cepat2 sembuh...
BalasPadambersabar ye angah..
semoga angah cepat sembuh dan dilindungi oleh Allah..amin..
BalasPadamas salam
BalasPadamsimpati saya baca kisah angah..walaupun dia sakit tapi Dr kata dia sihat..eloklah berubat cara alternaitf..moga angah cepat sembuh, jauh dari gangguan dan boleh belajar dengan tenang..aamiin
semoga angah cepat sembuh yaa., aamiin =)
BalasPadamsemoa angah tabah dan cepat sembuh.Ameen..berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..
BalasPadamSemoga angah cepat sembuh ya...kak..
BalasPadammoga angah cepat sembuh..
BalasPadamYa Allah, sedihnya yah bila tahu keadaan angah.....xtau nk kata apa..naluri seorang ibu begitu tersentuh dan sedih....yah cuma mampu doakan agar angah cepat pulih n kembali mcm sedia kala..
BalasPadamYA ALLAH, berikan kesembuhan kepada ananknda...semoga angah mampu sembuh seperti sediakala.....aminn....
Semoga angah cepat sembuh ibu :(
BalasPadamBila anak-anak sakit, kita pun turut susah hati dan risau. Lebih-lebih lagi tengah menghadapi peperiksaan. Seorang ibu kalau boleh biar dirinya sakit. Rela dialihkan sakit anak pada dirinya.
BalasPadamApa pun bersabarlah Sal. InsyaAllah! Mudah-mudahan akan diketahui puncanya dan Angah kembali sihat walafiat. Cubalah bawak berjumpa pakar. Mana tahu, kita usaha.
semoga Angah segera sembuh. insyaAllah, atas izinNYA.
BalasPadamMoga Angah cepat sembuh..
BalasPadamsemoga cepat embuh ya... amin...
BalasPadamMoga angah cepat sembuh....Insya'...amin
BalasPadamAs salam Kak Salmi,
BalasPadamMoga ALLAH permudahkan urusan akak sekeluarga... Sabar banyak-banyak ye kak... Marya tumpang bersedih, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul! Macam2 penyakit skrg ni... insya'ALLAH ada penawarnye... Syafakallah...
assalamualaikum Nor...moga angah cepat2 sembuh yer...:)
BalasPadamsalam kak..semoga angah cepat sembuh ye..insyaAllah..amin..:-)
BalasPadam