Selasa, 13 November 2012

Moga Angah Tabah Menghadapi Ujian Ini


Semasa cuti sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas, Angah tiba-tiba sakit. Kata Angah, telinga sebelah kanannya tiba-tiba berdengung menyebabkan dia rasa pening dan loya. Beberapa kali Angah muntah, kemudian dia berasa sejuk hingga terpaksa berselimut tebal walaupun di tengah hari. 

Baru-baru ini Angah diserang sakit yang sama. Pukul 2.15 petang, setengah jam sebelum menduduki paper akhir peperiksaan akhir semester, rakan-rakan Angah menelefon ibu memaklumkan tentang hal tersebut. Hanya Allah yang tahu perasaan ibu ketika itu. Angah dikejarkan ke klinik dengan ambulans.    

Dari hujung talian kedengaran suara Angah yang amat lemah dan terputus-putus.  Ibu tau Angah menangis; menahan sakit, sedih dan tentunya kecewa. Angah beritahu ibu yang dia tetap ingin menduduki peperiksaan. 

Pukul 5.50 petang, dengan suara yang masih lemah, Angah beritahu yang dia menduduki peperiksaan di klinik. Terima kasih buat rakan-rakan Angah yang banyak membantu. Nasib baiklah mereka segera memaklumkan hal tersebut kepada pensyarah. Jadi, sempat jugalah Angah menduduki peperiksaan.

 
Hari Khamis dua minggu lepas ibu dan ayah menemani Angah ke Kuantan Medical Centre untuk mendapatkan rawatan pakar. Doktor mengesahkan tiada apa-apa masalah dengan telinga Angah. Namun, sejak itu dah beberapa kali sakit Angah berulang. Kali terakhir Angah sakit pukul 2 pagi beberapa hari sudah. Kesian Angah, hampir dua jam menahan sakit dan muntah berulang-ulang kali.

Ini bukanlah kali pertama Angah sakit. Angah dah diuji dengan bermacam-macam penyakit bermula sebelum menduduki SPM. Ke KMC inipun bukanlah kali pertama. Sebelum  mengikuti program PLKN, ibu dan ayah pernah bawa Angah ke sini untuk mendapatkan rawatan. Ketika itupun doktor mengesahkan Angah sihat dan boleh mengikuti PLKN.

Memandangkan doktor sendiri mengesahkan Angah sihat, jadi ibu dan ayah ambil keputusan untuk bawa Angah mendapatkan rawatan alternatif iaitu rawatan perubatan Islam. Alhamdulillah, kelmarin Angah dahpun dirawat. Moga Angah segera sembuh memandangkan tidak lama lagi cuti Angah akan berakhir.


21 ulasan:

  1. turut sedih jugak.. harap angah sembuh .. dngan baik insyaallah amin...

    dari :nadiah

    BalasPadam
  2. harap2 angah cepat sembuh . aminn .. hanan turut simpati ..

    BalasPadam
  3. moga angah cepat2 sembuh...
    bersabar ye angah..

    BalasPadam
  4. semoga angah cepat sembuh dan dilindungi oleh Allah..amin..

    BalasPadam
  5. as salam

    simpati saya baca kisah angah..walaupun dia sakit tapi Dr kata dia sihat..eloklah berubat cara alternaitf..moga angah cepat sembuh, jauh dari gangguan dan boleh belajar dengan tenang..aamiin

    BalasPadam
  6. semoga angah cepat sembuh yaa., aamiin =)

    BalasPadam
  7. semoa angah tabah dan cepat sembuh.Ameen..berat mata memandang,berat lg bahu yg memikul..

    BalasPadam
  8. Semoga angah cepat sembuh ya...kak..

    BalasPadam
  9. moga angah cepat sembuh..

    BalasPadam
  10. Ya Allah, sedihnya yah bila tahu keadaan angah.....xtau nk kata apa..naluri seorang ibu begitu tersentuh dan sedih....yah cuma mampu doakan agar angah cepat pulih n kembali mcm sedia kala..
    YA ALLAH, berikan kesembuhan kepada ananknda...semoga angah mampu sembuh seperti sediakala.....aminn....

    BalasPadam
  11. Semoga angah cepat sembuh ibu :(

    BalasPadam
  12. Bila anak-anak sakit, kita pun turut susah hati dan risau. Lebih-lebih lagi tengah menghadapi peperiksaan. Seorang ibu kalau boleh biar dirinya sakit. Rela dialihkan sakit anak pada dirinya.

    Apa pun bersabarlah Sal. InsyaAllah! Mudah-mudahan akan diketahui puncanya dan Angah kembali sihat walafiat. Cubalah bawak berjumpa pakar. Mana tahu, kita usaha.

    BalasPadam
  13. semoga Angah segera sembuh. insyaAllah, atas izinNYA.

    BalasPadam
  14. Moga Angah cepat sembuh..

    BalasPadam
  15. semoga cepat embuh ya... amin...

    BalasPadam
  16. Moga angah cepat sembuh....Insya'...amin

    BalasPadam
  17. As salam Kak Salmi,

    Moga ALLAH permudahkan urusan akak sekeluarga... Sabar banyak-banyak ye kak... Marya tumpang bersedih, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul! Macam2 penyakit skrg ni... insya'ALLAH ada penawarnye... Syafakallah...

    BalasPadam
  18. assalamualaikum Nor...moga angah cepat2 sembuh yer...:)

    BalasPadam
  19. salam kak..semoga angah cepat sembuh ye..insyaAllah..amin..:-)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA