Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sebagaimana yang pernah ibu coretkan di sini, kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 akan bermula pada 21 Februari 2013. Hanya tinggal beberapa bulan je lagi. Khabarnya, para pelumba negara dah memulakan latihan.
Baru-baru ni, ketika berlatih di laluan Peringkat 6, Mentakab - Kuantan, para pelumba negara sempat singgah di sekolah ibu dan beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid.
Murid-murid terutama yang meminati sukan berbasikal cukup seronok sebab dapat bertemu sendiri dengan para pelumba negara. Mendengar sendiri cerita daripada empunya diri tentu lebih bermakna berbanding pengetahuan yang diperoleh melalui pembacaan atau tontonan di televisyen. Kebetulan pula kemeriahan pertandingan basikal lasak sempena Karnival Gaya Hidup Lestari yang diadakan beberapa hari sebelum itu masih terasa.
Ketika ni mereka baru tiba
Sampai je, mereka dibawa ke kantin. Makan kuih je sebab kedatangan mereka tak dijangka
Menuju ke dewan untuk bertemu murid-murid diiringi guru besar dan GPK
Murid-murid yang tak sabar menunggu
Kredit foto: Jerantut Kampungku Group
Ini pula para peserta acara basikal lasak sempena Karnival Gaya Hidup Lestari anjuran sekolah ibu beberapa hari sebelum tu.
p/s: ibu dan beberapa orang lagi rakan guru tidak menyedari kehadiran para pelumba basikal ni kerana ketika itu sedang sibuk mengisi permohonan online murid-murid tahun enam ke sekolah menengah.
mesti ank2 murid sis seronok kan...^^
BalasPadamWah! seronok mereka dapat tengok pelumba tue...
BalasPadamwah! bertuah betul sekolah ibu...
BalasPadammurid2 pun seronok...