Jumaat, 21 Disember 2012

Dari Dungun ke Simpang Renggam

Alhamdulillah, ibu sekeluarga dahpun selamat sampai ke kampung ayah di Simpang Renggam. Semalam ibu sekeluarga ke Dungun untuk mengambil Angah yang sedang bercuti seminggu. Sampaipun dah malam, jadi terus ke tempat penginapan. Tak sempatpun nak jalan ke mana-mana.

Tengah hari tadi kami memulakan perjalanan dari Dungun ke Simpang Renggam. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan. Walau bagaimanapun, sampai agak lewat gara-gara singgah di banyak tempat. 

Singgahan pertama di sebuah tempat makan di Muadzam Syah.  Kata orang kalau nak cari tempat makan yang best tengok bilangan pengunjungnya. Di gerai pertama, nampak lauk-pauknya amat meyelerakan cuma yang tak sedapnya, beberapa ekor lalat bertenggek atas lauk-pauk yang tak bertutup. 

Pergi pulak ke gerai kedua. Situasi yang sama, lalat sedang riang gembira hinggap dari satu dulang ke satu dulang. Tekak ibu mula rasa kembang semasam. Anak-anak menggeleng-gelengkan kepala tak nak makan di sana.

Gerai ketiga situasinya pun sama. Musykil juga ibu sebab ibu tengok pengunjung-pengunjung lain bukan main berselera menikmati makanan. Soal makanan ni, ibu masih boleh berkompromi dari segi rasa tapi tidak bila tiba soal kebersihan. Akhirnya, ibu dan ayah order roti canai manakala anak-anak hanya minum. Panjang je muncung masing-masing. Maklumlah dah lebih pukul dua petang belum makan tengah hari. Rasanya bukan setakat keroncong malah agaknya dah berdondang sayang perut masing-masing.

Kemudian kami meneruskan perjalanan dan singgah di sebuah tempat makan lain. Alhamdulillah bersih walaupun hidangan kurang meriah. Selesai makan kononnya nak solat tapi semua pintu surau berkunci pulak. Terpaksalah meneruskan perjalanan dan kami singgah di sebuah masjid di Segamat. 

Alhamdulillah, tiba di Simpang Renggam pukul 7.30 malam. Anak-anak  sudah tentu gembira sebab dah lama benar kami tak balik ke sini. Walau bagaimanapun, percutian kami di sini tak lama. Dalam perjalanan tadi ibu dapat mesej daripada rakan sekerja yang memaklumkan bahawa mesyuarat guru akan diadakan pada hari Rabu, 26.12.2012. Bermakna hari Selasa kami dah kena balik.

Sekian catatan perjalanan ibu sekeluarga hari ini. Insyaallah kita jumpa lagi esok.

10 ulasan:

  1. Samalah kita Sal. Walaupun saya tak nampak dan tahu siap yg memasaknya, tapi kalau tukang masaknya tu batuk atau selsema ke.. lepas je saya makan masakannya tu pasti saya pulak akan dijangkiti batuk atau selsema... Memang saya perasan sgt perkara ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita patut pentingkan soal kebersihan ni. Sepatutnya pengusaha gerai makan ambil berat pasal perkara tu. Itu dh jadi kewajipan buat mereka. Pelanggan pun kalau tgk kotor, janganlah makan. Saya memang cerewet bab kebersihan ni. Anak2 pun dah terikut-ikut.

      Padam
  2. Bestnya anak2 tu kalau balik kampung yek Ibu..mesti rindu suasana kampung tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok mereka dpt jumpa sepupu-sepupu yg dah lama tak jumpa. Nama je kampung, M. tapi sebenarnya kampung di tengah bandar.. hehe

      Padam
  3. tmpt tu mmg kotor kak mie....surau pn xselesa n kecil..kalau blk kelantan mmg kami trpaksa singgah situ utk solat sbb xde pilihan lain ttp cuma 2x mkn situ...2 pn mahal n xbegitu sedap...huhuhu...
    Selamat bercuti..Macam mana dgn kesihatan angah skrg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya tak macam tu kan,Yah. Anak2 dah siap beritahu lain kali jgn singgah di sana lagi. Lepas ni kena rancang betul-betul perjalanan.

      Alhamdulillah, Angah dah ok tapi masih dalam rawatan.

      Padam
  4. pelik juga kalau tengok kedai makan yang ramai orang tapi makanan ada je lalat hinggap.....

    BalasPadam
  5. Baru balik kampung ke Mi? X apalah walau sekejap, manfaatkan sepenuhnya..smart holiday gitu..

    BalasPadam
  6. saya mmg tak suka makan nasi campur di luar pasal hal2 camni lah...selalu kalau kedai melayu sy akan mintak makanan panas mcm nasi goreng atau mihun goreng...kurg2 nya sempatlah kuman2 tu mati dulu...

    tapi kalau kedai nasi kandar mmg akan terambik jugak lauk yg dah siap masak...maklumlah tak tahan tgk kuah2 kari dia...haha

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, ibu jalan pergi Simpang Renggam ke? tempat abg sheila duduk tu. hihi sheila skrg kampung kat Paloh, Kluang :)

    gelinya kalau sheila mesti cancel nak makan! euwww!

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.