Jumaat, 21 Disember 2012

Sardin Masak Lemak Cili Padi

Jika beberapa hari lepas ibu dah kongsikan resipi Gulai Lemak Tulang Ayam, hari ini kita berbicara pasal makan-makan lagi. Teringat kenangan zaman kanak-kanak ibu ketika tinggal di tebing Sungai Pahang. Ketika itu dah tentulah sumber lauk utama kami adalah ikan sungai seperti patin, jelawat, krai, baung dan macam-macam lagi. 

Pulang dari kerja, ayah dan adik-adik lelaki ibu turun ke sungai mencari ikan. Macam-macam cara menangkap ikan yang ayah gunakan. Menjala, memancing, memukat, merawai dan macam-macam lagi. Insyaallah, jika berkesempatan nanti, ibu ceritakan tentang cara-cara menangkap ikan ni. 

Jemu makan ikan sungai, emak beli ikan laut untuk kami sekeluarga. Kadang-kadang emak masak ikan sardin. Selalunya sardin ni mak masak sambal tumis. Memang terbaiklah sambal tumis sardin air tangan mak. Selain tu, mak juga selalu buat masak lemak sardin.

Panjangnya mukadimah ibu. Sebenarnya ibu nak berkongsi resipi Sardin Masak Lemak Cili Padi yang ibu buat beberapa minggu lepas. Lamanya entri ni terperam gara-gara tak rajin nak upload gambar. Cerita pasal masak-masak dan makan-makan ni tak lengkap kalau tak ada gambar. Biarlah gambar tak cantik pun, janji ada. Betul tak?

Segala masakan gulai lemak kurang mendapat sambutan di rumah ibu ni. Tapi hari tu terpaksa buat juga sebab nak lauk berkuah. Kebetulan masa tu sardin je yang ada di rumah. Jadi, suka atau tak, terpaksalah makan juga. Alhamdulillah dalam keterpaksaan tu, licin juga satu periuk.


Inilah Sardin Masak Lemak Cili Padi air tangan ibu.

Resipi Sardin Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
  • 1 tin besar sardin 
  • 2 biji kentang - belah 8 setiap satu
  • 1 kotak santan segera
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • Air secukupnya
  • Garam

Bahan kisar/tumbuk:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 cm kunyit hidup

Cara Memasak:
  1. Masukkan santan, bahan tumbuk dan serai ke dalam periuk dan masak kuah hingga hampir mendidih. Kemudian masukkan kentang dan daun kunyit. Biarkan kentang masak hingga empuk.
  2. Masukkan ikan sardin bersama sosnya. (Ibu ambil sebahagian saja sosnya). Kacau hingga semuanya sekata.
  3. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam lalu angkat.
P/s: Masa merubah segalanya. Dulu orang kata sardin dalam tin hanya untuk orang miskin tapi tengoklah harganya sekarang. Satu tin besar dah hampir mencecah RM7.00. 

27 ulasan:

  1. Balasan
    1. Buat pedas-pedas memang sedap Mia tapi tak bolehlah makan selalu sgt. lemak tu..

      Padam
  2. As salam kak,

    Kalau ade pusuk ubi lagi sodap! Adehh...leleh air liur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedapkan Marya.
      Tapi tak boleh makan kerap sangat.

      Padam
  3. sedap...Menawan~

    BalasPadam
  4. sedap...Menawan~

    BalasPadam
  5. tak pernah buat dan makan... tapi macam menarik... pasti sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah buat sekali Ayu. Manalah tau kalau-kalau menepati selera.

      Padam
  6. fuih.. nmpk sedap.. sy suka sardin msk asam pedas..mmg pekat menyengat...

    BalasPadam
  7. Saya pulak kalau masak macam nie, letak asam keping jer. Tak perlu tomato dan serai pun ok. Lepas tu anak bujang saya tu mula la mintak cekodok tepung plain..nak cicah dengan kuah nya. Memang tak bangun2 dia kalau makan.

    BalasPadam
  8. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Terkadang yang membatasi diri Anda bukan ketidak mampuan dan kekurangan, melainkan dari kemauan Anda sendiri
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..

    BalasPadam
  9. Sal, dirumah kalau saya masak sardin, selalu goreng dengan cili api pedas2... anak-anak suka... kalau kedua-duanya ada dirumah saya selalu siapkan stock sardin 2/3 tin... selain dari buat lauk... mereka buat sandwich... Hubby kata lauk darurat... tak kisahlah... memang sedap.

    BalasPadam
  10. sedapnya.. terliur tengok...
    tak pernah makan sardin masak macam ni...

    BalasPadam
  11. wahh..sedap nya Kak.. terliur tgk..hihi

    BalasPadam
  12. sedapnye sardin....dh lama tak mkn sbb anak2 tak suka...huhu...
    teringat time hujan musim bah duk kg..slalu nasi berlauk sardin ngan ikan kering...hurm mmg mabelos lah...^^

    BalasPadam
  13. saya suka sadin ayam brand je yg macarel tu, pejal..
    sedap gulai akak..color dia dah menyelerakan :)

    BalasPadam
  14. Sardin memang kegemaran aku ni...

    BalasPadam
  15. sedap nie....boleh cuba nnti...yah peminat sardin tau...

    BalasPadam
  16. Wah sedapnya ibu..sardin aje kan..kreatif..boleh cuba ni!!!

    BalasPadam
  17. Nampak sedap tu..x pernah buat masak lemak lagi..asyik buat sambal tumis ja..lps ni bleh try

    BalasPadam
  18. sekali-sekali tuka menu tuka selera plk... mmg sedap..

    BalasPadam
  19. bestnya sardin ni.nanti saya tunjuk kat mak saya tengok dia boleh masakkan ke tak ;)

    BalasPadam
  20. Sardin dengan pucuk paku pun sedap (resepi orang kuala sat, hulu tembeling)

    1. Segengam pucuk paku
    2. Satu tin besar sardin cap ayam
    3. Cili Api
    4. Garam
    5. Kunyit
    6. Bawang putih
    7. Bawang merah

    Cara membuat:
    1. Sediakan hawas (cili api, kunyit dan garam ditumbuk lumat).
    2. Panaskan minyak.....masukkan bawang putih....bawang merah kemudian hawas (kerja menumis la ni kut).
    3. Masukkan isi sarding....gaulkan biar sedikit hancur....
    4. Masukkan pucuk paku....gaulkan biar sebati..(jangan lama sangat ye goreng nanti pucat pucuk paku tu)
    5. Dah masak...sedap dimakan dengan nasi panas2

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.