Semalam hanya sempat
pusing-pusing pekan Simpang Renggam konon nak cari buku untuk dibaca tapi tak
jumpa kedai buku. Yang jumpa hanya kedai kecil yang jual buku-buku sekolah.
Rupa-rupanya kata mak mertua, kedai buku dekat je dengan rumah. Boleh berjalan kaki
je ke sana. Nampak benar dah lama tak balik. huhu..
Jadi, semalam ibu hanya bw mencari artikel-artikel menarik untuk dibaca. Akhirnya,
ibu terjumpa kisah wanita-wanita hebat dalam sejarah Islam. Seharian ibu
membaca kisah-kisah mereka yang ada antaranya telah dijanjikan syurga oleh
Allah S.W.T. Sebelum ni pernah baca tapi baca tanpa penghayatan akhirnya hilang
bersama masa.
Banyak kisah wanita dalam sejarah Islam yang boleh kita jadikan pedoman namun untuk hari ini ibu nak kongsikan kisah wanita-wanita yang bernama Siti. Sesungguhnya kisah 10 "Siti"yang ibu baca semalam bukan sahaja
patut dicontohi oleh kaum hawa malah mereka juga boleh dijadikan sumber
inspirasi oleh kaum Adam dalam mendidik anak dan isteri.
Siapakah 10
"Siti" tersebut?
1. Siti Khadijah
Siti Khadijah binti
Khuwailid yang digelar Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini merupakan wanita pertama yang memeluk
Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Siti Khadijah adalah seorang wanita yang dihormati
dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah yang
merupakan ibu kepada tujuh orang anak Rasulullah S.A.W. setia dan menyokong
Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik serta
menghantarkan makanan kepada Baginda tatkala Baginda beribadat di Gua Hira’.
2.
Siti Fatimah
Siti Fatimah adalah anak
Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Walaupun beliau adalah puteri Rasulullah,
namun hidupnya disaluti kemiskinan dan kesusahan. Apabila berkahwin dengan
Saidina Ali, kehidupannya tetap susah. Namun, dalam serba susah dan
miskin, beliau tetap ingin bersedekah walaupun hanya dengan sebelah biji kurma.
Siti Fatimah tidak pernah mengeluh atau menyalahkan suaminya terhadap kesusahan
yang terpaksa dihadapinya. Wanita mulia ini sangat pemalu dan sangat menjaga
maruah dirinya.
3.
Siti Aishah
Siti Aisyah merupakan
isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan
minuman dengan Rasulullah. Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan,
kezuhudan, tawadhuk, pengabdian sepenuhnya kepada Rasulullah SAW, selalu
beribadah serta senantiasa melaksanakan solat malam. Selain itu, Aisyah banyak
mengeluarkan sedekah sehingga di dalam rumahnya tidak akan ditemukan wang satu
dirham atau satu dinar pun.
4.
Siti Hajar
Siti Hajar adalah
lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala
kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anak kecilnya,
Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang
adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan
suaminya. Siti Hajar juga merupakan ibu mithali kerana sanggup berjuang mencari air
untuk anaknya Nabi Ismail.
5.
Siti Mariam
Wanita suci yang memang
pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga
rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengandungkan Nabi Isa. Beliau tabah
menghadapi cemuhan dan caci maki orang ramai yang menuduhnya berbuat zina.
6.
Siti Asiah
Asiah binti Mazahim
merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam
pemikirannya. Beliau memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingannya dan
telah dipaksa berkahwin dengan Firaun. Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah gentar
dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah dan akhirnya
meninggal dalam keadaan teguh menggengam "Tauhid".
7.
Siti Aminah
Siti Aminah binti
Wahab merupakan
gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku
Quraisy. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari
pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk
mengetahui jelas penampilannya atau gambaran fizikalnya. Beliau adalah ibu kandung Rasullullah
S.A.W. dan berjaya mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.
Siti Muti’ah
Isteri yang patut
dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami,
menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya
layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya
sahaja. Rasulullah sendiri meminta agar puteri baginda, Siti Fatimah
meneladani budi pekerti Siti Muti'ah.
9.
Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan
yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid ini sanggup membelanjakan semua
hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya dengan niat kerana
Allah S.W.T. Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, wanita ini sentiasa
memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Beliau beranggapan
kekayaan di dunia cuma sementara dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang
betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak.
10. Siti Masyitah
Masyitah adalah
pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat keluarga Firaun.
Keimanannya sungguh mendalam sehingga
dia tidak takut dengan ancaman Firaun. Masyitah rela direbus hidup-hidup
di dalam air menggelegak demi mempertahankan keyakinannya kepada
Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia
yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.
Kagum sungguh ibu dengan
mereka kerana sesungguhnya mereka adalah manusia biasa yang mempunyai semangat
luar biasa. Moga kita mengambil hikmah dan mencontohi keperibadian mereka.
Yang pastinya ibu ada tambahan seorang lagi Siti yang menjadi inspirasi. Dengan izin Allah, semangat kentalnya telah
menjadikan ibu adik-beradik berada di tahap ini. Kesusahan dan kemiskinan hidup
tidak pernah jadi penghalang kepada Siti yang satu ini memastikan anak-anaknya berjaya. Segala macam
pengorbanan telah dilakukan malah tiada istilah rehat dalam kamus hidupnya
sehinggalah kesemua sepuluh anaknya berjaya membina kehidupan sendiri.
Beliau adalah Siti Sabariah yang pernah ibu ceritakan dalam entri di SINI.
Kredit:
1. aljannatulfirdausi.blogspot.com
2. Google image
amin..moga tergolong dalam kalangan isteri walaupun bukan bernama siti..
BalasPadamInsyaallah, moga kita dapat mencontohi mereka.
Padammoga kita tergolong dalam 10 "siti" tu...aamiin
BalasPadamYe, Normi. Kisah mereka wajar kita contohi.
Padammoga keperibadian mulia "10 siti" itu menjadi idola n ikutan kita...InsyaAllah...
BalasPadammoga-moga keperibadian 10 siti tu menjadi ikutan kita... dan kita tergolong di dalam 10 siti itu... In Shaa Allah... Aminn...
BalasPadammoga kita juga tergolong dalam 10 siti tu... mudah-mudahan... sy kagum dengan keperibadian 10 siti tu...
BalasPadamSiti yang unggul..moga dpat peluang bertemu mereka..insha Allah
BalasPadamnice one :) in syaa Allah ..
BalasPadamtq kak sebab sudi berkongsi kisah2 ni...
BalasPadamsiti yang dikagumi dan perlu dicontohi.insyaAllah..
BalasPadamDi Malaysia ni ramai yg bernama "Siti" dari tokoh VVIP, penyanyi dan orang biasa, tapi betapa sukar nak menemui seorang Siti seperti Siti yg 10 tu...Semoga walaupun ibu bapa tak menamakan kita Siti, tapi kita sentiasa menteladani keperibadian 10 Siti tersebut...
BalasPadamSubhanallah...kerdilnya kita dibandingkan dengan mereak ni..
BalasPadamTerima kasih atas perkonsian ini Ibu..:)
BalasPadamtq share, very gd one indeed
BalasPadamAssalamualaikum. semoga kita tergolong dalam org yang beriman walaupun bukan bernama siti. insyallah :)
BalasPadam