Ahad, 23 Disember 2012

Siti yang Patut Kita Contohi

Semalam hanya sempat pusing-pusing pekan Simpang Renggam konon nak cari buku untuk dibaca tapi tak jumpa kedai buku. Yang jumpa hanya kedai kecil yang jual buku-buku sekolah. Rupa-rupanya kata mak mertua, kedai buku dekat je dengan rumah. Boleh berjalan kaki je ke sana.   Nampak benar dah lama tak balik. huhu.. 

Jadi, semalam ibu hanya bw mencari artikel-artikel menarik untuk dibaca. Akhirnya, ibu terjumpa kisah wanita-wanita hebat dalam sejarah Islam. Seharian ibu membaca kisah-kisah mereka yang ada antaranya telah dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T. Sebelum ni pernah baca tapi baca tanpa penghayatan akhirnya hilang bersama masa.

Banyak kisah wanita dalam sejarah Islam yang boleh kita jadikan pedoman namun untuk hari ini ibu nak kongsikan kisah wanita-wanita yang bernama Siti. Sesungguhnya kisah 10 "Siti"yang ibu baca semalam bukan sahaja patut dicontohi oleh kaum hawa malah mereka juga boleh dijadikan sumber inspirasi oleh kaum Adam dalam mendidik anak dan isteri.

Siapakah 10 "Siti" tersebut?

1. Siti Khadijah
Siti Khadijah binti Khuwailid yang digelar Ummul Mukminin (ibu orang mukmin) ini merupakan wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Siti Khadijah adalah seorang wanita yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan. Siti Khadijah yang merupakan ibu kepada tujuh orang anak Rasulullah S.A.W. setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik serta menghantarkan makanan kepada Baginda tatkala Baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah
Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Walaupun beliau adalah puteri Rasulullah, namun hidupnya disaluti kemiskinan dan kesusahan. Apabila berkahwin dengan Saidina Ali, kehidupannya tetap susah. Namun, dalam serba susah dan miskin, beliau tetap ingin bersedekah walaupun hanya dengan sebelah biji kurma. Siti Fatimah tidak pernah mengeluh atau menyalahkan suaminya terhadap kesusahan yang terpaksa dihadapinya. Wanita mulia ini sangat pemalu dan sangat menjaga maruah dirinya.

3. Siti Aishah
Siti Aisyah merupakan isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Kehidupan Aisyah penuh dengan kemuliaan, kezuhudan, tawadhuk, pengabdian sepenuhnya kepada Rasulullah SAW, selalu beribadah serta senantiasa melaksanakan solat malam. Selain itu, Aisyah banyak mengeluarkan sedekah sehingga di dalam rumahnya tidak akan ditemukan wang satu dirham atau satu dinar pun.

4. Siti Hajar
Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segala kesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anak kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya. Siti Hajar juga merupakan ibu mithali kerana sanggup berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail. 

5. Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengandungkan Nabi Isa. Beliau tabah menghadapi cemuhan dan caci maki orang ramai yang menuduhnya berbuat zina.

6. Siti Asiah
Asiah binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Beliau memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingannya dan telah dipaksa berkahwin dengan Firaun. Walau bagaimanapun, beliau tidak pernah gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah dan akhirnya meninggal dalam keadaan teguh menggengam "Tauhid".

7. Siti Aminah
Siti Aminah binti Wahab merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk  mengetahui jelas penampilannya atau gambaran fizikalnya. Beliau adalah ibu kandung Rasullullah S.A.W. dan berjaya mendidik baginda menjadi insan mulia. 

8. Siti Muti’ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja. Rasulullah sendiri meminta agar puteri baginda, Siti Fatimah meneladani budi pekerti Siti Muti'ah.

9. Siti Zubaidah
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid ini sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya dengan niat kerana Allah S.W.T. Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Beliau beranggapan kekayaan di dunia cuma sementara dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak.

10. Siti Masyitah
Masyitah adalah pelayan raja dan lebih terkenal sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Keimanannya sungguh mendalam sehingga dia tidak takut dengan ancaman Firaun. Masyitah rela direbus hidup-hidup di dalam air menggelegak demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.

Kagum sungguh ibu dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah manusia biasa yang mempunyai semangat luar biasa. Moga kita mengambil hikmah dan mencontohi keperibadian mereka.

Yang pastinya ibu ada tambahan seorang lagi Siti yang menjadi inspirasi. Dengan izin Allah, semangat kentalnya telah menjadikan ibu adik-beradik berada di tahap ini. Kesusahan dan kemiskinan hidup tidak pernah jadi penghalang kepada Siti yang satu ini memastikan anak-anaknya berjaya. Segala macam pengorbanan telah dilakukan malah tiada istilah rehat dalam kamus hidupnya sehinggalah kesemua sepuluh anaknya berjaya membina kehidupan sendiri. Beliau adalah Siti Sabariah yang pernah ibu ceritakan dalam entri di SINI.

Kredit: 
1. aljannatulfirdausi.blogspot.com
2. Google image


16 ulasan:

  1. amin..moga tergolong dalam kalangan isteri walaupun bukan bernama siti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, moga kita dapat mencontohi mereka.

      Padam
  2. moga kita tergolong dalam 10 "siti" tu...aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Normi. Kisah mereka wajar kita contohi.

      Padam
  3. moga keperibadian mulia "10 siti" itu menjadi idola n ikutan kita...InsyaAllah...

    BalasPadam
  4. moga-moga keperibadian 10 siti tu menjadi ikutan kita... dan kita tergolong di dalam 10 siti itu... In Shaa Allah... Aminn...

    BalasPadam
  5. moga kita juga tergolong dalam 10 siti tu... mudah-mudahan... sy kagum dengan keperibadian 10 siti tu...

    BalasPadam
  6. Siti yang unggul..moga dpat peluang bertemu mereka..insha Allah

    BalasPadam
  7. tq kak sebab sudi berkongsi kisah2 ni...

    BalasPadam
  8. siti yang dikagumi dan perlu dicontohi.insyaAllah..

    BalasPadam
  9. Di Malaysia ni ramai yg bernama "Siti" dari tokoh VVIP, penyanyi dan orang biasa, tapi betapa sukar nak menemui seorang Siti seperti Siti yg 10 tu...Semoga walaupun ibu bapa tak menamakan kita Siti, tapi kita sentiasa menteladani keperibadian 10 Siti tersebut...

    BalasPadam
  10. Subhanallah...kerdilnya kita dibandingkan dengan mereak ni..

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkonsian ini Ibu..:)

    BalasPadam
  12. tq share, very gd one indeed

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. semoga kita tergolong dalam org yang beriman walaupun bukan bernama siti. insyallah :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA