Kelmarin dah tak ada idea nak masak apa. Jenguk dalam peti sejuk, ada beberapa ekor ikan kerisi dan tulang ayam yang isinya dah ibu ambil untuk masak beberapa hari sebelum ni. Kebiasaannya, tulang tu ibu buat sup tapi nak buat sup lagi, rasa jemu pulak.
Memandangkan masih ada sekotak santan segera, ibu ambil keputusan untuk masak gulai lemak tulang ayam. Lagipun dah agak lama tak masak lemak. Kalau masak lemak, ibu suka buat pedas-pedas baru ada umph...
Gulai Lemak Tulang Ayam
Bahan-bahan:
- 1/2 kg tulang ayam
- 2 biji kentang
- 1 kotak santan segera
- 1 keping asam gelugur
- 1 batang serai - dititik
- 5 helai daun limau purut
- Garam
- Air secukupnya
Bahan kisar/tumbuk:
- 6 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 8 biji cili padi
- 2 cm kunyit hidup
Cara Memasak:
- Kupas kentang dan potong empat.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali asam keping dan daun limau purut.
- Masak di atas api kecil sehingga tulang ayam masak dan dan kentang empuk.
- Masukkan daun limau purut, asam keping dan garam.
- Didihkan seketika dan tutup api.
P/s: Tak rajin nak ambil daun kunyit di luar rumah. Jadi, letak aje daun limau purut yang ada dalam peti sejuk. Cili padi tu boleh dikurangkan mengikut kesukaan masing-masing.
Assalamualaikum. malam tadi sheila masak ni! hehe tapi terlupa taruk kunyit hidup/serbuk pasal tak perasan sangat! baru je tadi teringat. hahahaha thanks for sharing recipe ibu :)
BalasPadamWalaikum salam Sheila. Sheilapun suka ye. Terlupa letak kunyit ok lagi kot hanya rupa je pucat sikit.
Padamlmbtnya masa nk blk kerja .. huhuhh tetiba lapar tgk lauk tue .... ^^
BalasPadamHehe.. sabar Yana.
Padamnampak sedap je ni. hehe. tak pernah lg masak gulai lemak letak daun limau purut. selalu letak daun kunyit je :)
BalasPadamAkak pun biasanya letak daun kunyit tapi hari ni daun limau purut je ada dlm peti sejuk.. Tapi ok, adalah kelainan
Padambr makan dua hari lepas..mak masak..heee
BalasPadamLain kali bolehlah CikZaniff pulak yang masak. hehe
PadamSekali sekala tukaq resepi sedap ni...bleh try
BalasPadamBoleh cuba lepas ni M..
Padamsalam ka mie...sedap tu kak mie...saya ni hampir tiap2 cuti hari minggu saya masak lemak...biasa masak lemak kuning atau kari...sebab hari keje masak goreng2 biasa2 aja...:)
BalasPadamAkak jarang masak lemak Sya. Anak2 kurang suka. Kalau masak juga kena cukup segala rasa baru anak2 berselera.
PadamSedap tu Sal, tp saya la ni tak boleh dah makan makanan yang berminyak dan bersantan ni... atas nasihat doktor... frust banyak benda dah x boleh makan...
BalasPadamEloklah untuk kesihatan, Sweetie. Sayapun jamah sikit je. Dalam usia sekarang, banyak benda yang tak boleh makan.
PadamSedapnya. Dah lama tak masai gulai lomak cili api nih.
BalasPadamLepas ni bolehlah masak, Fiza
Padamsedapnya ibu... terliur tengok... :)
BalasPadamSory Ruha. Tak sempat jemput makan. Jemput tengok ajelah..
Padamfavourite sy ni....mmg terbaek...
BalasPadamTak sangka rupanya ramai yang gemar gulai lemak tulang ayam ni..
Padamwah lama dah tak makan gulai lemak ni...biasa makan gulai mamak je...huhu
BalasPadamGulai mamak lebih sedap kot, Hatimi..
Padam