Isnin, 24 Disember 2012

Jawapan Cuba Teka 4

Ramai yang cuba beri jawapan bagi entri pagi tadi [SINI]Nak tahu apa jawapannya? Jom tengok..





Kita biasa melihat mata dari pandangan biasa. Gambar dalam entri Cuba Teka 4 adalah gambar mata hitam (termasuk anak mata) dari pandangan yang sangat dekat. 

Tahniah buat Pn Kartini dan Izan Ishak yang berjaya meneka dengan tepat. Seronok pulak main teka-teka ni. Dapat juga tambah pengetahuan. 

Ingin ibu kongsikan sedikit maklumat tentang kaitan antara mata dan hati yang ibu peroleh dari SINI.   

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
  • Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan  kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

Syukurlah kita dikurniakan oleh Allah SWT dengan sepasang mata untuk melihat keindahan dunia ini. Inilah nikmat yang tiada tolok bandingnya. Andai diberi pilihan untuk menggantikan mata dengan harta sekalipun rasanya tiada yang sanggup berbuat demikian.

Kredit: Google image


10 ulasan:

  1. Syukur sangat2 dengan pemberian Allah ni kan Mie..memang tiada tukarannya meski dengan harta sekalipun.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum dan salam kenal kak salmi..thanks sudi follow saya juga..cantik header akak tu..saya suka color nya..simple but nice..

    tak sangka camtu rupa mata kita ye..kalo tgk dari dekat ishhh, menakutkan la..betul tu, bersyukur sgt diberi mata yg sempurna untuk melihat dunia yg sementara ni..

    BalasPadam
  3. la..gambar mata..
    dari pandangan dekat rupanya..ingatkan mata rosak..

    BalasPadam
  4. Allah Allah Subhanallah Walhamdulillah.. sungguh Allah Maha Teliti !
    Masya Allah, ingatkan kuih td. hehe. thx ibu berkongsi .. tak penah tawu dlm mata cenggitu..santai tp penuh makna, alhamdulillah Ya Allah :)

    BalasPadam
  5. Ini gambar mata sapa Sal... Macam tu rupanya dalam mata kita ya... melihat gambar yg kedua tu, saya geli geleman pulak... sebab nampak macam sisik ular di sebelah kanannya tu...

    BalasPadam
  6. tak terfikir pula itu gambar mata...
    Alhamdulillah. bersyukur dengan kurniaan Allah... harus dijaga sebaik mungkin... insyaAllah.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum salmi...bagus nyer info ini kan..:)

    BalasPadam
  8. sangat menakjubkan ciptaan Allah.....

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum. mata? ingatkan matahari ke ape tadi. hihi

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA