Selasa, 12 Februari 2013

Sekadar Bercuti di Rumah Sendiri


Assalamualaikum dan salam mesra buat semua.

Ramai yang mengambil kesempatan cuti kali ini untuk pulang bercuti. Tentu seronok dapat berkumpul bersama ibu bapa dan adik-beradik. Tidak kurang juga yang bercuti ke destinasi-destinasi tertentu di seluruh negara mahupun ke luar negara.

Bagi ibu sekeluarga, kami tidak ke mana-mana pada cuti kali ini. Sekadar menghabiskan masa bersama-sama di rumah. Kebetulan, rumah emak dan ayah tidak jauh dari sini. Dapat juga berjumpa dengan adik-adik yang balik bercuti.

Seperti biasa kami mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk mengadakan majlis tahlil. Alhamdulillah, majlis telah berlangsung di rumah emak dan ayah malam tadi dengan kehadiran tujuh orang adik ibu bersama keluarga masing-masing. Terasa ada kekurangan kerana dua orang adik tidak dapat hadir bersama.

Ketika inilah rasa sayu dan rindu silih berganti. Rindu kepada arwah kerana tidak lagi dapat bersua muka, sayu atas kehilangan yang tidak dijangka.

Ingin sekali ibu coretkan segala kenangan bersama arwah di blog ini, namun ibu tidak punya kekuatan. Coretan yang tidak seberapa inipun dah buatkan airmata ibu mengalir laju apatah lagi untuk mengenangkan kembali setiap saat kami bersama sejak kecil.

Insyaallah, akan ibu cari kekuatan itu agar setiap kenangan dapat disimpan untuk tatapan anak cucu sebelum segala kenangan terpadam di ingatan mahupun tiba giliran dijemput mengadap-Nya.

Gambar beberapa tahun lepas. Ibu bersama emak, ayah dan sembilan orang adik namun seorang adik telahpun dipanggil mengadap-Nya lebih setahun yang lalu.

29 ulasan:

  1. bestkan berkumpul adik beradik...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ibu, sheila terkenangkan abg dengan akak sheila yang terpisah sejak kecil. arghh rindu benar hati ni pada keduanya.. semoga Allah mendekatkan jarak yang terpisah ni. pasti ibu sheila rindukan mereka juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih pulak ibu baca. Insyaallah, selalulah berdoa agar dapat bersua dgn mereka..

      Padam
  3. Seronok dapat kumpul ramai2......

    BalasPadam
  4. samalah.. kte pun lepak kat umah je cuti ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok juga habiskan masa depan tv dgn anak2..

      Padam
  5. seronoknya sis...famili ramai..js kalau balik ada beberapa org je..sunyi sepi kata org..hehe..famili x ramai...^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam famili suami akak, tiga orang adik-beradik je tapi tetap meriah sebab masing-masing ramai anak. hehe..

      Padam
  6. mesti seronok dapat berkumpul sekeluarga...:)

    PS: semoga satu hari nanti ibu dapat kuatkan semangat utk menulis ttg perkara tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok Timi. Masa ni seronok mengenang peristiwa zaman kanak2..

      Padam
  7. Tangkap gambar ramai2 memang seronok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok bila keluar macam-macam cerita..

      Padam
  8. besar fmly ibu :)
    moga kekuatan tu muncul 1 masa nnt.. MATI adalah permulaan dlm sebuah kehidupan.. Setiap yg hidup pasti akan melaluinya.. Jgn cedih ye :')

    BalasPadam
  9. bercuti di rimah pun best juga Mie, tambahan kalau ramai adik-beradik dapat berkumpul.

    Tabahkan hati ye Mie, Allah lebih menyayanginya. Al fatihah untuk arwah..

    BalasPadam
  10. mmg seronok dpt berkumpul adk beradik,tp yg pergi takkan kembali..setiap masa mesti rindu kan kak.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PK. Bila dah berkumpul ramai-ramai terasa rindu sangat..

      Padam
  11. bila dapat bberkumpul adik beradik ..mmg saat yg bahagia..malangnya saya jauh sebatang kara di sini..rindu kg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala kesiannya Izan. Akak dulupun sepuluh tahun jauh drp keluarga tapi anak2 kan ada..

      Padam
  12. xper, brcuti kt umah sndri pon best..dpt brkumpul, berbual ramai...meriah sngguh :D..

    kuatkan smgt ye kak...tuhan lbih sygkn dia..bia tuhan jge dia kt sne :)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum salmi...seronoknya berkumpul reramai mcm ni...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu seronok.. Ada macam-macam cerita

      Padam
  14. happy hour bersama family..

    BalasPadam
  15. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun.. semoga kt berjumpa di Jannah, dan semoga Allah menempatkan ruh adik ibu bersama org2 beriman :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.