Jumaat, 15 Februari 2013

Memulangkan Ude ke PLKN

Semalam kami jalan-jalan lagi tapi bukan untuk shopping-shoping macam di sini. Destinasi kami ke Kem PLKN untuk memulangkan Ude. Ude mesti sampai sebelum pukul 5.00 petang. Jadi, pukul 2.45 kami memulakan perjalanan. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan dan kami sampai lebih kurang pukul 4.30 petang.

Sayu hati juga nak meninggalkan Ude. Maklumlah dah seminggu bercuti di rumah. Ibu tahu tentu Ude lebih sedih tapi harapan ibu agar kesedihan Ude tidak berpanjangan dengan kehadiran rakan-rakan di sisi. Lagipun selepas ini tentu Ude akan sibuk dengan pelbagai aktiviti sebagai pelatih PLKN.

Sempat lagi bergambar berlatarbelakangkan dorm para pelatih. 
Lima orang permata hati ibu dan ayah. Dari kiri, Along Nur Hanna Liyana, Ude Nur Lina Farhana, Muhammad Faiz Izzuddin, Muhammad Faiq Naqiuddin dan Angah Nur Aimi Ezzati.
 
Pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Hujan di sepanjang perjalanan membantutkan hasrat untuk shopping lagi. Kami hanya singgah di hentian R&R untuk solat dan makan.  

Tiba di Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Kuala Krau, kami terserempak dengan kemalangan jalan raya. Kemalangan melibatkan empat buah kereta dan salah sebuahnya rentung sama sekali. Semasa kami lalu di situ, mayat mangsa kemalangan masih berada di pinggir jalan.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah lebih kurang pukul 7.30 malam.

P/s: Esok kami akan berjalan lagi. Kali ini ke Terengganu untuk menghantar Along dan Angah pula. Doakan agar perjalanan kami dipermudahkan.

11 ulasan:

  1. Selamat pergi dan pulang ya,ibu dalam perjalanan pergi dan balik dr Terengganu :)

    In syaa Allah,aamiin ^^,

    BalasPadam
  2. ibu..BK dulu pon bekas plkn tau tapi nun jauh dok kat cerok hutan kat perlis..kenangan betoi

    BalasPadam
  3. selamat pergi dan pulang ibu... masing2 dah balik ke destinasi yang sepatutnya...pasti sunyi rumah kan?

    BalasPadam
  4. Kiri kanan kiri kanan.. Hehe teringat masa join Uniform dari sekolah sampai ke U. Rindu lah pulak.

    BalasPadam
  5. Moga ude tidak sedih berpanjangan...Rasa kak mie yg lebih sedih berbanding kot..Hahaha.....
    Dah besar anak2 dara tu...Masih trbyg kenangan lama masa Along, Angah n Ude masih kecil....comel + cubby!!!!! Bilalah kita dapat jumpa lagikan kak.....

    BalasPadam
  6. wahhhh... semoga selamat dalam perjalanan tu... anak2 kak salmi semuanya dah besar2..

    BalasPadam
  7. Salam Sal... Ude belum habis lagi ye...

    Moga Sal hati-hati dan anak-anak selamat sampai ke destinasi...

    BalasPadam
  8. Saya sentiasaa doakan yang terbaik untuk semua rakan-rakan saya termasuk yang muda atau yang tua..

    BalasPadam
  9. selamat meneruskan aktiviti plkn ye ude..sbg ibu mmg sedih,tp kita doakan yg terbaik je

    BalasPadam
  10. selamat kembali menjalani latihan, ude... :)

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah ibu dn kluarga slmt.. ibu, yg along tu kan sebiji muke ibu ! hehe.. comel2 anak ibu :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.