Sabtu, 16 Februari 2013

Misi Memulangkan Anak-anak

Assalamualaikum dan salam mesra.

Hari ini kami sekeluarga berjalan lagi. Jika kelmarin kami Memulangkan Ude ke PLKN, hari ini tiba pula giliran menghantar pulang Along dan Angah. Cuti Tahun Baru Cina Angah selama sepuluh hari dahpun berakhir hari ini. Begitu juga dengan cuti semester Along  

Pukul 1.30 tengah hari kami bertolak ke Terengganu. Hari ini cuaca redup dan sesekali terpaksa meredah hujan. Di pertengahan jalan kami terserempak dengan satu kemalangan kecil. Sebuah kereta terbabas ke dalam parit, mungkin disebabkan keadaan jalan yang licin. 

Alhamdulillah kami selamat tiba di Dungun pada pukul 5.30 petang. Selepas makan dan mendaftar masuk ke hotel, kami terus menghantar Angah ke kolejnya. Ketika kami sampai, tiga lagi rakan bilik Angah belum tiba. Maklumlah, masing-masing orang Terengganu. 

Seperti biasa, Hotel Uitm menjadi pilihan kami setiap kali ke Dungun. Memudahkan kami untuk berjumpa dengan Angah semula sebelum pulang esok.

Sekarang kami sedang berehat-rehat sementara menunggu kedatangan rakan-rakan Along  yang dalam perjalanan dari Johor dan Melaka. Mereka akan singgah di sini untuk mengambil Along dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Moga perjalanan mereka selamat dan dipermudahkan.

Selepas ini, rumah akan kembali sunyi dengan hilai tawa dan gurau senda anak-anak. Dan tentunya Faiq dan Faiz mula menghitung hari menunggu bila Along dan Angah akan cuti lagi. 

12 ulasan:

  1. cuti raya cina hampir berakhir...
    pelajar kembali ke kolej semula...

    BalasPadam
  2. oooh sudah habis cuti mereka ye...

    BalasPadam
  3. Macam meminjam barang pulak ya Sal... kena pulangkan balik... samalah saya... 1 hb mac nanti saya pulak nak 'memulangkan' Ojet ke kolejnya... tapi kali ni saya tak hantar dengan kereta... kami dah beli tiket keretapi...

    Lepas ber'dating' dgn abang di UK... kini saya dapat berita gembira lagi... Ojet dapat 4 flat dalam exam semester satunya hari tu...

    BalasPadam
  4. mesti adik2 x sabar nak tunggu cuti bermula kembali supaya Along & Angah boleh balik rumah dan meriahkan suasana di rumah kembali... ^_^

    BalasPadam
  5. Mesti kak ibu sedih kan.... tengah hari dinda nak g jengok qayyum

    BalasPadam
  6. huhuhuhu....sedihkan bila saat brpisah dgn anak2...mesti lepas nie kak mie menghitung hari utk brjumpa along n angah semula....
    anak sdra Mr M ada 2 org belajar kt UiTM dungun. Sorg dh final year n sorg baya angah.

    BalasPadam
  7. ibu.. ala tacinknye.. memulangkan ke meminjamkan hehe. xpe besar pahala ibu kn, mar doakan anak2 ibu jd anak yg soleh & solehah okey :)

    BalasPadam
  8. as-salam..
    sedih kan bila terpaksa berpisah buat semnetara waktu lagi.

    maaf lambt bls jejak.sbb saya bercuti

    BalasPadam
  9. Anak2 semua dah balik ye Kak..sunyi lah balik ya..
    InsyaAllah bila cuti2 lagi boleh jumpa..:)
    Tak pernah sampai Dungun lgi..

    BalasPadam
  10. Sunyi rumah ya...
    Kat rumah ckLah masih ada yang belum dipulangkan. 3 Mac nanti baru pergj. ^-^

    BalasPadam
  11. wahhh.. mesti rindu kat mereka nanti..

    BalasPadam
  12. Rindu bila sebut Dungun tu Mie, sekolah terakhir ummi mengajar adalah di Dungun. Uitm tu biasa juga ummi keluar masuk atas beberapa urusan.
    Pasti tersa sunyi bila anak2 dah abih bercuti kan, tertunggu2 pula dia orang bercuti lagi.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.