Ahad, 17 Februari 2013

Terus Berjasa Sesudah Mati


Allah menciptakan sesuatu tidak sia-sia. Lihatlah alam di sekitar kita; tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, sungai, tasik, haiwan dan sebagainya. Banyak iktibar yang dapat kita peroleh daripada setiap ciptaan-Nya.

Perhatikan kehidupan sebatang pokok getah. Daunnya nan hijau membekalkan oksigen kepada kita di samping menjadi penyumbang dalam industri kraftangan. Selain susunya yang digunakan dalam industri pembuatan tayar, batangnya pula boleh dijadikan perabot. Di samping itu, buahnya juga amat bernilai.

Bukan itu sahaja, pokok getah juga turut berjasa dengan menjadi habitat kepada pelbagai spesies tumbuhan lain seperti pokok duit-duit, tanduk rusa dan orkid liar. Bahkan, pokok getah terus berjasa sesudah matinya dengan menjadi habitat kepada pelbagai spesies kulat dan cendawan.

Besarnya jasa pokok getah. Jasanya berterusan baik semasa hidup mahupun sesudah matinya. Justeru, marilah kita mencontohi pokok getah.

Maksud sabda Rasulullah SAW, “Selepas kematian anak Adam semua amalannya akan terhenti kecuali tiga; ilmu bermanfaat yang diajarkan, anak soleh yang mendoakan dan amal jariah yang ditinggalkan.” Kita ada banyak pilihan, samada membuat satu, atau dua atau ketiga-tiganya sekali.

Penyampai dan penyebar ilmu tidak hanya terhad kepada pendakwah, pensyarah mahupun guru. Siapapun kita tetap berpeluang untuk berbuat demikian. Ilmu-ilmu agama dan sesuatu yang baik boleh sahaja dikongsikan di laman-laman sosial. Setiap yang membaca lalu mengamalkan atau menyampaikan, pahala akan terus mengalir kepada kita walaupun setelah roh meninggalkan jasad.

Sebagai anak pula sentiasalah berbuat baik kepada ibu bapa. Doakan kesejahteraan mereka baik semasa hayat mereka masih ada mahupun setelah mereka meninggalkan kita. Insyaallah, apabila seorang anak berbuat baik kepada ibu bapanya, anak-anaknya kelak akan berbuat baik juga kepadanya. Ini adalah janji Allah.

Seterusnya, bersyukur dengan rezeki yang diperoleh dengan memanfaatkannya ke jalan yang diredhai. Beramallah dengan melakukan kebaikan yang berterusan seperti membiayai atau melibatkan diri dalam pembangunan masjid, mewariskan al-Quran dan buku-buku agama, menanam pokok sebagai tempat berlindung haiwan dan manusia serta banyak lagi.

Sesungguhnya, setiap daripada kita haruslah bersedia untuk melakukan kebaikan yang tidak akan terhenti dengan kematian. Jadilah seperti pokok getah yang terus berjasa selepas kematiannya. 


11 ulasan:

  1. Terima kasih kak ibu sering mengingatkan dinda yang kekadang terlalu alpa....

    BalasPadam
  2. Kebaikan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan, hanya Allah yang layak memberikan ganjaran, kan? :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ibu, betul tu. sheila setuju. kita boleh manfaatkan segala yang ada disekeliling kita. insyallah :)

    BalasPadam
  4. nice entry kak! thanks for sharing :)

    BalasPadam
  5. ibu, entry sangat saya suke. penuh hikmah !! izinkan sy kongsi di fb ye :)
    *psst biasa kt dgr pokok kelapa byk manfaat, tp ternyata pokok getah lebih berjasa sesudah mati, Allahu Akbar ~

    BalasPadam
  6. menarik perumpamaan pokok getah dalam entri ni...

    BalasPadam
  7. klasiknya tajuk ni... banyak yang tersirat dalam entri ni..

    BalasPadam
  8. Batul sangat tu Mie, pelaburan akhirat yang ikhlas dan diredhai Allah SWT, pasti ada ganjaran yang berterusan.Moga Allah memberi kekuatan untuk kita sama2 terus istiqomah dalam kebaikan.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum, betul tu Salmi...Allah maha besar, setiap sesuatu ciptaan Nya ada hikmahnya..

    BalasPadam
  10. terima kasih ibu kerana mengingati...
    pokok getah jugak membesarkan saya dengan adik beradik yang lain dan membolehkan arwah ayah saya menunaikan haji kerana kami anak peneroka felda.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.