Sabtu, 9 Mac 2013

Al-Fatihah - Ustaz Rujhan Mohamed Razali


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) 
Lebih kurang pukul 12.50 tengah hari semalam ibu terima perkhabaran tentang kembalinya ke rahmatullah Ustaz Rujhan Mohamed Razali. Allahyarham merupakan seorang penceramah dan pendakwah bebas yang berasal dari daerah ini.

Sebelum itu, pukul 11.50 semasa kami sedang bermesyuarat, guru besar menerima panggilan telefon yang memaklumkan bahawa Ustaz Rujhan sedang kritikal di hospital daerah Temerloh. 

Sekolah ibu pernah beberapa kali menjemput allahyarham menyampaikan ceramah dan pernah ibu ceritakan dalam entri Suci Hati, Tinggi Prestasi, malah sebelum mengalami stroke pada petang Khamis, allahyarham sempat menyampaikan ceramah di sebuah sekolah pada sebelah paginya.

Jenazah telah dikebumikan petang semalam di kampung halamannya di Kuala Tembeling, Jerantut. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham. 

Moga allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solehin. Amin...

P/s: Ustaz Rujhan dari kaca mata seorang sahabat boleh dibaca di sini.

8 ulasan:

  1. Inna lillahi wa inna ialayhi raji'un..

    Pernah rasanya lihat ustaz ni di TV. Moga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman, Al Fatihah.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama09 Mac, 2013

    salam takziah dari JS...

    BalasPadam
  3. Innalillah, moga beliau ditempatkan dlm kalangan mereka yg beriman. Al-fatihah..

    BalasPadam
  4. Al-Fatihah, selalu tgk dlm Tanyalah Ustaz...moga roh Allahyarham bersama para solihin..Amin

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ...al-fatihah...:(

    BalasPadam
  6. ibu...BK kenal gak ustaz ni

    BalasPadam
  7. Innalillah & Al-Fatihah..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.