Selasa, 17 Julai 2012

Suci Hati, Tinggi Prestasi..

Petang tadi, ibu menghadiri ceramah anjuran Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KEBIRU) sekolah ibu. Ceramah oleh Ustaz Rujhan Mohd Razali bermula pukul 3 petang dan berakhir pukul 5.15 petang. Tajuk ceramahnya adalah "Suci Hati, Tinggi Prestasi".

Ini adalah kali ketiga Ustaz Rujhan dijemput mengadakan ceramah di sekolah ibu. Kali pertama, ibu belum berpindah ke sekolah ini. Kali kedua pula, ibu berkursus. Jadi, ini merupakan julung-julung kalinya ibu menghadiri ceramah Ustaz Rujhan. 

Ustaz Rujhan tidak asing lagi bagi warga Pahang. Ceramah beliau selalu berkumandang melalui slot Ceramah Pilihan di Radio Malaysia Pahang yang ke udara setiap hari pukul 1.30 - 2.00 petang. Kebiasaannya, ibu dengar semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Ceramah hampir 2 jam rasa terlalu singkat lantaran penyampaian ustaz yang menarik. Gambarpun ibu terlupa nak snap. 

Kredit: Google image

  Kata-kata menarik yang ibu petik daripada ceramah beliau tadi..

P/s: Akhir-akhir ni ibu agak sibuk. Tak sempat nak buat kunjungan balas. Kepada follower baru Ibu Berbicara, terima kasih sudi menjadi rakan maya ibu. Terima kasih juga buat teman-teman setia ibu.


5 ulasan:

  1. tertarik ngan kata2 manarik tuh ibu..
    smg Allah sentiasa mbuka pintu hati kita kan bu..

    BalasPadam
  2. menarik betul...kata2 tue....

    BalasPadam
  3. kalau penceramah pndai tackle pendengar mmg rasa jap je masa brlalu dan kita pn dpt hayati apa yg dismpaikan....

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama18 Julai, 2012

    suka ngan kata2 itu sis...^^
    kadang2 kalau penceramah best mmg seronok je dengar tp takut plak sbb slalu terlupa slp abis ceramah itu...hihi

    BalasPadam
  5. kalau pnympaian menarik...masa pun rasa kejap jer...
    Akak...thnks, barang yg hantar dah selamat diterima...terima kasih sekali lagi...sayangggg akak...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA