Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pagi semalam, ibu ke sekolah macam biasa. Dan macam biasa juga,
mood ke sekolah agak lemau.. Maklumlah mood cuti hujung minggu masih
menguasai.. Tapi, jangan salah sangka tau.. Yang lemau tu masa nak melangkah ke
sekolah je.. Tiba di sekolah, tanggungjawab tetap dilunaskan sebaik mungkin.
Lebih kurang 2km sebelum sampai ke sekolah, ibu ternampak
asap hitam berkepul-kepul di udara. Hati mula cemas. Mulalah fikir yang bukan-bukan.
Kebetulan pula, laluan
ke sekolah ibu agak sibuk dan selalu juga berlaku kemalangan.
Ibu teruskan perjalanan walaupun jantung makin kencang berdegup. Sambil memandu, tangan mengurut dada. Makin dekat, jalan makin sesak.
Sebuah kereta terbakar betul-betul di luar pagar sebuah sekolah menengah (antara rumah dan sekolah ibu, ada dua buah sekolah menengah). Masa ibu lalu di sini, bomba belum tiba.
Entah mengapa, bomba tiba agak lewat walaupun kejadian berlaku tidak jauh dari bandar.
Ibu dimaklumkan bahawa kereta yang terlibat adalah kereta seorang guru yang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah ibu. Mereka tinggal di kuarters pendidikan yang terletak di belakang sekolah ni. Kereta terbakar secara tiba-tiba. Alhamdulillah, tuan punya kereta dan anaknya berjaya menyelamatkan diri.