Khamis, 30 Mei 2013

Di Manakah Nilai Cintamu?


Di manakah nilai cintamu

Di manakah nilai cintamu
Oh kasih terhadap diriku
Mengapakah kau bercumbu
Dengan dia itu
Di depan mataku

Tak kusangka sanggup hatimu
Menduakan diriku
Setelah kuberi cinta
Serta jiwa raga
Engkau musnahkannya

Di manakah nilai cintamu oh kasih
Engkau musnahkan
Di kala aku merindu
Di manakah sumpah dan janjimu dulu
Untuk bersama berdua kita bersama

Hancur hampa terima berita
Kini kau diijabkabulkan
Berbahagia dan sejahtera
Dengan dia itu
Hatiku terharu

Berlinang airmata ini
Kerana dirimu oh kasih
Tak pernah terduga hatiku
Begitu murahnya
Cintamu padaku

Ps: Sayunya hati apabila baca sms daripada seorang teman yang menyatakan hampir seluruh dirinya dah tak ada rasa; kosong setelah suaminya kahwin lagi.


Rabu, 29 Mei 2013

Wordless Wednesday 15

Selamat Pengantin Baru
Azman Azli  Nor Sharina


Wordless Wednesday 14

Pelamin 250513


Selasa, 28 Mei 2013

Fenomena Istiwa Matahari - Jom Semak Arah Kiblat

Sebagaimana ramai yang sedia maklum, Insyaallah petang ini tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia, akan berlaku fenomena Istiwa Matahari.  

Istiwa Matahari adalah fenomena atau peristiwa apabila kedudukan matahari akan berada tepat/tegak di atas kaabah. Fenomena ini hanya berlaku pada dua tarikh setiap tahun iaitu:


Tarikh
Waktu Malaysia
Waktu Mekah
28 Mei
5.16 pm
12.16 pm
16 Julai
5.28 pm
12.28 pm
 
Marilah kita merebut peluang ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat yang sebenar dari kediaman atau tempat kerja kita dengan  cara yang betul. Namun demikian, janganlah kita salah anggap pula. Sebenarnya, arah kiblat tidak berubah, yang mungkin berubah adalah tandaan kiblat di rumah, sekolah atau tempat kerja kita.

Cara-cara menyemak arah kiblat:
  1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata. Contohnya, sebatang pensel.
  2. Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
  3. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi. 
  4. Pastikan di kawasan tersebut matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
  5. Tunggu sehingga 5.16 pm (pada tarikh 28 Mei) atau 5.28 pm (pada tarikh 16 Julai).
  6. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
  7. Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
  8. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.

Sumber: sini


Lama Menyepi..

Assalamualaikum dan selamat pagi teman...

Alhamdulillah hari ini sempat juga ibu meluangkan masa berbicara di sini setelah lama menyepi. Maaf ibu pohonkan sekiranya sapaan kalian di sini tidak berjawab. Banyak aktiviti selama tempoh menyepi tapi tak sempat untuk dikongsikan di sini. 

Mengiringi lawatan murid tahun 6 ke sebuah Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS)

Membimbing ahli Kelab Dr. Muda menyiapkan Buku Informasi untuk Karnival Dr. Muda peringkat daerah.

AJK sambutan Hari Guru.
(Tuan tanah tak sempat bergambar..)
 Persiapan hantaran untuk perkahwinan adik.

 Persiapan pendaftaran Ude ke Kolej Matrikulasi.

Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Terasa ingin berehat, namun masih ada kertas peperiksaan yang belum bersemak. Harap-harap dapat disiapkan sehari dua ini kerana masih banyak tugasan yang menanti.


Ahad, 19 Mei 2013

Khasiat Peria


Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden. Walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.  
Khasiat peria yang dikenali juga sebagai kambas sudah diketahui sejak zaman dahulu lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir. 


Kebaikan Peria
  • Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.  
  • Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
  • Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.  
  • Pakar perubatan China menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat.
  • Peria juga dikatakan memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.  

Lebih menarik, kajian di luar negara mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

Biarpun setakat ini, belum ada kajian  sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. 

Sumber: Berita Harian Online


Jumaat, 17 Mei 2013

Ude Memilih

Assalamualaikum dan salam mesra. 

Insyaallah, tahun ini seorang lagi anak ibu akan melanjutkan pelajaran. Ude bakal mengikut jejak Along dan Angah mengatur langkah menjejak ilmu. Ibu dan ayah memberi kepercayaan kepada anak-anak untuk memilih kursus pilihan mereka. Kami hanya memberikan pandangan, selebihnya terpulang kepada mereka sendiri.

Selepas keputusan SPM diumumkan pada 21 Mac 2013 yang lalu, Ude telah membuat beberapa permohonan bagi melanjutkan pelajaran. Selain memohon untuk mengikuti Program Matrikulasi, Ude juga telah memohon ke IPTS dan IPTA. Selain itu, Ude juga mengisi permohonan online bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013.

Terkejut juga ibu apabila Ude memaklumkan yang dia membuat permohonan PISMP kerana sebelum ini Along dan Angah memang tidak berminat langsung untuk memohon. Ude memohon Kursus Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Alhamdulillah, setelah Semakan Temuduga PISMP dibuat pada 6 Mei yang lalu, permohonan Ude telah berjaya dan dipanggil untuk menghadiri temuduga di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis pada hari Selasa, 14 Mei 2013.

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

Ude bertolak ke IPGKTAA bersama ayah seawal 7.15 pagi. Ibu tidak dapat menemani Ude kerana temuduga dijangka berlarutan hingga ke sebelah petang.  Faiq bersekolah manakala Faiz pula sibuk berlatih untuk pertandingan nasyid peringkat daerah. 

Alhamdulillah, menurut Ude temuduga ok je. Walau bagaimanapun, memandangkan semakan tawaran bagi calon yang berjaya dalam temuduga hanya dibuka pada 17 Jun 2013, maka buat masa ini Ude perlu melupakan tentang PISMP dan membuat pilihan lain.

Jika baru-baru ini ibu memilih dalam PRU-13, kini Ude pula yang perlu membuat pilihan; Program Asasi Sains, Matrikulasi Sains, Persediaan A-Level (kejuruteraan) atau Diploma Undang-undang.


Semakan UPU Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014


 

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf 
Sesi Akademik 2013/2014
 
Para pelajar lepasan SPM dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014 boleh membuat semakan keputusan permohonan mulai hai ini.

Semakan boleh dibuat di http://upu.mohe.gov.my

Berikut adalah Tarikh-tarikh Penting Pengurusan Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2013/2014.

TARIKH-TARIKH PENTING SESI AKADEMIK 2013/2014
Minggu ke-3
bulan Mei
Hebahan Keputusan Permohonan Ke IPTA/ Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf
Semakan di: upu.mohe.gov.my
Minggu ke-4
bulan Mei
Hebahan Keputusan Permohonan Ke ILKA/ Politeknik bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf & Lepasa SKM
Semakan di: upu.mohe.gov.my
Minggu ke-4
bulan Mei
(10 hari)
Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian calon gagal sahaja bagi lepasan SPM/ Setaraf
26 Mei 2013
Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Asasi di IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014
01-02 Jun 2013
Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Diploma di IPTA/Politeknik bagi Sesi Akademik 2013/2014
03-09 Mei 2013
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA (FASA 2) bagi Lepasan Matrikulasi/ Asasi dibuka untuk capaian mulai jam 12.00 tengah hari
Minggu ke-2
bulan Jun
Hebahan Keputusan Permohonan e-RAYUAN Ke IPTA/ Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf
Minggu ke-2
bulan Julai
Hebahan Keputusan Permohonan Ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, Diploma/ Setaraf
Minggu ke-2
bulan Julai
(10 hari)
Aplikasi e-Rayuan dibuka untuk capaian calon gagal sahaja bagi lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, Diploma/ Setaraf
01-02
September 2013
Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Ijazah Pertama di IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014
Minggu ke-2
bulan September
Hebahan Keputusan Permohonan e-RAYUAN Ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma/ Setaraf
 
Sumber


Khamis, 16 Mei 2013

Kabinet Malaysia 2013

 
Kabinet Malaysia 2013


Semalam, 15 Mei 2013, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan barisan Kabinet baru bagi penggal ke-13 (2013-2018) setelah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Pengumuman itu disiarkan secara langsung hampir semua stesen televisyen perdana di negara ini jam 5 petang semalam. 


Perdana MenteriDatuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator) 

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)


Kementerian Kewangan

Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan


Kementerian Pelajaran

Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan


Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar


Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit


Kementerian Pengangkutan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
           

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


Kementerian Pertahanan

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri


Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya


Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
    

Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
   

Kementerian Luar Negeri

Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin


Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi


Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

sumber: www.utusan.com.my


Isnin, 13 Mei 2013

Kisah Empat Isteri

Alkisah pada suatu waktu, hiduplah seorang saudagar kaya dikelilingi oleh empat orang isteri. Isteri keempat adalah yang paling disayangi dan dicintainya kerana parasnya yang jelita dan usianya paling muda. Dia memanjakan isteri keempatnya dengan kemewahan.

Saudagar juga amat menyayangi isteri ketiganya yang cantik rupawan dan pandai berhias. Dialah yang selalu menemani saudagar ke majlis-majlis penting. Saudagar amat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada teman- temannya. 

Isteri kedua tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak secantik isteri keempat dan ketiga, namun dia sangat cerdas dan pintar. Setiap kali menghadapi masalah, saudagar akan meminta pandangannya. Isteri keduanya inilah yang menjadi tempat dia bergantung harap ketika menghadapi kesulitan.

Lain pula halnya dengan isteri pertama. Sudahlah rupa dimamah usia, fikiran pula di tahap biasa-biasa sahaja. Saudagar tidak lagi kasih akan dirinya. Kehadirannya umpama melukut di tepi gantang. Pergi tidak mengurang, datang pula tidak menambah. Walau bagaimanapun, si isteri amat setia dan mencintai suaminya. Dialah yang menyediakan dan melayani segala keperluan suami dan madu-madunya.

Suatu hari, saudagar jatuh sakit. Dadanya sesak dan sukar bernafas. Dia menyedari mungkin sudah tiba masanya untuk dia meninggalkan dunia ini. Dia mula berasa takut betapa dia akan kesepian setelah mati. Saudagarpun memanggil kesemua isterinya.

Saudagar berkata kepada isteri keempatnya, “Kaulah yang paling kucintai, tubuhmu kusaluti dengan perhiasan yang bergemerlapan. Sekarang aku akan mati, mahukah kau menemaniku?” 

“Tidak. Aku masih muda dan cantik. Tentu saja aku akan mencari penggantimu,” jawab si isteri lalu meninggalkan saudagar yang terluka hatinya. 

Saudagar bertanya pula kepada isteri ketiganya, “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini hidupku akan berakhir. Mahukah kau mengikutku?”.

"Tentu saja tidak! Ramai lelaki yang bersedia menggantikan tempatmu dan berkahwin dengan ku." Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. 

Kepada isteri keduanya saudagar berkata, “Wahai isteri keduaku, kau sangat cerdas dan selalu membantu menyelesaikan masalahku. Kini aku amat memerlukan pertolonganmu. Jika aku mati, mahukah kau menemaniku?” 

Si isteri menjawab, “Maaf suamiku. Aku hanya mampu menguruskan pengkebumianmu. Akan kubuatkan makam yang indah buatmu.” Jawapan itu bagai halilintar yang menyambar. Saudagar berasa amat sedih dan kecewa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, “Suamiku, aku akan menemanimu ke manapun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu.” Saudagar menangis terharu apabila mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Saudagar menyesali perbuatannya selama ini. Sedarlah dia bahawa isteri yang dilupakannya selama ini adalah isteri yang paling setia dan cantik budi pekertinya.

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini: 

Isteri keempat adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang apabila kita meninggal.

Isteri ketiga adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan berpindah kepada yang lain. 

Isteri kedua pula adalah kaum kerabat dan teman-teman. Seberapa akrab hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.

Sesungguhnya, isteri pertama adalah amalan kita. Kita sering mengabaikannya demi kekayaan dan kesenangan hidup. Namun, hanya amalan kita sajalah yang setia mendampingi kita ke manapun kita melangkah. Hanya amalan yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

Sumber: FB

Ps: Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini.


Ahad, 12 Mei 2013

Tips Hadiah Hari Guru

Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Sudah tentu, anak-anak kita yang bersekolah rendah atau menengah sedang berkira-kira untuk membeli hadiah buat guru masing-masing. 

Buat anak-anak dan ibu bapa yang sedang tercari-cari apakah hadiah yang mahu diberikan kepada guru kesayangan, di sini dikongsikan sedikit tips yang diharapkan dapat membantu

Satu perkara penting yang perlu kita ingat, harga sesuatu hadiah itu tidak penting tetapi nilai hadiah itulah yang perlu diberi keutamaan.


Tips Hadiah bagi Guru Wanita
  • Kad yang direka sendiri 
  • Sebatang pen 
  • Stationery holder 
  • Mug - ditulis ucapan atau kata-kata yang sesuai 
  • Bingkai gambar yang menarik 
  • Kek hari guru 
  • Sekotak coklat 
  • Sebuah novel - bagi guru yang minat membaca novel 
  • Sejambak bunga segar 
  • Tuala - disulam dengan ucapan "Selamat Hari Guru"
  • Sejadah
  • Tudung 
  • Sepasang kain  
  • Telekung

Tips Hadiah bagi Guru Lelaki
  • Kad yang direka sendiri 
  • Sebatang pen 
  • Stationery holder 
  • Mug - ditulis ucapan atau kata-kata yang sesuai 
  • Bingkai gambar yang menarik 
  • Kek hari guru
  • Tuala - disulam dengan ucapan "Selamat Hari Guru"
  • Sejadah
  • Tali leher
  • Kemeja-T
  • Kemeja
  • Sehelai jubah

Ps: Berilah sesuatu yang boleh digunakan atau sesuatu yang akan dikenang oleh guru.


COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA