Jagung atau nama saintifiknya zea mays amat popular di seluruh dunia. Ia
merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang kebiasaannya ditemui dalam
sayuran. Jagung boleh disajikan dalam pelbagai cara seperti bubur,
bijirin, sayur, emping serta direbus begitu sahaja. Rasanya manis dan
sangat sedap.
Pelbagai jenis jagung
Tumbuhan
ini sangat kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi
dan sejenis minyak yang bermutu tinggi dan sangat baik untuk kesihatan.
Antara khasiat jagung adalah:
Baik untuk sistem penghadaman
Jagung sesuai dimakan bagi tujuan pencegahan penyakit berkaitan pencernaan
seperti sembelit dan buasir disebabkan kandungan seratnya yang tinggi. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam
jagung juga mampu membantu mengurangkan risiko kanser
kolon dan penyakit alzheimer. Jagung juga dikatakan mampu membantu penyerapan
air semasa pencernaan sekaligus memudahkan pergerakan usus.
Melindungi jantung
Niasin, asid folik dan vitamin C yang terkandung di dalam jagung dikatakan mampu melindungi jantung
daripada pelbagai masalah. Vitamin-vitamin ini boleh membantu mencegah
pembentukan homosisteine (asid amino) dalam tubuh, sekaligus mencegah
penyakit jantung yang tertentu. Ia juga dikatakan mampu merendahkan
tahap kolesterol, mengurangkan risiko hipertensi dan membantu
menstabilkan tahap gula. Kalori yang terdapat dalam jagung dikatakan
mampu membantu tubuh dalam metabolisme seharian.
Bagus untuk ibu hamil
Fitokimia yang dikatakan mampu membantu menentang penyakit kronik
turut ditemui dalam jagung. Thiamine membantu dalam mengekalkan
kesihatan saraf dan fungsi kognitif (perkembangan otak janin). Asid
folat mencegah kerosakan otak bayi saat kelahiran. Jagung juga dikatakan
mampu mencegah kecacatan saluran neutral untuk bayi yang baru
dilahirkan melalui cara pembekalan asid folik secukupnya kepada wanita
hamil.
Memelihara kesihatan sel otak
Jagung merupakan sumber thiamin (vitamin B1) yang sangat penting
bagi kesihatan sel otak dan fungsi kognitif kerana thiamin diperlukan
untuk membentuk acetylcholine yang berfungsi memaksimumkan komunikasi
antara sel otak dalam proses berfikir dan konsentrasi. Jika kadar zat ini
menurun maka akan menyebabkan pikun (sering lupa) dan penyakit alzheimer. Kepikunan
sering kali timbul akibat stress dan akibat tekanan beban pada otak yang
menumpu, terutamanya dalam kalangan pelajar. Oleh itu, para pelajar
sebaiknya memilih jagung sebagai kudapan yang bukan hanya
mengisi perut, tetapi juga menyihatkan otak dan tubuh.
Jagung juga kaya dengan asid pentotenat (vitamin B5) yang berperanan
dalam proses metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk diubah
menjadi tenaga. Ini bererti, jagung sangat disarankan bagi pengidap
obesiti.
Memelihara kesihatan mata
Kandungan beta-karotena yang terdapat dalan jagung baik untuk kesihatan mata dan penglihatan.
Menentang kanser
Kandungan antioksidan dalam jagung juga berupaya
merendahkan risiko pelbagai penyakit kanser dan telah terbukti berkesan
dalam menentang tumor kanser dalam tubuh terutamanya jenis kanser
payudara dan limfa (hati). Asid ferulic jenis fenolik (zat anti kanser)
dan anthocyanin yang terdapat dalam jagung dikatakan bertanggungjawab
untuk bahan anti kanser yang membunuh setiap radikal bebas yang
menguasai tubuh.
Jagung dikatakan bagus untuk para perokok kerana mengandung
betacryptoxanthin yang dapat menurunkan risiko kanser paru–paru.
Menurut Journal Cancer Epidemiology, biomarkers and prevention,
mereka yang banyak mengambil makanan yang mengandung betacryptoxanthin
terbukti mengalami penurunan risiko kanser paru–paru sebanyak 27%, hasil
yang sama juga menunjukkan bahwa perokok yang mengambil jagung dalam
diet mereka mengalami penurunan kanser paru–paru sebesar 37%
dibandingkan dengan perokok yang kurang memakan jagung.
Manfaat lain
Kulit dan rambut (corn silk) jagung juga digunakan untuk
mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan rambut halus jagung
itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga
kering.
Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung, kanji amat
baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah membuang air kecil.
Malah, rambut jagung juga dikatakan mampu mengatasi gangguan buang air kecil, termasuk rasa sakit
ketika membuang air kecil serta radang
pundi kencing. Hal ini disebabkan kandungan kalium yang tinggi sehingga
mempunyai efek diuretik yang merangsang serta melawaskan kencing.
Rambut
jagung juga dikatakan mampu menguatkan hati dan menurunkan tekanan
darah. Ia juga mampu mengawal pendarahan semasa melahirkan
dan membantu mengubati tekanan darah tinggi dan gangguan air dari dalam
tubuh (oedema). Caranya adalah dengan merebus
semangkuk rambut jagung dalam dua gelas air. Biarkan airnya mendidih
sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua
kali sehari.