Sebagaimana ramai yang sedia maklum, Insyaallah petang ini tepat jam 5.16 petang waktu Malaysia, akan berlaku fenomena Istiwa Matahari.
Istiwa Matahari adalah fenomena atau peristiwa
apabila kedudukan matahari akan berada tepat/tegak di atas kaabah. Fenomena ini
hanya berlaku pada dua tarikh setiap tahun iaitu:
Tarikh
|
Waktu
Malaysia
|
Waktu
Mekah
|
28 Mei
|
5.16 pm
|
12.16 pm
|
16 Julai
|
5.28 pm
|
12.28 pm
|
Marilah
kita merebut peluang ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat yang
sebenar dari kediaman atau tempat kerja kita dengan cara yang betul. Namun demikian, janganlah kita salah anggap pula. Sebenarnya, arah kiblat tidak berubah, yang mungkin berubah adalah tandaan kiblat di rumah, sekolah atau tempat kerja kita.
Cara-cara
menyemak arah kiblat:
- Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata. Contohnya, sebatang pensel.
- Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
- Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi.
- Pastikan di kawasan tersebut matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
- Tunggu sehingga 5.16 pm (pada tarikh 28 Mei) atau 5.28 pm (pada tarikh 16 Julai).
- Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
- Unjurkan garisan bayang-bayang tersebut ke arah matahari.
- Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah.
Sumber: sini
Assalamualaikum ibu, thanks sharinggg. sheila baru tahu..
BalasPadamSama-sama Sheila
Padambaguslah ibu, thank you for sharing...
BalasPadamSama-sama Syaz
Padamthanks for sharing ibu. saya tak pernah tau pun selama ni :)
BalasPadamSama-sama Sue. Ibupun baru tahu..
Padamjom jom...jangan lupa check petang ni... thanks for sharing ibu...
BalasPadamSama-sama Farah.
Padamgood sharing ibu..:)
BalasPadamSempat check tak Nor??
Padamtgh check ni......5.16 ptg...
BalasPadamAkak terlepas la Yah. Kena tunggu pulak Julai nanti..
PadamTggu 16 julai ni...thanks 4 info
BalasPadamYa, tunggu 16 Julai pulak..
Padamalamak, dah terlepas lah..
BalasPadamInsyaallah kita tunggu 16 Julai pulak..
Padamthanks for info..tp baru je baca blog sis dh terlepas la plak time tu...^^
BalasPadamInsyaallah kita tunggu 16 Julai nanti JS..
PadamAlhamdulillah...dpt juga menyemak dgn anak lelaki ptg tadi.
BalasPadamAlhamdulillah, ckLah.. Saya juga yang terlepas kali ni..
PadamTak sempat semalam IB duk kat Tesco!
BalasPadamterlepas nak cek smlm....huhu
BalasPadam