Berikut beberapa tips sebagai persediaan untuk menghadiri temuduga PISMP/ KPLSPM.
Komponen Temuduga
- Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)
- Sesi Temuduga
INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)
Calon guru mesti mempunyai ciri-ciri sahsiah yang positif dan yang terpuji untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. Ujian komponen INSAK ini merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian INSAK ini mengandungi gagasan soalan berhubung amanah, taat setia, ikhlas, dedikasi, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif, inovatif dan kawalan emosi.
Calon guru mesti mempunyai ciri-ciri sahsiah yang positif dan yang terpuji untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. Ujian komponen INSAK ini merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian INSAK ini mengandungi gagasan soalan berhubung amanah, taat setia, ikhlas, dedikasi, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif, inovatif dan kawalan emosi.
Format Soalan Komponen INSAK
- Jumlah soalan: 100
- Masa: 30 minit
- Bentuk soalan: Soalan objektif 2 pilihan
Persediaan Menghadiri Temuduga
- Sediakan sebuah fail sijil. Sijil-sijil hendaklah disusun mengikut keutamaan iaitu didahului dengan surat tawaran temuduga, diikuti sijil SPM, sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu disusun mengikut peringkat pencapaian (didahului dengan sijil peringkat kebangsaan dan diikuti sijil-sijil peringkat negeri, daerah dan sekolah).
- Melengkapkan borang pernyataan hasrat. Pernyataan hasrat ini berupa sebuah karangan ringkas untuk menyatakan sebab mengapa anda memilih kerjaya perguruan, pengalaman anda dalam bidang ini dan sumbangan yang boleh anda berikan terhadap bidang perguruan sekiranya anda terpilih. Sediakan karangan sebaik mungkin.
- Berpakaian kemas dan bercirikan seorang guru. Bagi calon lelaki, sebaik-baiknnya memakai kemeja lengan panjang dan bertali leher dan berkasut hitam. Bagi calon perempuan pula, sebaik-baiknya berbaju kurung, bertudung atau berpakaian sopan dan memakai kasut bertutup.
- Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.
- Bagi ujian INSAK, anda perlu menjawab 100 soalan dalam masa 30 minit. Rancang masa sebaik-baiknya agar anda dapat menjawab kesemua soalan.
- Bagi sesi temuduga individu, anda akan ditanya tentang latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda meminati kerjaya perguruan ini. Anda juga mengkin ditanya tentang aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda peroleh. Mereka yang memohon pengkhususan Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam Bahasa Inggeris dan perlu menjawabnya dalam Bahasa Inggeris juga.
- Bagi sesi temuduga berkumpulan, seramai 6 orang atau kurang akan turut serta dalam sesi ini. Satu topik dan diberikan dan anda perlu mengemukakan hujah anda. Bagi membantu anda mengemukakan hujah dengan yakin, maka persediaan awal perlu dibuat. Buatlah sedikit persediaan dengan membaca tentang isu-isu semasa dan perkara yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.
Ps: Moga perkongsian ini dapat membantu anak-anak semasa sesi
temuduga nanti.
good sharing..
BalasPadamsalam,, sekarang format berbeza.. tiada temuduga individu.. kumpulan pun berbeza juga..dalam kumpulan kena cari pengajaran yang ada pada tayangan video..
BalasPadam