Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR. Papar semua catatan
Rabu, 10 September 2014
Ahad, 30 Disember 2012
Cabaran 2013 & Soalan UPSR Secara Online
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dalam tempoh seminggu ini, ramai rakan blogger guru bercerita tentang mesyuarat di sekolah masing-masing. Tidak kurang dengan blogger bergelar ibu, mama, ummi yang berbicara tentang persiapan persekolahan anak masing-masing. Moga semuanya telah bersedia untuk menghadapi sesi persekolahan 2013 yang hanya tinggal dua tiga hari sahaja lagi.
Seperti rakan-rakan lain, ibu juga telah menghadiri mesyuarat di sekolah pada hari Rabu, 26 Disember yang lepas. Macam biasa, yang paling ditunggu-tunggu adalah senarai tugasan untuk tahun baru. Ermm.. terkejut juga apabila melihat senarai tugasan dan jawatan untuk tahun 2013. Namun ibu tak mahu jadikan itu masalah besar sebaliknya menganggap itu semua adalah cabaran yang perlu dihadapi. Insyaallah sentiasa cuba berfikiran positif agar diri tidak diselubungi stress.
Tahun 2013 bakal menjadi tahun yang mencabar lagi buat ibu. Seperti tahun ini, ibu dipertanggungjawabkan mengajar kelas ketiga tahun 6. Yang menjadikan ia lebih mencabar, ibu perlu mengenali murid-murid kelas ini terlebih dahulu kerana tidak pernah mengajar mereka sebelum ini. Tempoh setahun bukanlah lama, namun seperti dinyatakan sebelum ini, ibu anggap ini adalah cabaran. Insyaallah akan terus mencuba selagi terdaya.
Sebagai persediaan untuk murid-murid ibu, ibu dahpun membuat pautan ke Bank Soalan UPSR, PMR dan SPM di blog ini. Melalui pautan ini, murid-murid atau pengunjung blog ini dapat menjawab terus soalan yang disediakan secara atas talian.Lihat di bahagian sidebar blog ini dengan tajuk JOM BELAJAR.
Terima kasih buat laman web BTPN Negeri Pulau Pinang yang menyediakan kemudahan ini. Moga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru dan murid.
SELAMAT MENJAWAB SOALAN
Isnin, 19 November 2012
UPSR 2012 ♥ Alhamdulillah dan Tahniah!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Keputusan UPSR 2012 telahpun diumumkan oleh Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Dr Na'imah Ishak di Putrajaya pagi tadi. 45,054 calon UPSR seluruh negara telah memperoleh A bagi semua subjek, jatuh 0.54 peratus berbanding 46,012 calon tahun lepas. Menurut Dr Na'imah, pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun
sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 pada
2011 kepada 2.31 pada tahun ini. [sumber]
Di sekolah ibu, pengumumam dibuat oleh GPK 1 pada pukul 10.00 pagi tadi. Alhamdulillah, 40 orang calon sekolah ibu adalah antara penyumbang kepada bilangan 45,054 orang tersebut. Calon UPSR sekolah ibu pada tahun ni adalah seramai 135 orang.
Bilangan 40 orang yang mendapat 5A ini meningkat berbanding 39 orang pada tahun lepas. Yang paling menggembirakan ibu, seorang murid kelas ibu, Wan Ahmad Idham bin Nasron turut mendapat 5A. Sesuatu yang tidak dijangkakan *walaupun sentiasa berharap. Untuk pengetahuan, ibu mengajar kelas ketiga daripada empat kelas.
Sebahagian daripada 135 orang calon yang hadir mengambil keputusan UPSR pagi tadi.
Antara 40 orang calon yang mendapat 5A.
Idham berdiri nombor 3 dari kiri.
Kejayaan Idham dan rakan-rakan merupakan hadiah yang amat bererti buat ibu dan rakan-rakan. Sesungguhnya hari ini adalah hari yang amat menggembirakan buat kami. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang sabar menghadapi bermacam-macam karenah 35 orang murid 6 Taqwa. Entri.
Ibu bersama rakan-rakan guru yang mengajar 6 Taqwa. Dari kiri, Puan Norfiza Nordin (bahasa Inggeris), Puan Wamaniuda Sulong (Pendidikan Islam), Ibu (Bahasa Melayu merangkap guru kelas), Puan Zainun Ibrahim (matematik) dan Puan Zuryani Zaminazha (sains).
Khamis, 8 November 2012
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Seperti biasa,
menunggu keputusan peperiksaan diumumkan merupakan detik yang amat mendebarkan bagi setiap calon peperiksaan. Begitulah yang sedang dirasai oleh 517,139 orang calon UPSR 2012 di seluruh negara ketika ini.
Sebelum ini ramai yang meramalkan yang keputusan UPSR akan dikeluarkan pada minggu terakhir persekolahan termasuklah ibu. Namun ternyata segala ramalan tu tak benar belaka. Kelmarin, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
kenyataan akhbarnya memaklumkan bahawa majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6,
Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Dengan pengumuman ini bermakna calon-calon UPSR, guru-guru serta ibu bapa terpaksa menanggung debaran tu untuk seminggu lagi. Agaknya, kuranglah sikit kemeriahan Majlis Anugerah Kecemerlangan tahun ni. Maklumlah, kebiasaannya pengumuman keputusan UPSR merupakan acara kemuncak bagi majlis tersebut.
p/s: Debaran tetap sama walaupun tahun ni anak sendiri tak mengambil UPSR.
p/s: Debaran tetap sama walaupun tahun ni anak sendiri tak mengambil UPSR.
Rabu, 12 September 2012
Penantian 9 bulan 10 hari berakhir jua...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Mulai semalam, seramai 517,139 calon menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Akhirnya, usaha keras selama 9 bulan 10 hari bakal diuji dalam tempoh tiga
hari; 11-13 September 2012.
Di sekolah ibu, seramai 135 orang calon menduduki
peperiksaan ini. Alhamdulillah, hari pertama berjalan lancar. Tiada lagi
kejadian seperti tahun lepas di mana seorang murid disedari tak hadir untuk
menduduki ujian hanya beberapa minit sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Setelah
diturut ke rumah, rupa-rupanya, murid bertuah tu sedang lena beradu.
Terpaksalah cikgu mengejutkannya dari luar rumah. Terjerit-jerit cikgu
memanggil namanya sambil menggoyang-goyangkan pintu pagar.
Hari ini, para guru yang menunggu di dewan terbuka
dikejutkan dengan satu lagi kejadian. Bukanlah peristiwa lama berulang kembali,
namun cukuplah untuk buat para guru terkejut beruk. Seorang calon UPSR datang
ke sekolah dengan memakai pakaian pendidikan jasmani. Tak pasal-pasal
seorang murid terpaksa berkorban; meminjamkan bajunya untuk murid
tersebut. Nasib baik juga ada yang sama saiz. Kalau tidak, bolehlah catat dalam
Malaysia Book of Records. Kategori apa, lu pikirlah sendiri...
Dalam rasa geram + marah, terselit rasa simpati. Sedang
ibu bapa lain bercuti untuk
memberi sokongan kepada anak-anak dengan menemani mereka di luar dewan peperiksaan, ada juga ibu bapa yang tak
ambil kisah. Kesian kat anak-anak ni..
p/s: Moga esok kami tidak dihidangkan dengan kejadian yang
mengejutkan lagi.
Isnin, 10 September 2012
Perjuangan Bermula Buat Calon UPSR 2012
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dah hampir seminggu iBu BeRbiCaRa terbiar sepi. Entry sebelum ini pun hanyalah entry-entry ringkas berupa penyertaan ibu dalam beberapa segmen. Malah, jemputan untuk menyertai segmen-segmen yang memerlukan ibu meluangkan lebih banyak masa, tak dapat ibu penuhi. Ribuan ampuan dan maaf ibu pohonkan. Insyaallah, jika masih punya kesempatan, ibu akan penuhi undangan rakan-rakan.
Berbalik kepada tajuk entry, mulai esok, 11 September hingga 13 September 2012, anak-anak tahun 6 sesi 2012 akan mula berjuang di dewan peperiksaan bagi menghadapi UPSR. Akhirnya, tibalah masa mereka memanfaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh para guru selama enam tahun ini.
Pada hari Jumaat lepas, sekolah ibu telah mengadakan majlis solat hajat yang disertai oleh semua guru dan calon-calon UPSR 2012. Selesai solat hajat, diadakan pula majlis penyerahan ilmu.
Buat kesemua 135 orang calon UPSR sekolah ibu, anak-anak sahabat blogger, juga buat semua calon UPSR seluruh negara, selamat berjuang ibu ucapkan. Moga kejayaan bakal mengiringi usaha kalian selama ini.
p/s: Tahun ini ibu berdepan cabaran paling hebat semenjak 21 tahun mengajar tahun 6. Moga Allah permudahkan anak-anak didik ibu menjawab soalan esok..
Ahad, 8 Julai 2012
Hanya Dua Bulan Lagi..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sekejap je bulan Julai dah bertamu. Bermakna tinggal hanya lebih kurang dua bulan je lagi untuk murid-murid tahun 6 membuat persediaan untuk UPSR. Untuk pengetahuan, tarikh peperiksaan UPSR tahun ini adalah pada 11 - 13 September.
Dua bulan bukanlah tempoh yang lama kerana dalam tempoh itulah kita akan berpuasa dan beraya. Faham-faham jelah kalau dah raya. Akan adalah yang raya sakan sampai lupa peperiksaan penting sedang menanti.
Seperti biasa, apabila bulan Julai menyapa, guru-guru tahun 6 pasti makin sibuk. Dalam tempoh yang makin singkat ini, anak didik perlu dibekalkan dengan ilmu secukupnya. Minggu lepas dimaklumkan bahawa pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) UPSR perlu dihantar pada hujung bulan Julai; tidak seperti kebiasaannya pada bulan Oktober. Jadi, satu lagi tugasan perlu disiapkan dengan segera.
Hari ini ibu menyiapkan borang ini..
Borang perakuan calon ini perlu dibawa oleh murid-murid ke dalam dewan peperiksaan pada hari peperiksaan. Jadi, segala maklumat dalam borang ini perlu tepat untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada hari peperiksaan.
Sebagai guru kelas, ibu perlu menyemak ejaan nama setiap murid, nombor surat beranak/ kad pengenalan, angka giliran dan menampal gambar murid. Jenuh juga nak menyiapkannya sebab setiap murid memerlukan dua salinan borang. Jadi, kerja ibu hari ini menyiapkan 35 x 2 = 70 borang.
Alhamdulillah, jam 6 petang tadi dah selesai borang untuk 34 orang calon. Hanya tinggal seorang calon yang belum menyerahkan gambarnya walau dahberpuluh beberapa kali ibu minta. Bermakna, tugas ibu yang satu ini belum bereslah..
Alhamdulillah, jam 6 petang tadi dah selesai borang untuk 34 orang calon. Hanya tinggal seorang calon yang belum menyerahkan gambarnya walau dah
**Borang ini boleh disiapkan bersama murid-murid, tapi ibu tak nak borang ni comot.
Jumaat, 9 Disember 2011
Dalam Kenangan: Suka Duka 2011
Banyak
kenangan manis sepanjang 2011 ini. Alhamdulillah. Hari ini ibu ingin berkongsi kenangan manis dalam kerjaya ibu.
5A dalam genggaman
Sudah tentu ibu dan
rakan-rakan sekerja gembira setelah 39 daripada 126 orang calon UPSR sekolah ibu berjaya memperoleh
5A. Sekali lagi sekolah ibu berjaya meningkatkan kecemerlangan.
Paling
menggembirakan ibu apabila semua murid kelas ibu, seramai 33 orang berjaya
memperoleh A bagi subjek yang ibu ajar; Pemahaman & Penulisan. Syukur Alhamdulillah.
Tahniah buat semua guru dan murid 6 Harmoni 2011, juga buat semua calon yang
memperoleh 5A. Bagi yang kurang berjaya, teruskan usaha dan jangan sesekali
berputus asa. Ini hanyalah langkah permulaan. Lebih banyak ujian bakal kalian
tempuhi.
Ibu
tak sempat bergambar sama kerana terpaksa bergegas ke sekolah Faiz. Di sana juga ada berita gembira buat ibu dan ayah.
Nanti ibu ceritakan ya..
Langgan:
Catatan (Atom)
Ujian Sains UPSR Ditangguhkan







