Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dah hampir seminggu iBu BeRbiCaRa terbiar sepi. Entry sebelum ini pun hanyalah entry-entry ringkas berupa penyertaan ibu dalam beberapa segmen. Malah, jemputan untuk menyertai segmen-segmen yang memerlukan ibu meluangkan lebih banyak masa, tak dapat ibu penuhi. Ribuan ampuan dan maaf ibu pohonkan. Insyaallah, jika masih punya kesempatan, ibu akan penuhi undangan rakan-rakan.
Berbalik kepada tajuk entry, mulai esok, 11 September hingga 13 September 2012, anak-anak tahun 6 sesi 2012 akan mula berjuang di dewan peperiksaan bagi menghadapi UPSR. Akhirnya, tibalah masa mereka memanfaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh para guru selama enam tahun ini.
Pada hari Jumaat lepas, sekolah ibu telah mengadakan majlis solat hajat yang disertai oleh semua guru dan calon-calon UPSR 2012. Selesai solat hajat, diadakan pula majlis penyerahan ilmu.
Buat kesemua 135 orang calon UPSR sekolah ibu, anak-anak sahabat blogger, juga buat semua calon UPSR seluruh negara, selamat berjuang ibu ucapkan. Moga kejayaan bakal mengiringi usaha kalian selama ini.
p/s: Tahun ini ibu berdepan cabaran paling hebat semenjak 21 tahun mengajar tahun 6. Moga Allah permudahkan anak-anak didik ibu menjawab soalan esok..
salam ibu,urmm mesti dup dap dup dap anak2 didik nk ambik peperiksaan upsr kan bu...mcm kita dulu2..hehe..apapun smg mereka dpermudahkan utk menjwb kesemuanya....dan yg pasti cikgu2 pon turut teruja kan ibu kan...smg mdpt keputusan yg cemerlang..amin
BalasPadamsama2 kita doakan kejayaan mereka ya ibu :)
BalasPadamSemoga mereka semua berjaya...
BalasPadamTeringat 22 tahun yang lalu.. sy ambil UPSR tahun 1990.. :D
BalasPadam