Sabtu, 15 September 2012

Majlis Pertunangan Azman & Nor Sharina


Ketika orang lain dah lena diulit mimpi, barulah ibu terkial-kial buat entry baru. Entry kali ini masih berkisar pada majlis pertunangan adinda bongsu ibu, Nor Sharina Abdul Rahim.

Rombongan meminang dari Kuala Lumpur tiba lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Pihak lelaki tetap ingin melaksanakan mengikut adat. Jadi, majlis hari tu merupakan majlis 2 dalam 1 iaitu merisik dan bertunang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Tuan tanah bersama adinda bongsu

 Kesemua 6 orang puteri Abdul Rahim & Siti Sabariah.
Nor Azlina (ke-4), Noridah (ke-3), Nor Sharina (ke-10), Nor Farazila (ke-9),
Nor Fazilah (ke-6) dan tuan tanah tu anak sulung.

Bersama hantaran daripada pihak lelaki.

Insyaallah, adik bongsu ibu ni dan tunangnya, Azman akan disatukan pada Jun 2013. 


8 ulasan:

  1. tahniah sis...bestnye ramai geng pompuan...mesti seronok time berciter kan...^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, JS.. Dah tentu seronok.. Cerita memang tak pernah habis.. Walaupun ada yg duduk jauh tapi kami selalu berjumpa..

      Padam
  2. tahniah kepada adk bgsu.semoga majlis perkahwinan nti berjalan lancar spt majlis pertunangannya..:)

    BalasPadam
  3. Tahniah untuk adik bungsu kak ibu ye... Harap semuanya nanti akan berjalan dengan lancar .... Hantaran dia warna pink...sweet macam tuan badan le...

    BalasPadam
  4. tahniah buat adik kak mie... semoga semua urusan dipermudahkan sampai hari pernikahan nnti ye.

    BalasPadam
  5. Tahniah!!!Suka tengok tema pink...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan dan komen-komen ikhlas daripada anda. Insya-Allah kunjungan anda akan dibalas.

COPYRIGHT 2011 - 2015 © IBU BERBICARA